Kes Maut Langgar Kerbau Aktivis Gesa Akta Di Gubal Untuk Dakwa Pemilik Haiwan Cuai


 



KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa pihak kerajaan menggubal akta dan undang-undang bagi mendakwa pemilik yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di atas jalanraya hingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.
Aktivis masyarakat yang juga Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, sudah tiba masanya mereka ini dibawa ke muka pengadilan. Mereka gagal menyediakan kandang atau tempat tinggal untuk haiwan terbabit terutamanya pada waktu malam.
Akibatnya, banyak dilihat haiwan seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya bebas berada di atas jalanraya.
"Jika haiwan seperti harimau, gajah, babi hutan dan sebagainya.. itu kita boleh kita sebagai haiwan liar dan tidak bertuan. Tapi macam kerbau, lembu dan kambing ini, ia adalah haiwan ternakan yang bertuan. Maka, bila berlaku kes kemalangan langgar haiwan terbabit, pemiliknya harua didakwa akibat cuai," dakwa Shukri.
Beliau adalah antara yang terawal berada di lokasi kemalangan 'langgar lembu' yang berlaku di  Kampung Ubai, Jalan Kuantan - Pekan kelmarin.
Dalam kejadian itu, dua mangsa yang menunggang motosikal dari dua arah berbeza telah meninggal dunia akibat terlanggar kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa terlibat. Saya faham perasaan mereka ketika ini. Sebab itu saya menggesa pemilik kerbau berkenaan tampil, sama dalam kes langgar lari .. yang mana pemandu tampil membuat laporan polis di balai yang berdekatan," katanya.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa Allahyarwam Muhammad Faisal Ramli meninggal di tempat kejadian. Manakala seorang lagi mangsa, Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.
"Sudah tiba masanya akta digubal, kerana bila ada kes kematian begini siapa mahu dipersalahkan. Pemilik kerbau harus bertanggungjawab atas kehilangan dua nyawa manusia. Beliau tidak boleh lepas tangan begitu sahaja," tambah Shukri lagi.
Difahamkan, sudah banyak kali orang awam melihat kelibat kerbau di atas jalanraya di laluan antara Kampung Lamir dan Kampung Ubai.
"Ini bermakna, pemilik kerbau terbabit memang tinggal berdekatan kawasan kemalangan. Pihak berkuasa boleh mendapatkan maklumat dari orang kampung yang berdekatan. Biasanya, mereka akan tahu siapakah penduduk yang mengusahakan ternakan kerbau, lembu, kambing dan sebagainya," dakwa beliau.
Shukri juga menegaskan, ramai pihak bersedia membantu pihak berkuasa menjejaki pemilik kerbau terbabit jika diperlukan untuk siasatan.
Malah dalam kes haiwan berkeliaran ini, ada akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Bermakna keluarga mangsa juga boleh failkan tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa yang gagal mengambil tindakan terhadap pemilik yang cuai itu sebenarnya.
Undang-undang memakai "TAG pada haiwan ternakan juga perlu dilaksanakan segera agar memudahkan urusan pihak yang berkenaan menjejaki pemiliknya untuk tindakan susulan.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati melalui kawasan ini (jalan Kampung Lamir - Kampung Ubai) terutamnya pada waktu malam. 
Klik video beliau viral terawal kes kemalangan dengan kerbau di jalan Kampung Lamir kelmarin di  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1505122169878798&id=100011430885060
#PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/dua-maut-langgar-kerbau-aktivis-gesa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemalangan Dua Motosikal Langgar Kerbau Di Pekan Seorang Maut Seorang Cedera Parah

Kemalangan Dua Motosikal Langgar Kerbau Di Pekan Seorang Maut Seorang Cedera Parah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 581 hits
PEKAN Seorang mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah dan kritikal di Hospital Pekan akibat kemalangan dua buah motosikal dengan seekor kerbau di sini malam tadi Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan antara Kampung Lam...
Khairy Pulih Selepas Hilang Ingatan Sementara Susulan Kemalangan Langgar Lubang Maut

Khairy Pulih Selepas Hilang Ingatan Sementara Susulan Kemalangan Langgar Lubang Maut

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi Khairy Jamaluddin berharap keprihatinan Jabatan Kerja Raya atas kemalangannya melanggar lubang maut semalam bukan kerana kedudukannya sebagai menteri Niat saya semalam memuat naik insiden ini...
Remaja Bapa Maut Selepas Kereta Langgar Pokok

Remaja Bapa Maut Selepas Kereta Langgar Pokok

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 400 hits
Seorang remaja lelaki bersama bapanya maut selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Felda Bukit Batu Kulai pagi tadi JOHOR BAHRU Seorang remaja lelaki bersama bapanya maut selepas keret...
Haiwan Dibiarkan Berkeliaran Punca Kemalangan Maut

Haiwan Dibiarkan Berkeliaran Punca Kemalangan Maut

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 509 hits
Jalan raya satu kemudahan asas untuk memudahkan perjalanan ke satu destinasi dengan menggunakan kenderaan berenjin mahupun basikal Namun kemudahan asas jalan raya banyak mengundang bahaya kepada pengguna Jalan yang tidak diselenggara dengan...
Kes Langgar Bahu Punca Lelaki Ditetak

Kes Langgar Bahu Punca Lelaki Ditetak

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 405 hits
Lelaki berusia 41 tahun parah ditetak anak saudaranya dalam kejadian di kedai telefon berhampiran sebuah flat di Jalan Veterinari di sini semalam dipercayai disebabkan perselisihan faham Mangsa dilaporkan turut diserang lima lagi rakan susp...
Tiga Lagi Maut 1 220 Kes Baharu Covid 19 Kata Kkm

Tiga Lagi Maut 1 220 Kes Baharu Covid 19 Kata Kkm

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif positif Covid 19 di Malaysia sebanyak 89 133 kes Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 17 Dis Sebanyak 1 220 lagi kes baharu positif Covid 19 1 297 kes sembuh dan tiga kematian dicatat...
2 Individu Gesa Peguam Negara Dakwa Hadi Kerana Menghasut

2 Individu Gesa Peguam Negara Dakwa Hadi Kerana Menghasut

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 263 hits
December 15 2020 Individu terbabit mahu mahkamah mengisytiharkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan KUALA LUMPUR Dua individu dari Sabah menggesa Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit