Kes Rasuah Guan Eng Lebih 100 Dokumen Diserah Kepada Pembelaan






Pihak  pendakwaan telah menyerahkan lebih 100 dokumen kepada pasukan pembelaan bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua  Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isteri Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Syafiq Hasim semasa pengurusan kes tersebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Azhari Abdul Hamid.


Syafiq berkata beliau akan menyerahkan lima lagi dokumen berserta lebih 100 dokumen lain yang telah diserahkan sebelum ini dalam bentuk  salinan bercetak seperti yang diminta oleh pihak pembelaan.


Peguam RSN Rayer yang mewakili Lim dan isteri berkata pihaknya tiada bantahan terhadap perkara tersebut dan memohon mahkamah menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan kes seperti yang dipersetujui oleh pihak peguam dan pendakwaan.


Mahkamah menetapkan 19 Feb 2021 untuk sebutan semula kes itu.



Turut hadir di mahkamah ialah peguam A. Rueban yng mewakili Phang. Bagaimanapun  ketiga-tiga tertuduh tidak hadir  di mahkamah  kerana mendapat pengecualian kehadiran.


Syafiq ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lebih 100 dokumen yang telah diserahkan sebelum ini adalah dalam bentuk “hard disk” (cakera keras).


Katanya dokumen itu  termasuk  berkaitan mesyuarat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi projek perkampungan pekerja dan juga cek yang berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi tertuduh ketiga, Chew.          Beliau berkata lima lagi dokuman yang akan diserahkan ialah berkaitan cek-cek, dan sekiranya kesemua dokumen telah lengkap kemungkinan tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada prosiding kes akan datang.


Pada 11 Ogos lalu, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi  Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Chew melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.


Lim dituduh melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn  Bhd  ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot  282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung  mempunyai kepentingan.


Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  2009 yang boleh  dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda  tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Phang pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan hukuman serupa.


Chew didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram  dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.


Beliau dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh berbeza, antara 7 Okt 2013 dan 4 Ogos 2014; 3 Sept 2014 dan 11  Ogos 2015  serta 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan  Keganasan  2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta  sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta  atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Lim, 60, Chew, 56, dan  Phang, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/kes-rasuah-guan-eng-lebih-100-dokumen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Rasuah Guan Eng Bermula Jun 2021

Bicara Kes Rasuah Guan Eng Bermula Jun 2021

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 293 hits
Pada 3hb Julai 2020 yang lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menegaskan agensi itu tidak pernah menutup atau berhenti melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Bak...
Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 380 hits
Macam langsung tak ada komen macam setuju Kenapa setuju Tidak kah ada rasa pelik Atau memang sekapal dan mengharap senasib bulan jatuh ke riba Aku tanya je Cai pula takkan tak ada komen Bukankah kamu orang yang sangat perundangan sangat tel...
Trial Of Guan Eng Wife And Associate Delayed By Another 2 Months

Trial Of Guan Eng Wife And Associate Delayed By Another 2 Months

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 197 hits
Lim Guan Eng Betty Chew and Phang Li Koon are accused of receiving bribes in connection with the award of an RM11 6 million dormitory project BUTTERWORTH The corruption trial of former Penang chief minister Lim Guan Eng his wife Betty Chew ...
Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 248 hits
Baru sedar diri kena game lagi ker Tak habis korang nak angkat anwar ibrahim duk pusing cerita ada sokongan semua Last sekali keciwa Haritu korang angkat atok sekali atok letak jawatan semua terlingkup Daripada PH sibuk duk pancing orang um...
Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 308 hits
Two of Pakatan Harapan s top leaders have warned the coalition against placing its trust in MPs from the ruling bloc to gain power in what appears to be a veiled jibe at PKR president Anwar Ibrahim s recent attempts to get Umno MPs to his s...
Beginilah Lim Guan Eng Begitu Juga Mat Sabu

Beginilah Lim Guan Eng Begitu Juga Mat Sabu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 241 hits
Dikira dari 9 Mei 2018 hingga sekarang tempoh masanya adalah kurang lebih 31 bulan 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan memerintah dengan Perdana Menterinya adalah Dr Mahathir bin Mohamad yang ketika itu adalah juga Pengerusi PH Kejatu...
Does Guan Eng Want The Ferry Or The Tunnel

Does Guan Eng Want The Ferry Or The Tunnel

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 228 hits
There used to be scores of ferries in Kelantan Terengganu and Pahang A journey from Kuala Lumpur to Kota Bharu would take three days and three nights And sometimes you would be stuck a whole night at these ferries because of congestion or e...
Do Not Bury Head In Sand Guan Eng Tells Tourism Ministry

Do Not Bury Head In Sand Guan Eng Tells Tourism Ministry

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 226 hits
The Tourism Arts and Culture Ministry should come up with a plan to save the country s tourism industry instead of burying its head in the sand said former finance minister Lim Guan Eng The DAP secretary general pointed out that the tourism...
Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 400 hits
Menurut sumber kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim semakalm dikhabarkan menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam

Bila Ada Ahli Keluarga Dan Kawan Jadi Influencer

Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden

Innovative Painting Techniques For Modern Homes

Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike