Kes Bunuh Amah Digugur Konsulat Indonesia Tuntut Penjelasan


Media pada Jumaat melaporkan Ambika (gambar) terlepas daripada hukuman mati. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Konsulat Indonesia di sini menuntut penjelasan Timbalan Pendakwa Raya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat yang mengugurkan kes seorang majikan yang mendera pembantu rumah rakyatnya, Adelina Lisao, sehingga meninggal dunia tahun lepas.

Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan sedang menunggu maklum balas.

Pihaknya berharap pertemuan dapat dilakukan secepat mungkin memandangkan pihak konsulat perlu memberi penjelasan kepada keluarga Adelina di Kupang, Nusa Tenggara Timur, berhubung perkembangan kes tersebut.

Iwanshah berkata, pengguguran kes tersebut, bukan sahaja mengejutkan rakyat Indonesia, malah rakyat Malaysia juga berkongsi reaksi yang sama.

Bagaimanapun, pihaknya tetap menghormati proses kehakiman yang berlaku dan berharap Adelina mendapatkan keadilan sewajarnya, katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Jumaat lalu, media melaporkan bekas majikan pembantu rumah berkenaan, Ambika MA Shan, 61 tahun, terlepas daripada hukuman mati selepas mahkamah tersebut dilapor membebaskannya daripada tuduhan bunuh Adelina susulan permintaan Timbalan Pendakwa Raya supaya dia dilepaskan tanpa dibebaskan.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak termasuk Tenaganita dan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) yang menuntut Peguam Negara Tommy Thomas mengkaji semula pengguguran kes tersebut.

Kes penderaan terhadap Adelina pada tahun lalu mengejutkan negara apabila dia diselamatkan dari rumah majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam dalam keadaan tidak bermaya selepas fotonya yang terbiar di luar rumah dirakam seorang jiran.

Ketika diselamatkan, Adelina didapati mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dengan lengan dan kakinya dipenuhi luka bernanah akibat terbakar manakala mukanya bengkak.

Malah, mangsa juga dikatakan dipaksa tidur di luar rumah bersama anjing.

Bagaimanapun, Adelina gagal diselamatkan apabila meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Susulan kejadian itu, tiga beranak ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memaklumkan beliau turut menghubungi Tommy bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Peguam Negara telah memberi respons bahawa beliau secara peribadi akan menyiasat dan melihat apa langkah seterusnya.

Kredit Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/kes-bunuh-amah-digugur-konsulat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bunuh Adelina Digugur Peguam Negara Akan Siasat Kenapa

Kes Bunuh Adelina Digugur Peguam Negara Akan Siasat Kenapa

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 477 hits
Isu majikan dibebaskan dari tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia Adelina Jerima Sau Foto media sosial Peguam Negara Tommy Thomas akan menyiasat soal pengguguran kes bunuh seorang warga emas terhadap pembantu rumah warga Indonesia tahun...
Bebaskan Pembunuh Amah Indonesia Ngo Mahu Tommy Thomas Beri Penjelasan

Bebaskan Pembunuh Amah Indonesia Ngo Mahu Tommy Thomas Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 395 hits
Kumpulan hak asasi wanita hari ini membantah keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau 21 meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ selepas di...
Konsulat Indonesia Persoal Majikan Dibebaskan Tuduhan Bunuh Adelina

Konsulat Indonesia Persoal Majikan Dibebaskan Tuduhan Bunuh Adelina

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 698 hits
Isu majikan yang pada mulanya dituduh membunuh Adelina Jerima Sau kemudiannya digugurkan Foto Facebook Konsulat Indonesia di Pulau Pinang menuntut penjelasan berhubung keputusan mahkamah menggugurkan kes melibatkan seorang pembantu rumah ra...
Aktivis Lantang Tuntut Penjelasan Berkaitan Produk Dari Blogger Terkenal

Aktivis Lantang Tuntut Penjelasan Berkaitan Produk Dari Blogger Terkenal

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 650 hits
Tu dia tajuk entri macam tajuk ruangan gosip kat surat khabar je kan ternampak satu diskusi panas antara aktivis lantang seorang blogger Instafamous juga sekarang dah jadi founder produk jus yang katanya boleh kuruskan badan Biasa la aktivi...
Pemuda Mic Tuntut Penjelasan Maszlee

Pemuda Mic Tuntut Penjelasan Maszlee

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 257 hits
Wartawan Watan Online Pemuda MIC menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan kesahihan berhubung dakwaan beliau menuduh kerajaan lama Barisan Nasional meminggirkan pelajar kaum India dalam program matrikulasi lepasan SPM Ketua ...
Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah

Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa memohon peguam negara mengkaji semula keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia A...
Mirip Nama Orang Indonesia Pelaku Bom Bunuh Diri Di Sri Lanka Sempat Dikira Wni

Mirip Nama Orang Indonesia Pelaku Bom Bunuh Diri Di Sri Lanka Sempat Dikira Wni

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 353 hits
Salah satu laman berita Sri Lanka newsfirst lk menyebut pengebom bunuh diri gereja di Sri Lanka dua hari lalu bernama Insan Setiawan nama tipikal orang Indonesia
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua