Kes Altantuya Polis Boleh Siasat Semula Berdasarkan Dakwaan Azilah


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 16, 2024 9:30 AM
Polis atas inisiatif sendiri boleh membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, kata bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

Salim Bashir berkata pihak berkuasa tidak perlu menunggu laporan polis dan boleh membuat siasatan berdasarkan dakwaan tertuduh, Azilah Hadri, yang hukuman terhadapnya kini diringankan daripada hukuman gantung kepada penjara seumur hidup.

Ketika permohonan semakan hukuman mati di Mahkamah Persekutuan Khamis lepas, peguam Azilah, J Kuldeep Kumar, membangkitkan semula tuduhan bahawa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas menteri pertahanan, Najib Razak.

Bagaimanapun Najib secara konsisten menegaskan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan itu.
Salim berkata Akta Polis 1967 memberi kuasa kepada polis untuk membuka semula siasatan pembunuhan tersebut tanpa perlu menunggu laporan daripada orang awam.

Menurutnya, Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) menyatakan bahawa laporan maklumat pertama (FIR) bukan bukti substantif, tetapi hanya bertujuan untuk memulakan siasatan terhadap sesuatu kesalahan.

"Laporan FIR oleh orang awam bukanlah syarat utama untuk memulakan siasatan. Di bawah Seksyen 110 CPC, ia memperuntukkan bahawa pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada sarjan atau pegawai yang bertugas di balai polis boleh menggunakan kuasa siasatan tanpa mendapat arahan untuk menyiasat bagi kesalahan yang boleh ditangkap.

"Pegawai polis boleh memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai bahawa satu kesalahan telah dilakukan. Kuasa siasatan dan penahanan mereka tidak hanya terhad kepada CPC tetapi juga tertakluk oleh Akta Polis 1967," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar bersetuju bahawa undang-undang memberi kuasa kepada polis untuk bersikap proaktif dan membuka semula kes Altantuya.

"Polis tidak boleh berdiam diri. Kini kita mempunyai badan kehakiman yang sangat bebas.

"Kerajaan kini mencari kebenaran, jadi polis perlu proaktif dan mengambil tindakan," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, peguam keluarga si mati, Sangeet Kaur Deo, mempersoalkan peguam negara (AG) berhubung afidavit yang tidak dicabar yang difailkan oleh Azilah sebagai sebahagian daripada permohonannya untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

“Affidavit tambahan itu termasuk dakwaan tidak dipertikaikan bahawa Azilah bertindak di bawah arahan yang jelas, fakta yang tidak dicabar oleh pendakwa raya, menimbulkan persoalan serius mengenai tindakan peguam negara.

"Keluarganya menuntut untuk mengetahui sama ada dakwaan ini telah disiasat dan jika tidak, mengapa ia masih tidak ditangani?," tambahnya.

Altantuya, 28, dibunuh di kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor, pada Oktober 2006. Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.
Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Azilah, 48, dan komando polis Sirul Azhar Umar bersalah atas pembunuhan Altantuya dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Namun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan dan mengembalikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka pada 2015.

Pihak berkuasa Australia kemudian menahan Sirul kerana berada di negara itu melebihi tempoh visa.

Australia memiliki dasar untuk tidak menghantar pulang individu yang menghadapi hukuman mati di negara asal mereka.

Pada November tahun lalu, Sirul yang kini berusia 52 tahun dibebaskan dari tahanan imigresen dan difahamkan masih berada di Australia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/kes-altantuya-polis-boleh-siasat-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 101 hits
KUALA LUMPUR Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes anak penyanyi kumpulan Spider Rustam Mustafah dan pelajar lain Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima l...
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 93 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari melepaskan pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu bekas Cif Inspektor Azilah Hadri daripada hukuman gantung sampai mati Sebaliknya hukuman mati bekas komando polis itu digantikan dengan hukuman penj...
Polis Siasat Pergaduhan Dua Lelaki

Polis Siasat Pergaduhan Dua Lelaki

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 155 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myPetaling Jaya Polis menyiasat insiden pergaduhan membabitkan dua individu di tepi jalan Persiaran Tropicana di sini sehingga tular di media sosial Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisio...
Polis Siasat Isham Jalil Kerana Gesa Pm Saman Bloomberg

Polis Siasat Isham Jalil Kerana Gesa Pm Saman Bloomberg

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 98 hits
Polis menyiasat Isham Jalil kerana menggesa perdana menteri menyaman Bloomberg susulan laporan berkaitan dakwaan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bekas pemimpin pusat Umno yang dipecat itu berkata dia dipa...
Polis Tahan Lelaki Terbabit Kes Buli Jalanan Gilis Mangsa

Polis Tahan Lelaki Terbabit Kes Buli Jalanan Gilis Mangsa

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 79 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes buli jalanan yang tular di media sosial beberapa hari lalu Suspek berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penjual komponen kenderaan ditahan pada 5 30 pet...
Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 65 hits
KUANTAN Polis menafikan wujud kes seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ...
Has Ag Investigated Azilah S Affidavit On Kill Order Asks Altantuya S Father

Has Ag Investigated Azilah S Affidavit On Kill Order Asks Altantuya S Father

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 54 hits
The lawyer for Shaariibuu Setev the father of slain Mongolian Altantuya Shaariibuu has on Monday asked the authorities to investigate former chief inspector Azilah Hadri s additional affidavit that contains his statutory declaration that wa...
Polis Siasat Laporan Alas Kaki Ada Imej Kaabah Masjid

Polis Siasat Laporan Alas Kaki Ada Imej Kaabah Masjid

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 109 hits
bharian com myOleh Oktober 7 2024 9 55amAlas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil Georgetown ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid Foto PDRM GEORGETOWN Polis Pulau Pinang menerima laporan alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasa...
Mana Tahu Fazura Terbaca Dia Boleh Nilai Semula

Mana Tahu Fazura Terbaca Dia Boleh Nilai Semula

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 49 hits
SHAH ALAM Pelakon Pekin Ibrahim mengakui tidak kisah dirinya dikecam selepas memuat naik hantaran mengenai rakan baiknya Fattah Amin di media sosial baru baru ini Pekin atau nama sebenarnya Mohd iznan Ibrahim 42 berkata dia sedar niat baikn...
Lg S Brand Reinvention A Global Success Story

Bearing Motor Pecah

Menteri Kerja Raya Dedah Punca Tanah Runtuh Di Melawati

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

Ah Chong Posmen

Ruu Mufti Mufti Hentam Menteri Agama Kurang Faham

Senarai Hotel Murah Di Hatyai Harga Bawah Rm200

Kini Tampil Bertudung Shasha Abedul Syukur Dapat Hidayah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Hutang Bukan Ccus Pas Alukan

Dampak Mengutamakan Dunia Kehidupan Fana Vs Keabadian Akhirat

Penginapan Selesa Di Bhava Residence Hatyai Hotel

What S New In Android 15 Plus More Updates

Doa Ketika Angin Kencang Dan Hujan Lebat

The Changcuters Karunia Semesta Chord