Bicara Kes Rasuah Guan Eng Bermula Jun 2021


 


Pada 3hb Julai 2020 yang lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan agensi itu tidak pernah menutup atau berhenti melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya sebelum ini sudah membuka lima kertas siasatan berhubung projek berkenaan dan tiada cadangan menutupnya bahkan siasatan masih berjalan seperti biasa.
"Kita akui siasatan kes ini berjalan agak perlahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan tetapi kita tidak pernah ada cadangan pun untuk menutup siasatan projek ini.
"Menurut pembentangan pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini, siasatan mereka sudah di peringkat akhir.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin kemudian diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh dua ke tiga minggu," katanya..

Dan hari ini..

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menetapkan 31 hari bermula Jun tahun depan bagi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.
Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yang memohon agar kesemua kes yang dihadapi Guan Eng, 58, dibicarakan bersama.
“Terdapat satu kes dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang. Saya mohon untuk dipindahkan ke mahkamah di sini untuk dibicarakan bersama-sama kes di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya membuat permohonan untuk kesemua kes dibicarakan bersama selaras dengan Seksyen 61 Akta SPRM kerana ia melibatkan tertuduh sama,” katanya pada prosiding sebutan kes tersebut pada Isnin.
Azura menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 September, 20 hingga 24 September dan 13 hingga 17 Disember, manakala pengurusan kes ditetapkan pada 29 Mac depan.
Wan Shaharuddin turut memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 80 hingga 90 orang saksi termasuk saksi formal dalam perbicaraan tersebut.
“Pihak kami juga telah menyerahkan lapan jilid dokumen kepada pihak pembelaan untuk diteliti sebelum perbicaraan bermula,” katanya.
Pihak pembelaan yang diwakili peguam Gobind Singh Deo mengesahkan perkara itu dan memohon tarikh sebutan kes seterusnya ditetapkan pada bulan Mac tahun depan.
“Pihak kami memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen yang diberikan. Yang Berhormat (Guan Eng ) juga menghadapi satu lagi kes di Mahkamah Sesyen Butterworth dan kemungkinan akan ada tarikh lain ditetapkan nanti,” katanya.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembelaan yang memohon kehadiran tertuduh dikecualikan pada tarikh pengurusan kes akan datang.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pindaan bagi kes di bawah Seksyen 16(A)(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM yang dibacakan semula jurubahasa terhadapnya hari ini.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan tersebut dilantik untuk projek sama.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley Cit, di sini pada Mac 2011, antara jam 12.30 pagi hingga 2 pagi, mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Bagan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan

Laporan penuh sila baca di SINI
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/12/bicara-kes-rasuah-guan-eng-bermula-jun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Guan Eng Lebih 100 Dokumen Diserah Kepada Pembelaan

Kes Rasuah Guan Eng Lebih 100 Dokumen Diserah Kepada Pembelaan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 429 hits
Pihak pendakwaan telah menyerahkan lebih 100 dokumen kepada pasukan pembelaan bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isteri Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koo...
Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 416 hits
Macam langsung tak ada komen macam setuju Kenapa setuju Tidak kah ada rasa pelik Atau memang sekapal dan mengharap senasib bulan jatuh ke riba Aku tanya je Cai pula takkan tak ada komen Bukankah kamu orang yang sangat perundangan sangat tel...
Hakim Kecewa Terpaksa Tangguh Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Isteri

Hakim Kecewa Terpaksa Tangguh Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Isteri

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 203 hits
1 492 total views 1 492 views today Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung...
Bicara Dua Kes 1mdb Najib Tangguh Ke Jan 2021

Bicara Dua Kes 1mdb Najib Tangguh Ke Jan 2021

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 296 hits
431 total views 431 views today Perbicaraan dua kes dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad yang masing masing sepatutnya bersambung minggu ini dan minggu depan ditangguhkan ke Januari tahun depan ...
Hahaha Nak Ke Kit Suang Guan Eng Berundur

Hahaha Nak Ke Kit Suang Guan Eng Berundur

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 378 hits
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Teng Chang Khim yang telah mengumumkan persaraan politik baru baru ini mengajak dua veteran parti iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengikut jejak langkah sama Beliau berkata dua pemimpin kanan...
Kit Siang Dan Guan Eng Patut Berundur Teng Chang Kim

Kit Siang Dan Guan Eng Patut Berundur Teng Chang Kim

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 263 hits
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Teng Chang Khim yang telah mengumumkan persaraan politik baru baru ini mengajak dua veteran parti iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengikut jejak langkah sama Beliau berkata dua pemimpin kanan...
Polis Tangguh Rakam Kenyataan Lim Guan Eng Selepas Krismas

Polis Tangguh Rakam Kenyataan Lim Guan Eng Selepas Krismas

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 322 hits
Pihak polis menangguhkan tarikh untuk mengambil keterangan daripada Lim Guan Eng berhubung dua kenyataan media yang dibuatnya pada tahun 2019 Ini selepas Setiausaha Agung DAP itu berkata tindakan polis memanggilnya sehari sebelum sambutan H...
Tak Patut Guan Eng Disoal Siasat Di Ambang Krismas Kata Najib

Tak Patut Guan Eng Disoal Siasat Di Ambang Krismas Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 324 hits
December 22 2020 9 50 PMPETALING JAYA Walaupun beliau musuh seterunya Najib Razak malam tampil membela Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Najib berkata polis harus menggunakan pertimbangan wajar dan tidak memanggil bekas menteri kewangan itu...
Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 303 hits
Pengalaman wartawan dengan Anwar Mat Sabu dan Lim Guan Eng perlu dihormati sebagai ketua parti yang berpengaruh berpenyokong bermaruah bukan yang boleh dipermudahkan atau dipandang sebelah mata Dipertikaikan kenyataan Mat Sabu dan Lim Guan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba