Kes Demam Denggi Makin Meningkat Ibu Wajib Buat Ni Cegah Keluarga Terkena


Kes kenaikan demam denggi kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember lalu, kes demam denggi meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.
Menurut Dr Noor Hisham, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.

Bahkan menurutnya lagi, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
Kongsinya lagi, usahakanlah untuk menjaga kebersihan di sekeliling rumah bagi membendung masalah ini.
Beliau turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.

Pesan beliau, bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.
Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur.
Tanda-tanda demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti;
* Demam panas
* Sakit kepala
* Sakit tulang belakang
* Sakit sendi-sendi
* Loya dan muntah-muntah
* Sakit biji mata
* Ruam

Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti;
* Mudah lebam.
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
Bagi memastikan anak-anak dan keluarga terlindung dari jangkitan denggi ini ada baiknya kita usahakan untuk menjaga kawasan sekeliling rumah. Apa mak ayah perlu buat?

* Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di rumah.
* Buang bekas yang boleh menakung air.
* Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup.
* Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
* Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
* Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
* Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
* Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
* Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma
The post Kes Demam Denggi Makin Meningkat, Ibu Wajib Buat Ni Cegah Keluarga Terkena! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kes-demam-denggi-makin-meningkat-ibu-wajib-buat-ni-cegah-keluarga-terkena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Demam Denggi Di P Pinang Meningkat 248 1 Peratus

Kes Demam Denggi Di P Pinang Meningkat 248 1 Peratus

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 113 hits
KES demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248 1 peratus iaitu 1 347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Disember lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma arof Sudin b...
Tak Pernah Cukup Rehat Tapi Bahagia Itulah Pengorbanan Ibu Untuk Keluarga Tersayang

Tak Pernah Cukup Rehat Tapi Bahagia Itulah Pengorbanan Ibu Untuk Keluarga Tersayang

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 119 hits
Dalam banyak perkara para ibu biasanya mendahulukan suami dan anak anak Ada sesetengah ibu akan rasa bersalah jika mendahulukan keperluan diri Walaupun cuba menjadi ibu paling sempurna anda perlu sedar diri tidak sekuat mana selama lamanya ...
Tak Perlu Stress Urus Anak Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Makin Kuat Dalaman

Tak Perlu Stress Urus Anak Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Makin Kuat Dalaman

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 152 hits
Tak dinafikan bergelar suri rumah tangga terus membuatkan kita stress dan mula memikirkan pelbagai perkara Tak perlu stress melampau sehingga memudaratkan diri sendiri Cari aktiviti apa jua untuk me time dan terapi untuk diri sendiri Namun ...
Tragedi Batang Kali Ibu Hampir Rebah Hilang Empat Ahli Keluarga

Tragedi Batang Kali Ibu Hampir Rebah Hilang Empat Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 304 hits
SUNGAI BULOH Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarganya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kelihatan terlalu sedih dan lemah untuk berjalan malah hampir rebah selepas proses menuntut mayat mereka di Hospital Sungai Buloh di s...
Hiburan Tiada Maaf Bagi Mereka Ibu Syamsul Yusof Buat Ig Story Selar Individu Runtuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga

Hiburan Tiada Maaf Bagi Mereka Ibu Syamsul Yusof Buat Ig Story Selar Individu Runtuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 271 hits
Sememangnya kita tahu kemelut diantara pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berhubung kes orang ketiga iaitu Ira Kazar masih belum selesai dan berlarutan hingga ke hari ini Seperti diketahui ramai ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah I...
Ada Anggota Keluarga Baru 4 Seleb Ini Rayakan Natal Perdana Sebagai Ibu

Ada Anggota Keluarga Baru 4 Seleb Ini Rayakan Natal Perdana Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 163 hits
Memiliki buah hati tentunya menjadi keinginan setiap pasangan yang telah menikah termasuk para selebritis Usai dikaruniai buah hati kini mereka pun menyandang status baru sebagai ayah dan ibu Ada anggota keluarga baru 4 seleb ini rayakan na...
Apa Kamu Tahu Kitas Adalah Dokumen Wajib Bagi Wna

Apa Kamu Tahu Kitas Adalah Dokumen Wajib Bagi Wna

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 282 hits
Bagi yang belum tahu KITAS adalah patendo com dokumen yang wajib dimiliki oleh WNA yang ingin tinggal di Indonesia KITAS singkatan dari Kartu Izin Tinggal Terbatas yang harus diurus di Dirjen Imigrasi KITAS memberikan izin WNA yang ingin ti...
Wajib Ukur 5 Perkara Ini Kalau Anda Dah Mulakan Perniagaan Full Time

Wajib Ukur 5 Perkara Ini Kalau Anda Dah Mulakan Perniagaan Full Time

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 256 hits
Anda dah berniaga Kalau dah berniaga artikel ini sangat relevan untuk anda Bukan setakat relevan malah amat penting untuk dihadam sampai faham Kalau anda faham apa yang akan saya kongsikan dalam artikel ini anda akan rasa mudah dan tak hila...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl