Kes Covid 19 Penampang Meningkat 3 X Ganda


Sebanyak 60.5 peratus kes positif Covid-19 di Penampang membabitkan kontak rapat dan 33.3 peratus dikesan melalui saringan bergejala.


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 1,514 kes positif baharu Covid-19 dengan 13 kes kematian dan satu kluster baharu yang dilaporkan di Sook, Keningau.

Daripada jumlah itu, kes yang dilaporkan di Penampang mencatat peningkatan tiga kali ganda iaitu daripada 80 kes semalam kepada 228 kes positif pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 60.5 peratus kes positif Covid-19 di Penampang membabitkan kontak rapat dan 33.3 peratus dikesan melalui saringan bergejala.

Hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 263 kes, diikuti Penampang 228 kes, Keningau 140 kes, Tawau 137 kes dan Sandakan 104. Daerah-daerah lain mencatatkan kes dua angka dan hanya lima daerah mencatatkan kes satu angka.

Kluster baharu yang dilaporka di Keningau adalah kluster Batu 27 Sook yang melibatkan wanita, bukan warganegara berusia 23 tahun.

Setakat hari ini, daripada 136 orang yang telah disaring, 55 kes didapati positif termasuk 50 kes baharu hasil saringan di kuarters pekerja atas inisiatif pengurus perusahaan/ kuarters.

Penularan dalam kluster ini dipercayai berpunca daripada pergaulan rapat antara penghuni rumah sewa yang padat.

Menurutnya, secara keseluruhan 925 kes atau 61.10 peratus kes hari ini melibatkan rontak rapat, sebanyak 331 dikesan melalui saringan bergejala dan 118 kes daripada kluster-kluster baharu dan sedia ada.

Tambahan 1,514 menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 97,979 kes dengan kumulatif kes sembuh 84,709 orang.

Sebanyak 4,688 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin serta pusat tahanan sementara/penjara.

Ketika ini, terdapat 153 orang ditempatkan di unit rawatan rapi dan 66 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi kebenaran kepada warga Malaysia dan bukan warganegara untuk menerima vaksin secara walk-in di semua Pusat Pemberian Vaksin(PPV).

Usaha itu diambil bagi mempercepatkan pencapaian imuniti berkelompok sebanyak 60 peratus menjelang Oktober ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kes-covid-19-penampang-meningkat-3-x.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 385 hits
Saringan kontak rapat terus kekal menyumbang jumlah tertinggi dengan 591 kes atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan Tawau merekodkan 70 peratus kes atau 171 FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Peningkatan kes positif di Sabah sejak minggu...
Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Meningkat

Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 398 hits
Jurucakap Covid 19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes membabitkan pandemik Covid 19 di Sabah terus meningkat dengan angka mencecah 1 514 kes hari ini Angka berkenaan adalah yang tertinggi setakat ini berbanding jumlah kes hari...
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 342 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 297 hits
Kes Covid sudah cecah 20K Muhyidin masih kata dia ada majoriti tapi tak mahu sahkan skrg di Parlimen Dia minta bulan september Nak tunggu berapa byk kes lagi dan berapa ramai setiap hari mati akibat Covid Puak khianat ini setiap malam berku...
21 468 Kes Baru Jangkitan Di Perlis Meningkat Sekali Ganda

21 468 Kes Baru Jangkitan Di Perlis Meningkat Sekali Ganda

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 221 hits
Kes harian COVID 19 dalam negara merekodkan 21 468 kes dalam tempoh 24 jam lalu Kes baharu Covid 19 lepasi 21 000 hari kedua berturut turut KUALA LUMPUR Kes harian COVID 19 dalam negara merekodkan 21 468 kes dalam tempoh 24 jam lalu Ketua P...
Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 354 hits
3 daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 255 kes direkodkan Kota Kinabalu Tiga daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 25...
China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 334 hits
BEIJING China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID 19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu disebabkan lonjakan jangkitan tempatan Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional meni...
Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 264 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa satu pasukan propaganda cuba memperkecilkan keseriusan pandemik Covid 19 ketika beliau terus mengulangi kegagalan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan itu Katanya leb...
85 Kes Positif Covid 19 Di Parlimen Kp Kesihatan

85 Kes Positif Covid 19 Di Parlimen Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 303 hits
AGENDA DAILYKementerian Kesihatan mengesan 85 kes yang ada kaitan dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang diadakan pada 26 Julai hingga 29 Julai 2021 lalu 11 jam lalu Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 85 kes positif Covid 19 yang a...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi