Kes Jenayah Komersial Meningkat Di Seluruh Negara


 Bernama 
Negeri 'panas' yang mencatatkan kes jenayah komersial tertinggi ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

Jenayah komersial tidak memerlukan pertemuan bersemuka, cukup hanya dengan beberapa klik di telefon bimbit ia boleh berlaku. Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, walaupun indeks jenayah di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 36 peratus.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, jumlah kes jenayah komersial didapati meningkat sejak 2018, iaitu daripada 24,262 kepada 26,465 kes (2019) dan 27,323 kes (2020).
“Ini kerana jenayah komersial tidak perlu bersemuka, contohnya scam dan penipuan pinjaman yang boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara dalam talian, mungkin pemanggil berada di Kuala Lumpur (sebagai contoh) dan membuat panggilan ke Johor Bahru untuk menipu mangsa di sana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini.
Menurutnya lagi pada 2018, sebanyak 13,645 tangkapan dan 7,927 pertuduhan telah dibuat membabitkan jenayah komersial di negara ini.
“Jumlah tersebut meningkat kepada 13,835 tangkapan dan 9,875 pertuduhan pada 2019, dan 15,440 tangkapan dan 10,097 pertuduhan pada 2020, manakala bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 4,196 tangkapan dan 2,372 pertuduhan telah dibuat,” katanya.
Zainuddin berkata, jumlah kes jenayah komersial yang membabitkan ‘scammer’, juga dilaporkan meningkat dari 13,568 kes pada 2018 kepada 14,425 kes (2019) dan sebanyak 17,553 kes (2020).
“Kategori kes ‘scammer’ termasuklah e-dagang, pinjaman pelaburan tidak wujud, tipu tanah, ‘Bussiness Email Compromised’, tipu bomoh, tipu Toto, penipuan SMS (sistem pesanan ringkas), penipuan kad kredit, cabutan bertuah dan penyamaran.
“Tiga negeri ‘panas’ yang mencatatkan kes tertinggi ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur, manakala jumlah kes ‘scammer’ di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah sebanyak 5,078 kes,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan, termasuklah yang menggunakan latar belakang agama bagi meraih simpati orang ramai.
“Jangan ambil risiko untuk membuat pelaburan jika tidak pasti mengenai pelaburan tersebut, waspada juga dengan penipuan yang menggunakan pertubuhan islamik atau institusi agama, untuk mengumpul derma.
“Buat semakan sebelum membuat pindahan wang, kita ada terima maklumat mengenai kes seperti ini tetapi masih mengumpul bukti,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kes-jenayah-komersial-meningkat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 681 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Waktu Operasi Bazar Ramadan Amp Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

Waktu Operasi Bazar Ramadan Amp Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 295 hits
Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh rakyat Malaysia kerana dapat merasai kemeriahan Ramadan walaupun sedang menghadapi pandemik Covid 19 Suasana sam...
Peguam Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes Src

Peguam Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes Src

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 378 hits
PUTRAJAYA Peguam Datuk Sri Najib Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan kenapa Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilantik untuk mendengar kes berkait SRC International kes yang dianggap paling penting dalam a...
Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 335 hits
Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes Covid 19 meningkat Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 202
Kes Covid Meningkat Akibat Bazar Ramadan

Kes Covid Meningkat Akibat Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 425 hits
Bazar Ramadan ditunggu tunggu oleh kebanyakan pengusaha dan juga umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa untuk membeli juadah berbuka Bagaimanapun peningkatan kes jangkitan Covid 19 terbaharu di seluruh negara sejak 3 hari lalu membimbangk...
Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 257 hits
Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata 1 731 adalah penularan tempatan manakala lapan lagi adalah kes import Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 11 April Kes baharu Covid 19 di seluruh negara hari ini mencatatkan 1 739 kes dengan lapan kemat...
Terlupa Kadar Zakat Fitrah Ini Maklumat Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negara

Terlupa Kadar Zakat Fitrah Ini Maklumat Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 297 hits
BILA tiba bulan Ramadan lazimnya solat sunat Tarawih zakat fitrah bazar Ramadan bufet buka puasa antara yang sinonim dengan bulan penuh keberkatan ini Artikel kali ini menjurus kepada zakat fitrah memandangkan ia adalah amalan wajib yang pe...
Mengapa Suhakam Membisu Kes Pengawal Berpuasa Dipukul Majikan Kata Ahli Dewan Negara

Mengapa Suhakam Membisu Kes Pengawal Berpuasa Dipukul Majikan Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 256 hits
MALAYSIA NOW Suhakam dilihat membisu seribu bahasa berhubung kes pukul mengugut dan menghalang dua pengawal daripada menunaikan amalan agama mereka Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan Buki...
Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People

Elected Decay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Bisnis Afiliasi

Televisyen Saiz 40

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

Misha Omar Umum Konsert Dia 2025 Ini Lokasi Tarikh Info Tiket

My Moving Journal A Fresh Start