99 Menang Peguam Persoal Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Kes Guan Eng


Predeep Nambiar Lim Guan Eng didakwa hari ini atas kesalahan berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.GEORGE TOWN: Beberapa peguam mempersoalkan kenyataan seorang pendakwa raya dalam pertuduhan terbaru Lim Guan Eng hari ini atas kesalahan berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.
Mereka berkata kenyataan itu tidak wajar.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata kes Lim hari ini adalah “ibu segala kes” dibandingkan dengan tuduhan lain dihadapinya, dengan peluang “99%” untuk memenangi kes itu.
Peguam V Parthipan berkata, belum pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa mengeluarkan kenyataan seperti itu, ketika hakim satu-satunya individu yang akan memutuskan sabitan kes berkenaan.
“Sekiranya anda mempunyai bukti kukuh, sebaiknya teruskan bukti dan hujah anda di mahkamah. Tidak perlu membuat kenyataan seperti ‘99% akan menang’.
“Seolah-olah kami menekan hakim untuk menghukum tertuduh kerana anda memiliki kes yang baik. Jika DPP gagal mensabitkan tertuduh, itu akan kelihatan buruk pada mereka,” katanya kepada FMT.
Peguam Siti Zabedah Kasim berkata, DPP perlu berusaha melindungi orang yang tidak bersalah dan mensabitkan yang bersalah, dan menghormati hak undang-undang semua, termasuk tertuduh.
“Saya berharap dalam semangatnya untuk mendakwa, dia tidak gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya. Saya harap dia tidak didorong untuk menghukum tertuduh.
“Tidak ada ancaman lebih besar terhadap sistem keadilan daripada ditimbulkan oleh pendakwa tidak beretika.
“Seorang pendakwa bukan saja tidak terikat untuk menuntut hukuman dengan segala cara, dia dilarang oleh etika daripada sengaja melanggar hak tertuduh,” katanya.
Seorang peguam lain yang tidak mahu disebutkan namanya berkata, kenyataan DPP itu “sangat berat sebelah”, kerana kebanyakanya menjauhi media bagi mengelak situasi “perbicaraan oleh media”.
“Ini juga menimbulkan pertanyaan apakah Peguam Negara membenarkan kenyataan seperti itu.
“Kenyataan kepada media, jika ada, harus memberikan fakta yang tepat untuk pengetahuan masyarakat. Bukan untuk menyiarkan pendapat dan perasaan pendakwa.
“Pendapat pendakwa tidak bermaksud apa-apa kerana tugasnya adalah melakukan pendakwaan berdasarkan bukti diperoleh daripada siasatan,” katanya.
Peguam Lim, Gobind Singh Deo pelik apabila pendakwa yang sama membuat kenyataan mengenai kes itu ketika mereka sendiri meminta perintah larangan kepada mahkamah sebelum ini. Tidak ada perintah larangan dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini.
Katanya, beliau akan merujuk perkara itu kepada mahkamah kemungkinan berlaku subjudis daripada kenyataan berkenaan.
FMT menghubungi Shaharuddin melalui bahagian komunikasi korporat Pejabat Peguam Negara dan menunggu respons daripadanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/99-menang-peguam-persoal-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Lim Guan Eng Ini Ibu Segala Pendakwaan Pendakwa Raya Yakin 99 Menang Video

Kes Lim Guan Eng Ini Ibu Segala Pendakwaan Pendakwa Raya Yakin 99 Menang Video

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 372 hits
GEORGE TOWN Beberapa peguam mempersoalkan kenyataan seorang pendakwa raya dalam pertuduhan terbaru Lim Guan Eng hari ini atas kesalahan berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208 7 juta kepada 2 syarikat Mereka berk...
Mat Sabu Persoal Motif Dakwa Lim Guan Eng Ketika Prn Sabah

Mat Sabu Persoal Motif Dakwa Lim Guan Eng Ketika Prn Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 433 hits
Amanah mendakwa pendakwaan ke atas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah usaha untuk menghalangnya daripada mengetuai parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah Presidennya Mohamad Sabu berkata sesiapa sahaja boleh didakwa di mahkamah jika...
Guan Eng Gobind Akur Perintah Mahkamah Elak Kenyataan Subjudis

Guan Eng Gobind Akur Perintah Mahkamah Elak Kenyataan Subjudis

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 294 hits
Peguambela Gobind Singh hadir ke mahkamah atas sebutan kes anak guamnya yang merupakan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung skandal terowong bawah laut di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Peguam Gobind S...
Guan Eng Persoal Notis Hadir Di Mahkamah Sehari Sebelum Pencalonan Prn Sabah

Guan Eng Persoal Notis Hadir Di Mahkamah Sehari Sebelum Pencalonan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 321 hits
September 9 2020 3 09 PMLim Guan Eng berkata kehadiran di mahkamah di Butterworth pada Jumaat ini akan menjejaskan jadual kempennya untuk PRN Sabah KUALA LUMPUR Lim Guan Eng mempersoalkan pengaturan masa untuk 2 pertuduhan baru yang akan di...
Guan Eng Persoal Kabinet Senyap Isu Hapus Sekolah Vernakular

Guan Eng Persoal Kabinet Senyap Isu Hapus Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 348 hits
Lim Guan Eng berkata sekolah vernakular sudah beroperasi dengan baik sebelum kemerdekaan dan kewujudannya tidak pernah dipersoalkan sebagai tidak berperlembagaan PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Kabinet mengarahkan T...
Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 509 hits
Polis menasihatkan orang ramai terutama penyokong bekas menteri kewangan Lim Guan Eng untuk tidak berkumpul berarak dan hadir semasa pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan itu di Mahkamah Sesyen Butterworth esok Ketua Polis Daerah Seberang ...
Guan Eng Charged With Wrongfully Misappropriating Two Plots Of State Land

Guan Eng Charged With Wrongfully Misappropriating Two Plots Of State Land

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 311 hits
Lim Guan Eng was charged in the Sessions Court in Butterworth today for wrongfully misappropriating two plots of land to two developers in Penang when he was the chief minister of Penang The charges were read before judge Ahmad Azhari Abdul...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto