Pas Nafi Bayar Clare Luar Mahkamah


Wartawan Watan-Online
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada sebarang bayaran dibuat oleh PAS kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk penyelesaian luar mahkamah mengenai kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan menerima RM90 juta daripada UMNO.

Beliau berkata berdasarkan Perintah Persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Master Brown di Mahkamah Tinggi London pada 1 Februari lalu, kedua-dua pihak dinyatakan bersetuju untuk tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing-masing selain mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

Takiyuddin menjelaskan dengan erti kata yang lain, pihak yang menuntut iaitu Presiden PAS yang disebut sebagai ‘Mr. Awang’ dalam pliding mahkamah, tidak membayar sebarang bayaran atau kos kepada defendan untuk penyelesaian kes di luar mahkamah.

“Perlu dijelaskan juga bahawa PAS lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini,” katanya melalui kenyataan pada malam Selasa.

Terdahulu, pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mencabar PAS untuk menjelaskan sama ada parti itu membayar lebih RM1 juta kepada Rewcastle-Brown sebagai kos untuk menyelesaikan saman antara kedua-dua pihak di luar mahkamah.

Anwar berkata penjelasan PAS perlu selepas konon pihaknya mendapati afidavit kes yang difailkan Rewcastle-Brown tidak selari dengan penjelasan PAS yang mengelirukan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu berkata kenyataan Anwar itu dilihat sebagai usaha untuk mengalih perhatian terhadap konflik dalaman Pakatan Harapan (PH) yang sedang disoroti rakyat.

“PAS menganggap kenyataan Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti dalam Pakatan Harapan terhadap Pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pas-nafi-bayar-clare-luar-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bayar Rm1 4j Kepada Clare Anwar

Pas Bayar Rm1 4j Kepada Clare Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 358 hits
Hairulazim Mahmud dan Rezanizam Abdul Hamidam hmetro com myANWAR menyampaikan ceramah di Semenyih Sentral Hulu Langat malam tadi FOTO Asyraf Hamzah PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki dokumen transaksi bayaran RM1 4 juta...
Anwar Benarkah Pas Bayar Clare Lebih Rm1j

Anwar Benarkah Pas Bayar Clare Lebih Rm1j

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 387 hits
Presiden PKR har ini mendesak PAS memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah di antara Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report turut melibatkan bayaran lebih RM1 juta Anwar Ibrahim berkata wujud kenyataan tidak sekata di antar...
Anwar Dakwa Ada Bukti Pas Bayar Rm1juta Kepada Clare Rewcastle

Anwar Dakwa Ada Bukti Pas Bayar Rm1juta Kepada Clare Rewcastle

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 346 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai bukti berkenaan isu Pas membayar RM1 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi menyelesaikan kes saman mereka Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap...
Ada Bukti Pas Bayar Clare Kata Anwar

Ada Bukti Pas Bayar Clare Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 468 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika sesi sidang media pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke 33 di Dewan Besar Utusan Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZIKUALA LUMPUR Presiden P...
Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 418 hits
SUSUPAN PAGIAnwar dedah Pas bayar Clare RM1 422 juta APA dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan Kita tidak fikir Anwar bertindak demikian kerana jarang sekali beliau mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri ...
Saya Ada Penyata Akaun Bank Pas Bayar Clare Anwar By

Saya Ada Penyata Akaun Bank Pas Bayar Clare Anwar By

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 391 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Ceramah Pilihan Raya sempena Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih di Terminal Bas Semenyih Sentral Selangor foto IQBAL BASRI SEMENYIH Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bel...
Saya Pas Tak Bayar Clare Kita Akan Adu Pada Allah

Saya Pas Tak Bayar Clare Kita Akan Adu Pada Allah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 359 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran dibuat kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Hadi berkata PAS atau beliau sendiri seca...
Saya Tidak Bayar Rm1 4 Juta Kepada Clare Pas Pun Tidak Bayar Abdul Hadi

Saya Tidak Bayar Rm1 4 Juta Kepada Clare Pas Pun Tidak Bayar Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 333 hits
By 7 Mac 2019 Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau dan partinya tidak membayar RM1 4 juta kepada Clare Rewcastle Brown yang didakwa untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah Dulu RM90 juta turu...
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 371 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn