Kes Ibu Yati Kedangkalan Cara Berfikir Dan Keupayaan Memahami Asas Pengetahuan Dr Maza


 

KUALA LUMPUR: Nama Ibu Yati kembali hangat viral di media sosial sejak penghujung Januari lalu apabila memuat naik kenyataan menggusarkan yang terkait dengan pertikaian agama.
Lebih memburukkan kenyataannya menunjukkan bahawa sama ada sisi asas atau usul agama yang longgar atau kemungkinan berlakunya pengaruh fikrah atau doktrin dalam pemikirannya.
Dengan kegusaran yang berlaku, maka menjadi keperluan untuk menemui dan mendengar sendiri daripada pemilik akaun Facebook Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias agar tidak timbul salah faham atas semua dakwaan serta setiap perkataan yang mungkin boleh difahimi dengan makna yang lain.
Saya menjangkakan individu atau bekas wartawan begitu berpengalaman yang pernah membongkar kes berprofil tinggi termasuk ajaran sesat hinggalah menerjah kepada komplot rasuah yang melibatkan barisan pegawai kerajaan, tentulah hujahan menjustifikasikan setiap dakwaan dan kenyataan menggusarkan itu mempunyai asas yang konkrit ataupun ada maksud lain disebalik apa yang dinyatakan.
Bagaimanapun, perbualan dan pertanyaan hanya menemukan dakwaan demi dakwaan yang semakin sukar difahami, sukar untuk mempercayai individu dia adalah individu sama yang memiliki pengiktirafan atas karya yang pernah dihormati dalam dunia kewartawanan tanah air.
Jahil atau Kesesatan Terpilih?
Ibu Yati beri keterangan di JAIS, Shah Alam
Pada awal persoalan Ibu Yati lebih banyak menekankan perbezaan antara Islam Arab dan Islam al-Quran selain menafikan dakwaan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan yang mendakwa dia membawa ajaran baharu iaitu “Agama Melayu”.
Islam Arab yang dijelaskan banyak merujuk kepada kelompok kumpulan pengganas memandangkan dia mendakwa pernah direkrut sebagai pengebom berani mati oleh kumpulan Jemaah Islamiah ketika belajar di sebuah universiti awam.
“Dalam dua pengalaman saya ini (pengalaman ketika terbabit dengan JI) saya membuat kajian, ini pengalaman saya sendiri. Itulah perbezaanya, ada dua (versi Islam) satu yang ikut Arab, itu yang membuatkan mereka terpesong boleh jadi direkrut sebagai militan dan diaorang boleh ikut apa-apalah.
“Tengok pengalaman Al-Maunah itu contoh Islam Arab, Memali, itu contoh Islam Arab, JI itu contoh Islam Arab, ISIS itu contoh Islam Arab, Daesh itu contoh Islam Arab. Islam Quran tak macam tu”,
Saya cuba menyelidiki pembabitan dia dalam Jemaah Islamiah dan sememangnya ada artikel dan keratan laporan akhbar termasuk yang dihantar oleh Ibu Yati sendiri tentang pembongkaran olehnya dan disokong oleh kerajaan ketika itu.
Namun tidak dapat dipastikan apakah benar pemecatanya dari IPT itu pada 2001 disebabkan usaha pembongkarannya itu atau atas sebab lain.
Pertemuan malam itu juga dihadiri satu lagi sosok lelaki yang agak berusia dan lebih banyak bercakap serta mendominasi perbualan apabila menyentuh soal agama.
Bagaimanapun, selepas meneliti setiap patah perkataan yang dikeluarkanya, pantas sahaja setiap status atau kenyataan dalam laman Facebook Yati menerjah dalam ingatan. Seolahnya Wan Nor Hayati seperti hanya berfungsi untuk menyokong sahaja setiap apa yang keluar dari mulut lelaki itu.
Secara jelasnya lelaki dikenali sebagai Abdul Hamid Yeop Zainuddin ini mempunyai pengaruh yang memang besar dalam dakwaan dan kenyataan Wan Nor Hayati selama ini.
Abdul Hamid dikatakan bekas pensyarah universiti awam yang sama dan menerima nasib yang sama iaitu dipecat walaupun pada tahun berbeza.
Menerusi individu inilah segala masalah dan persoalan serta dakwaan mengenai agama mula menjelma bertubi-tubi menerjah tanpa henti.
Semua kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ibu Yati itu lebih lebar penjelasannya oleh Abdul Hamid bahkan rupanya lebih banyak persoalan dan isu agama yang pada awalnya hanya dipermukaan, akhirnya mula mendalam dan mendasar.
Perlu saya akui bahawa, asa dalam diri ini tidak meletakkan saya sebagai agamawan untuk meletakan hukuman atas setiap dakwaan itu. Namun sesiapa sahaja dalam kalangan Muslim jika mendengarnya akan mengetahui, kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan asas keimanan.
Perkara disentuh individu ini sebenarnya telah dalam ke daerah aqidah yang mencabar sebab dan punca kenapa kita memilih Islam sebagai pegangan.
Bagi Ibu Yati dan Abdul Hamid, nombor ekor itu bukan judi kerana ia melibatkan matematik.
Bagaimanapun, itu hanya kecil dijika dibandingkan dengan pertikain lain yang keluar dari mulut mereka termasuklah mendakwa kewujudan Melayu ini sebenarnya lebih awal daripada Nabi Adam A.S.
‘’Adam baru 6070 tahun. Melayu ni mana? Melayu lagi lama. Asal usul tamadun manusia ini dekat Gunung Jerai. Dari situ merebak. Sekarang ini soalan, sebelum ada itu apa agama ini? Jadi itulah agamanya Isusilam” Katanya ketika menerangkan kronologi penciptaan manusia di muka bumi.
Dakwaan Ibu Yati mengenai kajian usia Melayu itu terkandung dalam sebuah buku kontroversi mengenai asal- usul Melayu.
Kedua-duanya mendakwa wujud kitab “ Isusilam” yang disimpan di London ketika ini yang tercatat dan terkandung didalamnya fakta mengenai hal ini.
Berikut antara dakwaan-dakwaan yang sangat mendasar dan bercanggah dengan akidah Islam:
1- Mengatakan bahawa syadah yang diucapkan umat Islam selama ini adalah salah
2- Allah yang disembah umat Islam itu sebenarnya patung berhala
3- Al-Quran yang ada ini tidak asli
4- Nabi Ibrahim dan Sulaiman dari Tanah Melayu
5- Mempertikaikan kerasulan Nabi Muhamad S.A.W
6- Mendakwa Rasulullah S.A.W menyembah batu hitam (Hajarul Aswad)
7- Al-fatihah bukan firman Allah
8- Tiada bab poligami dalam al-Quran
9- Bermulanya tamadun manusia di alam ini adalah dari gunung Jerai
10- Mendakwa cara sebenar solat Melayu Islam bukan seperti yang diamalkan sekarang
Itu sebahagian dakwaan yang jelas terakam kamera dan kedengaran di telinga yang menyebabkan satu persatu cerita kehebatan dalam dunia kewartawanan yang dikagumi sedikit demi sedikit mula pudar.
Bagi saya, ia telah meletakan jurang yang besar antara saya dan dia.
Tetapi pendirian dalam Islam saya kira perlu diserahkan urusanya kepada pihak yang memegang amanahnya dan umat Islam sewajarnya perlu sabar dan menghormati perjalanan proses undang-undang.
Namun bagi berlaku adil, Astro AWANI mendapatkan penjelasan Mufti Negeri Perlis Prof.Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjawab dengan jelas setiap dakwaan oleh Ibu Yati dan Abdul Hamid.
”Ibu Yati jika dilihat pada apa yang dia ucap dan ulasan bekas pensyarah itu telah menunjukan kedua-dua mereka begitu kontang dengan ilmu pengetahuan asas aqidah Islam dan al-Quran. ‘’ katanya.
Jelasnya, ia tidak hanya membabitkan tentang perilaku dan dakwaan dangkal mereka berdua tetapi mungkin juga harus diteliti secara terperinci tentang rekod mereka sebelum ini agar tiada mana-mana pihak telah dizalimi akibat kedangkalan ilmu agama mereka.
“ Saya bimbang, bagaimana orang seperti Hayati selama ini menjadi seorang wartawan dan kononya telah berjaya membongkar pelbagai ajaran sesat sedangkan akidahnya sendiri sangat tidak jelas.’’
‘’Bagaimana dia mampu membuat kesimpulan selama ini tentang ajaran orang lain dan mengkategorikan mereka itu sebagai sesat,” soal Asri yang hairan dengan kemampuan sebenar bekas wartawan itu.
Asri turut ragu-ragu kemampuan yang ada pada Abdul Hamid yang banyak mempersoal dan mendakwa dengan pelbagai sifat dalam ketuhanan dan agama Islam dalam keadaan dirinya juga gagal menguasai asas-asas tertentu sebagai individu yang pernah bergelar pensyarah.
Mufti Perlis itu mengambil contoh bagaimana Abdul Hamid gagal memahami al-Fatihah dan mendakwa ia bukan daripada Allah dan terdapat ayat yang tidak menunjukan ia adalah firman Allah.
Sedangkan perkara itu adalah gaya bahasa dan penggunaan kata ganti nama dalam al-Quran.
“Dakwaan ini (yang menyatakan Al-Quran bukan asli dan contoh yang ditunjukan dalam surah al-Fatihah), dukacita kalau dia seorang pensyarah universiti. Ini adalah teknik penulisan! Kalau pensyarah begitu gagal memahaminya, saya bimbang kita mempunyai krisis yang teruk dalam aspek kualiti ilmu-ilmu pensyarah di universiti-universiti kita. Kalau begitu asaspun dia gagal memahami”. Kata Dr Mohd Asri
Menyimpulkan keseluruhan terhadap perbuatan dua individu itu, Dr Mohd Asri titipkan satu kisah sahabat Rasulullah S.A.W yang mungkin mirip situasi atau keadaan yang membelenggu Wan Noor Hayati dan Abdul Hamid.
“ Kisah mereka berdua ini mengingatkan saya tentang apa yang berlaku kepada Usamah Bin Qatadah yang telah menuduh sahabat nabi iaitu Saad Bin Abi Waqaf r.a sehingga Saad berdoa kepada Allah supaya hidupnya (Usamah) penuh dengan fitnah kehidupan dan kehinaan .
“Saya bimbang mereka mungkin pernah menuduh orang lain sesat secara salah sehingga akhirnya ditimpa doa orang yang dizalimi sehingga mereka sendiri tersesat,” katanya.
Bagi Dr Mohd Asri kiraannya sudah jelas untuk hukum-hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Wan Noor Hayati dan Abdul Hamid dengan kecenderungan untuk memutuskan bahawa:
“ Kalau mereka mengungkapkan setiap perkataan atau dakwaan mereka yang terakam itu adalah secara sedar dan faham keatasnya, mereka sudah pun terkeluar daripada daerah Iman,” jelasnya menutup perbualan kami dan itulah kesimpulan di atas segala kekhilafan yang telah mencetuskan kegusaran sepanjang minggu lalu.
Wallahua’lam.
The post Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan – Dr Maza appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/10/kes-ibu-yati-kedangkalan-cara-berfikir-dan-keupayaan-memahami-asas-pengetahuan-dr-maza/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kes-ibu-yati-kedangkalan-cara-be

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Anak Banyak Bercampur Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas

Mainan Anak Banyak Bercampur Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 586 hits
Ajar dari kecil anak anak susun barang seperti buku toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori Contohnya box...
039 Agama Melayu 039 Ajaran Sesat Yadim Siasat Ibu Yati

039 Agama Melayu 039 Ajaran Sesat Yadim Siasat Ibu Yati

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 267 hits
Orang ramai dinasihat agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat Agama Melayu kata Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 29 Jan Orang ramai dinasihat agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat Agama Melayu ...
Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 271 hits
Satu ajaran agama baru dikenali sebagai Agama Melayu dilaporkan telah dikesan dan menjadi topik perbualan masyarakat di negara ini sejak beberapa hari ini Agama berkenaan menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassa...
Ajaran Islam Melayu Ibu Yati Sesat Lagi Menyesat Kata Yadim

Ajaran Islam Melayu Ibu Yati Sesat Lagi Menyesat Kata Yadim

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 1467 hits
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassan berkata pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah mengenai dakwaan timbulnya agama baharu itu PETALING JAYA Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Ma...
Lelaki Saman Polis Dakwa Ditangkap Cara Tak Sah Kes Serangan Parang

Lelaki Saman Polis Dakwa Ditangkap Cara Tak Sah Kes Serangan Parang

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 199 hits
Faisal AsyrafSeorang lelaki Sarawak memfailkan saman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang didakwa melakukan penangkapan tidak sah terhadap dirinya abangnya dan anak saudaranya Dia menamakan Inspektor Wong Shung Ming dan ...
Menangis Tengok Ramai Tak Sanggup Tengok Ibu Ainul Kongsi Cara Tukar Trachy Di Leher

Menangis Tengok Ramai Tak Sanggup Tengok Ibu Ainul Kongsi Cara Tukar Trachy Di Leher

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 250 hits
Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh Menderita ketumbuhan dalam mulut bapa kepada adik Ainul tabah...
Cara Hilangkan Parut Pembedahan Czer Ini Wajib Ibu Ibu Tahu

Cara Hilangkan Parut Pembedahan Czer Ini Wajib Ibu Ibu Tahu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 191 hits
Walaupun banyak wanita tidak suka lemak kerana ingin badan yang kurus dan langsing tetapi jangan terkejut kerana ada kajian terbaru menunjukkan bahawa lemak sebenarnya boleh bantu hilangkan parut czer anda itu Wah ini pastinya cara hilangka...
Ibu Yati Yang Perlu Mohon Maaf Nasrudin

Ibu Yati Yang Perlu Mohon Maaf Nasrudin

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 335 hits
PUTRAJAYA Meskipun diberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf berhubung ajaran Islam Melayu Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassan bertegas tidak akan berbuat demikian Malahan katanya Ibu Yati atau nama s...
Doa Inilah Mak Baca Ketika Besarkan Kami 8 Beradik Cara Ibu Ni Bukan Je Buat Anak Dengar Cakap Siap Tambah Rezeki

Doa Inilah Mak Baca Ketika Besarkan Kami 8 Beradik Cara Ibu Ni Bukan Je Buat Anak Dengar Cakap Siap Tambah Rezeki

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 595 hits
Kasih ibu membawa ke syurga Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit Demi anak anak semuanya diharungi dengan cekal Malah setiap masa dan saat mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam ke...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord