Kes Pecah Amanah Hasanah Sprm Sita Lebih As 4 Juta


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan beberapa pegawai Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyalahgunakan wang disyaki milik Kerajaan Malaysia yang dianggarkan jutaan ringgit dan disimpan di beberapa lokasi.
Penolong Penguasa SPRM Muhammad Nizhar Kadi berkata selepas mendapat aduan itu, SPRM telah menjalankan operasi ‘Ops Dinar 2’ bagi menyiasat dakwaan salah guna wang tersebut.
“Selepas penangkapan beberapa suspek dan penggeledahan di beberapa rumah di Cyberjaya dan Putrajaya, tiada sebarang wang tunai dan dokumen berkaitan ditemui.
“Sekitar jam 12.15 tengah malam, 30 Ogos 2018, saya dan pasukan diarahkan untuk menangkap seorang suspek yang dikenali sebagai Datuk Salahudin Yaakob di KLIA2.
“Pada jam 1 pagi, kami terus bergerak ke Shaftsbury Residence, Cyberjaya untuk tujuan penggeledahan.
“Wang tunai berjumlah AS$4.07 juta telah disita di unit tersebut,” kata saksi pendakwaan pertama ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Iskandar Ahmad dalam perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Muhammad Nizhar berkata pada jam 11 pagi, hari sama, penyitaan kedua dibuat di Kuala Terengganu selepas suspek lain yang dikenali sebagai Maliki memberitahu yang dia menyimpan sejumlah wang di rumah ibu bapanya.
“Hasil penggeledahan di rumah keluarga Maliki, saya telah menjumpai satu beg yang berisi wang tunai sebanyak RM220,000 seperti yang dinyatakan oleh Maliki.
“Maliki telah mengira sendiri duit yang disita sambil disaksikan oleh saya,” katanya.
Hari pertama perbicaraan kes itu juga mendengar keterangan saksi ketiga, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Norhisham Md Nordin, 40, yang memberitahu Hasanah tidak menyediakan Nota Serah Tugas dan Fail Meja selepas kontraknya sebagai Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM tamat.
“Kontrak perkhidmatan Hasanah bagi jawatan tersebut tamat pada 30 Jun 2018 dan beliau tidak menyediakan kedua-dua dokumen (Nota Serah Tugas dan Fail Meja) tersebut.
“Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 19 Julai 1985 menyatakan mana-mana pegawai kerajaan yang bertukar atau bersara mereka diwajibkan menyediakan Nota Serah Tugas dan Fail Meja untuk diserahkan kepada pengganti,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh TPR Muhamad Ashraf Md Kamal.
Menurut Norhisham, proses pertukaran, kenaikan pangkat atau penamatan perkhidmatan pegawai, perlu disertakan Nota Serah Tugas yang selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
“Nota Serah Tugas ini bertujuan sebagai panduan kepada pegawai baru yang akan mengambil alih tugas jawatan berkenaan,” katanya
Saksi itu yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas di Bahagian Penyelidikan JPM berkata perkara itu tercetus selepas bekas majikannya yang merupakan Ketua Pengarah Penyelidikan JPM ketika itu, Datuk Ahmad Shublee Othman mengarahkannya supaya mendapatkan Nota Serah Tugas dan Fail Meja Hasanah.
“Saya mendapati kedua-dua dokumen itu tidak disediakan oleh Hasanah selepas bertanya kepada bekas pembantu khas Hasanah serta kakitangan di Pejabat Ketua Pengarah.
“Datuk Ahmad Shublee Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan pada 8 Julai 2018 bagi menggantikan Datuk Hasanah kerana kontrak perkhidmatan Hasanah tamat pada 30 Jun 2018. Sepanjang tempoh 1 sehingga 7 Julai 2018, jawatan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan tidak diisi kerana belum ada sebarang pelantikan daripada pejabat Ketua Setiausaha Negara,” katanya.
Norhisham berkata isi kandungan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan perlu menyatakan perkara-perkara seperti senarai kedudukan terakhir (status) tugas-tugas pegawai yang masih belum selesai, senarai harta benda atau peralatan pejabat yang berada di bawah kawalan pegawai tersebut, kedudukan kewangan semua akaun jabatan dan fail meja.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung Khamis. Bernama
Tuntutan laut: Malaysia hantar bantahan ‘keras luar biasa’ kepada China

The post Kes pecah amanah Hasanah: SPRM sita lebih AS$4 juta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/06/kes-pecah-amanah-hasanah-sprm-sita-lebih-as4-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Akan Buktikan Hasanah Pecah Amanah Us 12 1 Juta

Pendakwaan Akan Buktikan Hasanah Pecah Amanah Us 12 1 Juta

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 383 hits
763 total views 307 views today KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hamid telah melakukan pecah amanah wang berjumlah US 12 1 juta dengan sebahagiannya d...
Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 973 hits
SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau ScamPerkembangan terkini mengenai kes sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan mencuci duit haram Su...
Azwan Ali Dakwa Ditipu Bekas Pengurus Dia Ada Kes Polis Saya Akan Lebih Berhati Hati

Azwan Ali Dakwa Ditipu Bekas Pengurus Dia Ada Kes Polis Saya Akan Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 352 hits
Pada mulanya dia yang beria ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku Selepas itu saya tidak ada apa apa masalah pun dengan dia semua okey source
Pertama Kali Buat Artis Korea Lee Minho Raih Lebih 20 Juta Pengikut Di Facebook Instagram

Pertama Kali Buat Artis Korea Lee Minho Raih Lebih 20 Juta Pengikut Di Facebook Instagram

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 382 hits
Memang hebat betul kepopularitian Lee Min ho Ini kerana lelaki ini merupakan selebriti Kore pertama yang mencapai pengikut sebanyak 20 juta di kedua dua laman Facebook dan juga Instagram Pada bulan lepas agensi naungan Lee Min ho iaitu MYM ...
Macau Scam 730 Akaun Libatkan Rm80 Juta Dibeku Sprm

Macau Scam 730 Akaun Libatkan Rm80 Juta Dibeku Sprm

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 386 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta serta merampas wang tunai kira kira RM5 juta kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata se...
Sprm Siasat Sindiket Disyaki Cuci Ratusan Juta Ringgit

Sprm Siasat Sindiket Disyaki Cuci Ratusan Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 799 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki mencuci ratusan juta ringgit diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan Sumber memaklumkan ...
Kes Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta Lhdn Terhadap Ku Nan Selesai

Kes Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta Lhdn Terhadap Ku Nan Selesai

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57 17 juta yang tidak dibayar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2012 sehingga 2017 telah disel...
Dragon Quest Xi Terjual Lebih 6 Juta Unit

Dragon Quest Xi Terjual Lebih 6 Juta Unit

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 275 hits
Square Enix mengumumkan Dragon Quest XI Echoes of an Elusive Age telah terjual lebih dari 6 juta unit dari tarikh pelancaran sehingga sekarang Angka jualan ini juga termasuk dari jualan permainan versi Definitive Edition yang telah dilancar...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

How To Find Undervalued Domains

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel