Permohonan Najib Untuk Gugur Sri Ram Ditolak Mahkamah



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Najib selepas mendapati tiada bukti bahawa Sri Ram akan berat sebelah dalam bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan ketika mengendalikan kes itu.

Loading...
“Mahkamah tidak menemui apa-apa asas yang boleh mendorong orang awam yang sedikit berpengetahuan dengan secara munasabah membuat kesimpulan bahawa pemohon tidak akan mendapat perbicaraan yang adil jika Sri Ram terlibat dalam pendakwaan,” kata hakim itu.

Beliau juga berkata, tiada bukti yang menunjukkan Sri Ram terlibat dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan ke 1MDB yang dihadapi Najib.

Mengenai hujah pihak pembelaan bahawa Sri Ram mesti mengemukakan surat lantikan beliau sebagai pendakwa raya secara arahan, Collin berkata Najib tidak berhak untuk meminta surat itu.

“Peguam Negara sendiri telah memberitahu mahkamah ini bahawa Sri Ram dilantik mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah (CPC), ini bermaksud Sri Ram telah menerima arahan rasmi daripada Peguam Negara untuk mendakwa dalam kes-kes tersebut.


“Fakta ini dengan sendirinya meletakkan sebarang keraguan dalam fikiran mengenai ‘locus standi’ Sri Ram untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes-kes tersebut sebagai melampaui keraguan,” kata hakim itu.

Collin seterusnya berkata, peruntukan Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah tidak menetapkan bahawa pelantikan itu mesti dalam bentuk bertulis dan ia juga tidak menyatakan bahawa surat lantikan hendaklah dikemukakan jika diminta.

“Tidak ada keperluan bagi pelantikan ini diwartakan,” kata beliau.

Hakim itu juga menolak permohonan Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan itu yang dijadualkan pada 15 April hingga 3 Mei.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib memohon perbicaraan kes-kes 1MDB ditangguhkan memandangkan pihak pembelaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

“Kami akan memfailkan rayuan hari ini,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah permohonan Najib bagi memohon perintah penangguhan dengan menghujahkan bahawa rayuan bukan satu alasan wajar untuk memohon penangguhan perbicaraan itu.

Pada Disember tahun lepas, Najib, sebagai pemohon telah memohon satu perintah supaya Pendakwa Raya, sebagai sesponden, mengemukakan satu salinan surat lantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang dikatakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah.

Najib, 66, juga memohon satu perintah agar Sri Ram digugurkan daripada terus bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan/atau bertindak bagi pihak Pendakwa Raya dalam kes-kes 1MDB.

Pada 20 September 2018, Najib didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Najib dituduh melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.

Pada 20 Februari 2019, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi menolak permohonan Najib untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes-kes 1MDB yang dihadapinya. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/03/permohonan-najib-untuk-gugur-sri-ram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Fail Rayuan Gugur Sri Ram Sebagai Ketua Pendakwa

Najib Fail Rayuan Gugur Sri Ram Sebagai Ketua Pendakwa

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 340 hits
Peguam negara mengumumkan pelantikan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya secara fiat untuk mengetuai kajian ke atas kertas siasatan merangka pertuduhan dan mendakwa individu yang didakwa atas kesalahan berkaitan 1MDB PUTRAJAYA Najib Razak m...
Najib Shafee Vs Sri Ram Weds Decision On Leave Application

Najib Shafee Vs Sri Ram Weds Decision On Leave Application

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 228 hits
The Kuala Lumpur High Court will deliver its decision this Wednesday on separate leave applications by former prime minister Najib Abdul Razak and lawyer Muhammad Shafee Abdullah for a judicial review to remove former Federal Court judge Go...
Najib Shafee S Bid To Remove Sri Ram From Prosecution Dismissed

Najib Shafee S Bid To Remove Sri Ram From Prosecution Dismissed

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 200 hits
Leave by former premier Najib Abdul Razak and lawyer Muhammad Shafee Abdullah for a judicial review to remove Gopal Sri Ram from the team prosecuting the 1MDB linked criminal charges against them were dismissed today According to Shafee the...
Najib Gagal Dalam Cubaan Singkirkan Sri Ram

Najib Gagal Dalam Cubaan Singkirkan Sri Ram

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 274 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram daripada menerajui pasukan pendakwaan dalam kes kes yang berkaitan dengan 1MDB Penghakiman dibacakan oleh...
Shafee S Bid To Remove Sri Ram To Be Heard After Najib S

Shafee S Bid To Remove Sri Ram To Be Heard After Najib S

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 215 hits
The High Court in Kuala Lumpur will on March 21 hear prominent lawyer Shafee Abdullah s application to disqualify former judge Gopal Sri Ram from being the lead prosecutor in his criminal cases This came after Shafee s counsel Muhammad Farh...
Keputusan Najib Cabar Pelantikan Sri Ram Rabu Ini

Keputusan Najib Cabar Pelantikan Sri Ram Rabu Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 151 hits
Feb 18 2019 0 Comments KUALA LUMPUR ndash Keputusan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pe
Defence Has No Right To Demand Sri Ram S Appointment High Court Told

Defence Has No Right To Demand Sri Ram S Appointment High Court Told

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 206 hits
Attorney general Tommy Thomas told the Kuala Lumpur High Court today that the defence in Najib Abdul Razak s 1MDB case has no legal right in law to demand the appointment letter of former Federal Court judge Gopal Sri Ram as the senior pros...
Suri Rumah Kecewa 15 Kali Permohonan Pinjaman Rumah Ditolak

Suri Rumah Kecewa 15 Kali Permohonan Pinjaman Rumah Ditolak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 270 hits
SEMENYIH Luahan seorang suri rumah yang menerjah sidang media pelancaran Skim FundMyHome DepositKu hari ini mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Hafiza Abdul Rahman 34 semasa meluahkan kesedihannya b...
Peguam Pembelaan Tiada Hak Menuntut Surat Pelantikan Gopal Sri Ram

Peguam Pembelaan Tiada Hak Menuntut Surat Pelantikan Gopal Sri Ram

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihak pembelaan dalam kes 1Malaysia Development Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai hak yang sah di sini undang undang untuk menuntut sur...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance