Kes Covid Meningkat Akibat Bazar Ramadan



Bazar Ramadan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengusaha dan juga umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa untuk membeli juadah berbuka.
Bagaimanapun, peningkatan kes jangkitan Covid 19 terbaharu di seluruh negara sejak 3 hari lalu membimbangkan dan memerlukan kerajaan meneliti punca jangkitan, adakah kerana bersesak-sesak di bazar Ramadan.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, sekiranya terbukti bazar Ramadan menjadi penyumbang kepada kenaikan kes-kes Covid maka kerajaan perlu memikirkan langkah lebih tegas bagi mengawal keadaan.
“Kita faham berniaga bazar boleh menambahkan pendapatan warga yang ekonomi keluarga sudah lama tertekan akibat pandemik. Usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat memang baik dan dialu-alukan, tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak mahu aktiviti sebegini melahirkan kluster baru Covid dan memungkinkan kemunculan gelombang ke-4.
“Kerajaan Tempatan dalam hal ini harus meningkatkan pemantauan dengan memastikan petugas sentiasa ada di perkarangan bazar supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) terus dipatuhi. Di samping itu, jumlah pengunjung di satu-satu tempat dan di satu-satu waktu juga perlu dihadkan mengikut keluasan bazar.
“Saya rasa risiko ini dapat dikurangkan jika semua bazar Ramadan boleh menyediakan perkhidmatan bazar online. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh memainkan peranan ini dan saya yakin mampu memudahkan urusan dengan penyediaan apps bazar contohnya.
“Kos perkhidmatan penghantaran juga mungkin boleh dikurangkan atau ditampung sebahagian oleh kerajaan, agar peniaga tidak terbeban dengan kos itu dan pelanggan pula dapat menikmati juadah dan kemeriahan suasana Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Pengarah Dasar, Strategi dan Latihan KEADILAN Wilayah Persekutuan itu lagi, kes harian yang mencecah lebih 1,800 semalam sangat mengganggu dan meresahkan rakyat.
Katanya, andai kerajaan tidak menilai punca jangkitan, maka keadaan mungkin lebih buruk menjelang umat Islam menghabiskan ibadah Ramadan.
“Adakah meningkatnya kes disebabkan oleh pembukaan Bazar Ramadan di seluruh negara? Tiada pula kenyataan yang mengesahkan keabsahan ini dari KKM mahupun MKN.
“Apa yang pasti, virus Covid memang telah berada dalam komuniti. Segala bentuk kehadiran orang ramai dalam sesuatu tempat apatah lagi di ruang yang terhad akan meningkatkan risiko rangkaian jangkitan apatah lagi di bazar Ramadan yang dikunjungi oleh mereka dari pelbagai ceruk tempat dan kawasan,” katanya lagi.
Oleh itu, kata Dr Zaliha, ada baiknya kerajaan meneliti semula SOP pembukaan bazar Ramadan dan berusaha untuk memasarkan barang jualan peniaga secara atas talian sebagaimana dilakukan banyak negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 pada bulan Ramadan tahun lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31961

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 310 hits
Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes Covid 19 meningkat Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 202
Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 231 hits
Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata 1 731 adalah penularan tempatan manakala lapan lagi adalah kes import Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 11 April Kes baharu Covid 19 di seluruh negara hari ini mencatatkan 1 739 kes dengan lapan kemat...
Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 279 hits
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman Alor Setar Tinjaua...
Perak Batal Bazar Ramadan Jika Aduan Tidak Patuh Sop Meningkat

Perak Batal Bazar Ramadan Jika Aduan Tidak Patuh Sop Meningkat

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 282 hits
Oleh ASLIZA MUSA NOLEE Ashilin Mohammed Radzi meninjau perpustakaan komuniti ketika merasmikan Perpustakaan Komuniti PPR Pangsapuri Seri Kepayang di Ipoh UTUSAN ZULFACHRI ZULKIFLIIPOH Operasi bazar Ramadan di negeri ini mungkin dibatalkan j...
Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 262 hits
Hajiji Noor melawat pasar awam Sandakan hari ini SANDAKAN Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid...
Isu Bazar Ramadan Sama Ada Akan Tutup Atau Tidak Tan Sri Annuar Musa Tampil Jawab Isu Tersebut

Isu Bazar Ramadan Sama Ada Akan Tutup Atau Tidak Tan Sri Annuar Musa Tampil Jawab Isu Tersebut

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 294 hits
Baru baru ini dilaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menutup operasi mana mana Bazar Ramadhan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan Covid19 di tapak bazar tersebut jelas Menteri Tan Sri Annuar Musa
Orang Ramai Bersesak Datang Dari Segenap Penjuru Kata Peniaga Bazar Ramadan

Orang Ramai Bersesak Datang Dari Segenap Penjuru Kata Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 264 hits
Lonjakan kes Covid 19 baru baru ini menimbulkan kebimbangan mengenai bazar Ramadan PETALING JAYA Kesesakan sehingga berlaga bahu di bazar Ramadan berpunca daripada pengunjung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard dan masuk dari semu...
Awani Ringkas Mbpp Keluarkan 23 Notis Amaran Perak Saran Pegawai Pbt Di Bazar Ramadan

Awani Ringkas Mbpp Keluarkan 23 Notis Amaran Perak Saran Pegawai Pbt Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 285 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S
Gagal Patuhi Sop Bazar Ramadan Tok Adis Diarah Tutup Sementara

Gagal Patuhi Sop Bazar Ramadan Tok Adis Diarah Tutup Sementara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 245 hits
Tutup selama 14 hari bermula 8 malam tadi hingga 30 April KUALA TERENGGANU Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai di sini diarah tutup sementara selama 14 hari bermula 8 malam tadi hingga 30 ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi