Wan Rosdy Tindakan Ahli Parlimen Raub Halang Penjawat Awam Bersifat Individu Tidak Wakili Pendirian Parti






TAPAH: Tindakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub, Pahang minggu lalu adalah bersifat peribadi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pendekatan yang diambil wakil rakyat DAP tersebut bukanlah mewakili pendirian parti secara keseluruhan.
“Dia mengambil tindakan secara individu dan perkara itu tidak mencerminkan keseluruhan.



“Kita serahkan kepada pihak berkuasalah untuk mengambil tindakan. Negara kita ada undang-undang, ada peraturan yang wajib kita patuhi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Pas yang mempersoalkan pendirian UMNO terhadap tindakan Yu Hui dalam isu pencerobohan itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, sehingga kini belum ada mana-mana kenyataan rasmi dikeluarkan pimpinan UMNO yang mengecam isu tersebut.
Mengulas lanjut, Naib Presiden UMNO itu berkata, pihaknya tidak terkejut sekiranya isu penguatkuasaan terhadap ladang haram durian Musang King dijadikan bahan kempen pihak lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ini.
Katanya, pihak lawan ketika ini sudah ketandusan idea dan akan menggunakan apa juga isu yang berlaku untuk menimbulkan persepsi negatif meskipun mengetahui perkara itu tidak benar.
“Kita membawa aspirasi bahawa calon akan meneruskan kesinambungan dan membantu rakyat, menjaga serta memudahkan kebajikan rakyat kerana kita sealiran dengan kerajaan. Itu yang kita bawa.


“Bukan menimbulkan persepsi, fitnah atau perkara yang terang-terang salah dari segi peraturan.
“Kalau Musang King (kebun durian), mahkamah telah pun buat keputusan. Jadi saya ingat perkara itu sepatutnya tidak ada isu.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara, kita kena akur,” katanya.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.
Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.
Terdahulu, Wan Rosdy meluangkan masa makan tengah hari bersama jentera dan pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Simpang Tiga dekat Bidor yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/wan-rosdy-tindakan-ahli-parlimen-raub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 218 hits
RAUB Polis akan mengambil keterangan daripada lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan operasi penebangan pokok durian musang king di tanah kerajaan di sini baru baru ini K...
Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengecam sekeras kerasnya tindakan tidak beradab DAP yang bertindak menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi mereka dalam operasi penguatkuasaan baru baru ini Ketua Pemuda PAS Pahang M...
Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 148 hits
RAUB Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa Op Sekat 3 0 di sini minggu lalu Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran oleh pentadbir Facebook Yu Hui seb...
Anthint Loke Peguam Dap Urus Kes Melibatkan Ahli Parlimen Raub Mengikut Saluran Perundangan Yang Betul

Anthint Loke Peguam Dap Urus Kes Melibatkan Ahli Parlimen Raub Mengikut Saluran Perundangan Yang Betul

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 114 hits
SUBANG JAYA Peguam DAP kini sedang menguruskan kes melibatkan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui mengikut saluran perundangan yang betul Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook memaklumkan parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada peguam berh...
Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti Manipulasi Isu Ladang Durian Usah Kelirukan Rakyat

Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti Manipulasi Isu Ladang Durian Usah Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 135 hits
KUANTAN Penasihat gerakan Save Musang King Alliance Chow Yu Hui perlu berhenti mengelirukan rakyat dalam hal berkaitan tindakan kerajaan Pahang menebang pokok durian ditanam secara haram di Sungai Klau dekat Raub Pahang kelmarin Timbalan Pe...
Tidak Wajar Menyerang Menter Besar Pahang Hanya Kerana Mendakwa Tindakan Mp Raub Bersifat Peribadi

Tidak Wajar Menyerang Menter Besar Pahang Hanya Kerana Mendakwa Tindakan Mp Raub Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 34 hits
KUANTAN Tidak perlu salahkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kononnya menyokong DAP bila mengatakan tindakan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan k...
Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam oper...
Wan Rosdy Tindakan Pn Gunakan Poster Gambar Pemimpin Umno Tidak Profesional Kelirukan Rakyat

Wan Rosdy Tindakan Pn Gunakan Poster Gambar Pemimpin Umno Tidak Profesional Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 119 hits
TAPAH Tindakan Perikatan Nasional menggunakan gambar pemimpin UMNO untuk meraih undi pada Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning adalah tidak profesional dan mengelirukan rakyat Naib Presiden UMNO merangkap Menteri B
Tuan Ibrahim Ahli Parlimen Raub Patut Letak Jawatan Tidak Patuh Kepada Kerajaan Yang Memerintah

Tuan Ibrahim Ahli Parlimen Raub Patut Letak Jawatan Tidak Patuh Kepada Kerajaan Yang Memerintah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 138 hits
KUBANG KERIAN Kalau dia berfungsi sebagai wakil rakyat kerajaan yang sepatutnya dia kena mempertahankan bukan dia pergi lawan undang undang kata Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS berkata demikian sebagai merujuk kepada ti...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Anda Siapa Chatgpt

Tiga Jenis Daun Ketum


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Rises Against Us Dollar As Market Sentiment Improves

Siti Kasim Slams Perlis Mufti For Rallying Muslims To Side Pakistan In Military Conflict Against India

Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci

Tolong Menonolong Dan Rasa Hormat Dan Menghormati Dalam Pekerjaan

Genereasi Z Adakah Anak Anak Kita Fahami Isunya

Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah