Kes Lim Guan Eng Ini Ibu Segala Pendakwaan Pendakwa Raya Yakin 99 Menang Video


 
GEORGE TOWN: Beberapa peguam mempersoalkan kenyataan seorang pendakwa raya dalam pertuduhan terbaru Lim Guan Eng hari ini atas kesalahan berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.
Mereka berkata kenyataan itu tidak wajar.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata kes Lim hari ini adalah “ibu segala kes” dibandingkan dengan tuduhan lain dihadapinya, dengan peluang “99%” untuk memenangi kes itu.
Peguam V Parthipan berkata, belum pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa mengeluarkan kenyataan seperti itu, ketika hakim satu-satunya individu yang akan memutuskan sabitan kes berkenaan
“Sekiranya anda mempunyai bukti kukuh, sebaiknya teruskan bukti dan hujah anda di mahkamah. Tidak perlu membuat kenyataan seperti ‘99% akan menang’.
“Seolah-olah kami menekan hakim untuk menghukum tertuduh kerana anda memiliki kes yang baik. Jika DPP gagal mensabitkan tertuduh, itu akan kelihatan buruk pada mereka,” katanya kepada FMT.
Peguam Siti Zabedah Kasim berkata, DPP perlu berusaha melindungi orang yang tidak bersalah dan mensabitkan yang bersalah, dan menghormati hak undang-undang semua, termasuk tertuduh.
“Saya berharap dalam semangatnya untuk mendakwa, dia tidak gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya. Saya harap dia tidak didorong untuk menghukum tertuduh.

“Tidak ada ancaman lebih besar terhadap sistem keadilan daripada ditimbulkan oleh pendakwa tidak beretika.
“Seorang pendakwa bukan saja tidak terikat untuk menuntut hukuman dengan segala cara, dia dilarang oleh etika daripada sengaja melanggar hak tertuduh,” katanya.
Seorang peguam lain yang tidak mahu disebutkan namanya berkata, kenyataan DPP itu “sangat berat sebelah”, kerana kebanyakanya menjauhi media bagi mengelak situasi “perbicaraan oleh media”.
“Ini juga menimbulkan pertanyaan apakah Peguam Negara membenarkan kenyataan seperti itu.
“Kenyataan kepada media, jika ada, harus memberikan fakta yang tepat untuk pengetahuan masyarakat. Bukan untuk menyiarkan pendapat dan perasaan pendakwa.
“Pendapat pendakwa tidak bermaksud apa-apa kerana tugasnya adalah melakukan pendakwaan berdasarkan bukti diperoleh daripada siasatan,” katanya.
Peguam Lim, Gobind Singh Deo pelik apabila pendakwa yang sama membuat kenyataan mengenai kes itu ketika mereka sendiri meminta perintah larangan kepada mahkamah sebelum ini. Tidak ada perintah larangan dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini.
Katanya, beliau akan merujuk perkara itu kepada mahkamah kemungkinan berlaku subjudis daripada kenyataan berkenaan.
FMT menghubungi Shaharuddin melalui bahagian komunikasi korporat Pejabat Peguam Negara dan menunggu respons daripadanya.
The post Kes Lim Guan Eng: Ini Ibu Segala Pendakwaan: Pendakwa Raya Yakin ‘99% menang [Video] appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/11/kes-lim-guan-eng-ini-ibu-segala-pendakwaan-pendakwa-raya-yakin-99-menang-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
99 Menang Peguam Persoal Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Kes Guan Eng

99 Menang Peguam Persoal Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Kes Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 398 hits
Lim Guan Eng didakwa hari ini atas kesalahan berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208 7 juta kepada 2 syarikat GEORGE TOWN Beberapa peguam mempersoalkan kenyataan seorang pendakwa raya dalam pertuduhan terbaru Lim...
Jangan Gelak Lim Guan Eng Nak Berjuang Untuk Rakyat Susah Sekarang

Jangan Gelak Lim Guan Eng Nak Berjuang Untuk Rakyat Susah Sekarang

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 354 hits
Setelah menjahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia pakar Kewayangan ini membisu selama berbulan bulan masa kerajaan Gagalkrasi PH tumbang Setelah 10 kepentingan dia dalam projek terowong aj...
Terbongkar Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah Rm18 Juta

Terbongkar Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah Rm18 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 638 hits
Belum sempat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan isteri beliau Betty Chew menarik nafas lega kerana dituduh dalam mahkamah atas belum habis lagi terkejut dengan pendedahan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam Parlimen mengenai 101 projek ...
Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 513 hits
Polis menasihatkan orang ramai terutama penyokong bekas menteri kewangan Lim Guan Eng untuk tidak berkumpul berarak dan hadir semasa pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan itu di Mahkamah Sesyen Butterworth esok Ketua Polis Daerah Seberang ...
Lim Guan Eng Ditahan Imigresen Di Lapangan Terbang

Lim Guan Eng Ditahan Imigresen Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 318 hits
Lim Guan Eng ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam Lim berkata dia tiba di lapangan terbang itu pada jam 11 54 tengah hari dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pada mulanya berjaya m...
Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Atas 2 Tuduhan Lupuskan Harta Terkait Projek Terowong

Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Atas 2 Tuduhan Lupuskan Harta Terkait Projek Terowong

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 284 hits
unable to retrieve full text content Mantan Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208 8 j...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

Beli Putu Bambu Juriah Di Ayer Hitam

Kemalangan Maut Babitkan Jurutera Elektrik Pemandu Lori Tangki Direman

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Joseph Dresa Nyewa Pintu Besi Chord

Hiburan Penyanyi Wanita Jual Gambar B Gel Terdesak Nak Bayar Hutang Kad Kredit Rm300k Ditawar Rm4600 Untuk Satu Gambar

Gol Tunggal Ifedayo Lonjak Ktrw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merdeka 68 Bantuan Sara Rm100 One Off Terbukti Bantu Ringankan Beban Rakyat

Fitnah Berangkai Walaun Memudahkan Pdrm Jejak

Selidik Sebelum Kahwin Bukan Setakat Hati Tapi Juga Poket

Merdeka Dalam Jiwa

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi