Kerusi Panas Pada Prn Johor Pertembungan Banyak Penjuru


agendaily.com24/2/2022
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mengumumkan calon masing-masing hari ini, yang bakal menyaksikan beberapa pertembungan sengit di beberapa ‘kerusi panas’ Dewan Undangan Negeri (DUN).

Barisan Nasional (BN) bakal menampilkan lebih 70 peratus muka baharu di 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan UMNO menampilkan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat), menurut laporan Bernama.

Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor ini pula mempertaruhkan 41 muka baharu dan mengekalkan 15 calon yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini.

Calon-calon PN terdiri daripada 33 wakil Bersatu, PAS (15) dan Gerakan (lapan).

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula mempertaruhkan 42 calon bagi PRN Johor, dengan 54 peratus daripada mereka terdiri daripada calon berusia di bawah 50 tahun, termasuk calon termuda berumur 26 tahun.

Antara ‘kerusi panas’ yang bakal menjadi tumpuan termasuklah DUN Bukit Kepong yang bakal menyaksikan bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada PN, yang akan bertembung dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed daripada BN, selain calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Nurafiqah M Zulkifli dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).

DUN Machap pula bakal menyaksikan pertembungan antara Ahli Parlimen Sri Gading dan Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Sharuddin Md Salleh, dengan bekas Exco kerajaan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN) selain pengetua Sekolah Menengah Agama Arab Almasriyah Azlisham Azahar (PN) dan R. Sangaran (MUDA).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN itu menyaksikan penyandangnya Abd Taib Abu Bakar dari UMNO hanya menang dengan majoriti 404 undi ke atas Ahmad Ahem (PH-Bersatu) dan Azlisham (PAS).

Manakala di DUN Kempas, Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis Maharan bakal bertembung dengan Nornekman Osman daripada Pejuang, yang merupakan anak sulung kepada ADUN Kempas dan bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Persaingan di DUN yang terletak di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru itu turut menyaksikan penyertaan daripada UMNO, yang menampilkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Ramlee Bohani (BN), manakala PN pula meletakkan Nur Faizal Abdullah sebagai calonnya.

Kerusi DUN Larkin pula akan menyaksikan pertembungan lima penjuru di antara gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan MUDA dengan Rasid Abu Bakar daripada MUDA, bakal bertembung dengan calon PKR Dr Zamil Najwah Arbain, selain Ketua Pemuda UMNO Johor Hairi Md Shah, bekas wartawan dan setiausaha akhbar Zulkifli Bujang (PN), serta Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang).

Manakala di DUN Benut pula, Pengerusi BN Johor dan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad bakal ditentang oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Isa Ab Hamid (PN), Ahli Majlis Pimpinan PKR Johor Haniff @ Ghazali Hosman dan Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang).

Turut dijangka menjadi tumpuan pada PRN Johor kali ini adalah kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dengan majoriti kurang 500 undi pada PRU14 lalu iaitu, Pemanis (PH-PKR dengan 363 undi), Sungai Balang (BN-UMNO, 174 undi), Semerah (PH-PKR, 98 undi) dan Layang-Layang (BN-UMNO, 364 undi)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/kerusi-panas-pada-prn-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 220 hits
Rakyat mesti berani hukum parti ketepi nasib agama bangsaBANGI Bersatu dan PAS perlu mempamerkan jati diri hebat dengan tidak menghadiahkan kawasan majoriti Melayu kepada Gerakan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bulan depan Sekiranya perkara...
Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 187 hits
SEHINGGA 19 FEBRUARIKomponen Pakatan Harapan masih menunggu pengumuman calon calon mereka DAP memberikan DUA KERUSI sementara AMANAH memberi EMPAT KERUSI kepada MUDA Sementara PKR cuba menawarkan TIGA KERUSI tapi tidak disambut oleh MUDA MU...
Pertembungan Banyak Penjuru Umno Akan Untung Sekali Lagi Seperti Di Melaka

Pertembungan Banyak Penjuru Umno Akan Untung Sekali Lagi Seperti Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 131 hits
agendaily com18 2 2022UMNO perlu menang di Johor bagi membuka laluan PRU 15 diadakan dengan segera Jika tidak kerana yakin dengan kemampuan mengulangi kemenangan bergaya di Melaka mustahil UMNO berani mengambil langkah untuk membubarkan Dew...
Prn Johor Parti Bangsa Malaysia Letak Calon Di Dua Kerusi Dewan Undangan Negeri

Prn Johor Parti Bangsa Malaysia Letak Calon Di Dua Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Parti Bangsa Malaysia akan meletakkan calon di dua kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor bulan depan Ketua Penerangannya Zakaria Abdul Hamid berkata PBM akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dan nam...
Anak Taikun Hartanah Menyertai Muda Dan Menjadi Calon Prn Johor Cetus Perdebatan Panas Netizen

Anak Taikun Hartanah Menyertai Muda Dan Menjadi Calon Prn Johor Cetus Perdebatan Panas Netizen

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 413 hits
February 10 2022 Dian Lee anak kepada taikun hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi yang menyertai Muda baru baru ini Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya di media sosial Malah penglibatan anak ...
Prn Johor Muda Bertanding Kerusi Dimenangi Umno Bersatu

Prn Johor Muda Bertanding Kerusi Dimenangi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 220 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia menyatakan pendirian tidak akan bertanding di kerusi dimenangi Parti Keadilan Rakyat Sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi tradisi Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Meskipun rundingan agihan k...
Pemimpin Amk Anggap Muda Manja Tanding Kerusi Mudah Di Prn Johor

Pemimpin Amk Anggap Muda Manja Tanding Kerusi Mudah Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 187 hits
Pemimpin AMK anggap MUDA manja tanding kerusi mudah di PRN JohorPemimpin AMK anggap MUDA manja tanding kerusi mudah di PRN Johor JOHOR BAHRU Kekuatan sebenar Ikatan Demokratik Malaysia jika parti diterajui Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Sye...
Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 188 hits
UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri Johor dianggap sebagai medan testing ground paling penting dalam menguji kekuatan parti parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Berikutan itu sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kese...
Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 172 hits
Shafie Apdal minta rakyat Johor tolak kerajaan terdahulu Habis tu rakyat Johor mahu sokong siapa
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas