Kes Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta Lhdn Terhadap Ku Nan Selesai


 


KUALA LUMPUR  -- Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57.17 juta yang tidak dibayar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam S. Saravana Kumar, yang mewakili Tengku Adnan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian termasuk jumlah yang perlu dibayar Ahli Parlimen Putrajaya itu kepada LHDN.
"Kedua-dua pihak telah menyelesaikan perkara itu secara baik," katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesaian dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus serta Timbalan Penguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain bagi pihak LHDN.
Saravana Kumar juga berkata mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian itu.
Pada 2 Sept lepas, kedua-dua pihak memaklumkan Azimah bahawa mereka dalam proses menyelesaikan kes saman itu.
Azimah telah memberikan tempoh selama dua minggu kepada kedua-dua pihak membincangkan penyelesaian itu dan berkata jika tidak ada penyelesaian pada 23 Sept (hari ini), mahkamah akan meneruskan pendengaran permohonan bagi penghakiman terus LHDN serta permohonan Tengku Adnan untuk menggantung prosiding.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.
Dengan penyelesaian itu, kedua-dua permohonan tidak akan didengar oleh mahkamah.
Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman itu pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan selaku defendan masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).
Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima  peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/kes-saman-cukai-pendapatan-rm5717-juta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tanah Felda Bicara Kes Saman Synergy Terhadap Shahrir Samad Pada 26 Oktober

Isu Tanah Felda Bicara Kes Saman Synergy Terhadap Shahrir Samad Pada 26 Oktober

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 26 Okt depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd terhadap bekas Pengerusi Felda Ta...
Mbpp Menjangkakan Penurunan Pendapatan Hampir Rm100 Juta Untuk Tahun 2021

Mbpp Menjangkakan Penurunan Pendapatan Hampir Rm100 Juta Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 261 hits
GEORGE TOWN Majlis Bandaraya Pulau Pinang melihat pengurangan pendapatan hampir RM100 juta untuk anggaran 2021 Datuk Bandar Datuk Yew Tung Seang hari ini mengumumkan anggaran pendapatan sebanyak RM354 01 juta untuk tahun depan berbanding an...
Mahkamah Batal Saman Najib Terhadap Ambank Bekas Pengurus

Mahkamah Batal Saman Najib Terhadap Ambank Bekas Pengurus

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 395 hits
Hakim Khadijah Idris memutuskan saman difailkan Najib sebagai suatu yang melampau menyakitkan hati remeh temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah
Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Pemimpin Ngo Melayu

Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Pemimpin Ngo Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 252 hits
Teresa Kok dan Azwanddin Hamzah bersetuju untuk menyelesaikan saman pada Julai bulan lepas tetapi Azwanddin gagal mematuhi penyelesaian luar mahkamah itu KUALA LUMPUR Bekas menteri industri utama Teresa Kok hari ini menarik balik permohonan...
Fitnah Dr Kamarul Saman Hannah Yeoh Rm5 Juta

Fitnah Dr Kamarul Saman Hannah Yeoh Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 323 hits
Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff telah memulakan tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dari DAP berikutan kecaman dan fitnahnya terhadap Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu Berikutan status pertanyaan Tu...
Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 2402 hits
Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah Mudahnya nak bayar baki cukai pendapatan kita Iaitu baki cukai yang terkurang bayar dan kita nak kena bayar sendiri Bukan buat tolakan dari gaji tu ya Maksudnya cukai berjadual yang ...
Mahkamah Cadang Kes Saman Khalid Samad Fmt Diselesai Cara Baik

Mahkamah Cadang Kes Saman Khalid Samad Fmt Diselesai Cara Baik

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 291 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menasihatkan supaya kes saman fitnah bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Abdul Samad terhadap sebuah syarikat penerbitan portal berita dalam talian Free Malaysia Today dan bekas ketua ...
Suharnizan Dedah Akan Saman Rm2 Juta Ke Atas Eira Aziera

Suharnizan Dedah Akan Saman Rm2 Juta Ke Atas Eira Aziera

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 650 hits
Semalam Ohmedia ada kongsikan artikel berkenaan Suharnizan Md Sidek yang tetap akan meneruskan samannya ke atas Eira Aziera selepas mengeluarkan kata kata kesat dan melakukan body shaming ke atas dirinya BACA Terbaru Suharnizan mendedahkan ...
2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 302 hits
2 kes menanti Rosmah selepas selesai bicara rasuah Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Sep 2020 3 51PM
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Ptti Meraikan Pelajar Spm Cemerlang