Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah



KUALA LUMPUR: Kumpulan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) memohon peguam negara mengkaji semula keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia.

Adelina Jerima Sau, 21, meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ selepas didakwa didera majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam tahun lepas.

Majikan itu, Ambika MA Shan, 61, terlepas dari hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi dilapor membebaskan dia daripada tuduhan bunuh hari ini selepas timbalan pendakwaraya minta dia dilepaskan tanpa dibebaskan.

Pengarah (Pentadbiran) Program Kebajikan Khidmat Imigran (PKKI) Peka, Syed Azemmant S.A. Hamid dalam kenyataannya berkata, keputusan mahkamah itu adalah mengejutkan dan Jabatan Peguam Negara mesti kaji mengapa tiada keadilan untuk Adelina, walaupun terdapat bukti jelas.

Menurut Syed Azemmant lagi, mangsa seorang wanita yang dipaksa bekerja selama 2 tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu diganasi. Kematiannya bermakna sesuatu. “Mengapa mahkamah kita menghampakannya Mana keadilan untuk Adelina?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ketika kerajaan melancarkan perang terhadap penyeludupan manusia dan buruh paksa, menggugurkan kes itu menunjukkan tiada keadilan untuk mangsa seperti Adelina, yang didakwa didera di tempat kerja.

“Peka sedih dengan laporan ini. Kami tidak dapat bayangkan kesedihan dialami keluarga Adelina,” katanya.

Keadaan Adelina mula dikesan oleh seorang jiran. Jiran itu kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada seorang wartawan di Facebook. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim kemudian menghantar pasukannya untuk menyiasat. Adelina ditemui dalam keadaan tangan dan kaki bernanah dan tidak boleh berjalan. Luka-lukanya nampak seperti tidak sembuh. Majikannya membawa dia ke Hospital Bukit Mertajam atas gesaan pasukan Sim.

Dia meninggal dunia selepas semalaman di hospital. Kes Adelina juga menarik perhatian media Indonesia. Peka menyifatkan kejadian itu sebagai “kemelesetan yang meluas dan berakar umbi” dalam masyarakat tentang layanan terhadap pekerja asing.

Terdahulu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/kaji-semula-keputusan-bebaskan-majikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bunuh Amah Digugur Konsulat Indonesia Tuntut Penjelasan

Kes Bunuh Amah Digugur Konsulat Indonesia Tuntut Penjelasan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 419 hits
Media pada Jumaat melaporkan Ambika terlepas daripada hukuman mati Gambar failGEORGE TOWN Konsulat Indonesia di sini menuntut penjelasan Timbalan Pendakwa Raya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat yang mengugurkan ke...
Inkues Adib Mahkamah Koroner Tetap Keputusan Panggil Semula Dua Saksi Esok

Inkues Adib Mahkamah Koroner Tetap Keputusan Panggil Semula Dua Saksi Esok

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 452 hits
SHAH ALAM 22 April Keputusan berhubung permohonan memanggil semula dua individu iaitu saksi ke 24 dan ke 27 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibuat pegawai pengendali ditentukan esok Koroner Rof...
Malaysia Majikan Bebas Tuduhan Bunuh Adelina Peguam Negara Digesa Jawab

Malaysia Majikan Bebas Tuduhan Bunuh Adelina Peguam Negara Digesa Jawab

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 381 hits
Adelina Jerima Sau meninggal dunia selepas didakwa didera majikannya Ambika MA Shan Foto Media SocialKumpulan hak asasi wanita TENAGANITA hari ini membantah keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera...
Baru Sebulan Bekerja Amah Tikam Kelar Leher Majikan Kerana Homesick

Baru Sebulan Bekerja Amah Tikam Kelar Leher Majikan Kerana Homesick

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 908 hits
The ReporterSetelah sebulan bekerja di rumah sebuah keluarga di Telok Kurau pembantu rumah warga Indonesia ini rindukan kampungnya dan memaklumkan kepada teman lelakinya yang berada di Hong Kong bahawa dia merancang untuk membunuh majikanny...
Konsulat Indonesia Persoal Majikan Dibebaskan Tuduhan Bunuh Adelina

Konsulat Indonesia Persoal Majikan Dibebaskan Tuduhan Bunuh Adelina

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 685 hits
Isu majikan yang pada mulanya dituduh membunuh Adelina Jerima Sau kemudiannya digugurkan Foto Facebook Konsulat Indonesia di Pulau Pinang menuntut penjelasan berhubung keputusan mahkamah menggugurkan kes melibatkan seorang pembantu rumah ra...
Bebaskan Pembunuh Amah Indonesia Ngo Mahu Tommy Thomas Beri Penjelasan

Bebaskan Pembunuh Amah Indonesia Ngo Mahu Tommy Thomas Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 382 hits
Kumpulan hak asasi wanita hari ini membantah keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau 21 meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ selepas di...
Khairy Pertahan Kekayaan Mohamad Hassan Dituduh Ada Banglo Rm6 Juta

Khairy Pertahan Kekayaan Mohamad Hassan Dituduh Ada Banglo Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 252 hits
Banglo dengan reka bentuk Minangkabau bernilai hampir RM6 juta yang terletak di Saujana Duta Seremban 2 dikatakan milik calon BN Mohamad Hasan Foto Facebook Khairy Jamaluddin mempertahankan hasil kekayaan calon Barisan Nasional DUN Rantau M...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord