Pertembungan Banyak Penjuru Umno Akan Untung Sekali Lagi Seperti Di Melaka


agendaily.com18/2/2022
UMNO perlu menang di Johor bagi membuka laluan PRU-15 diadakan dengan segera.
Jika tidak kerana yakin dengan kemampuan mengulangi kemenangan bergaya di Melaka, mustahil UMNO berani mengambil langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

UMNO sangat yakin rakyat akan menyokong dan mengundi mereka pada PRN Johor sama seperti di Melaka, oleh sebab itu pemimpin atasan mereka begitu berani untuk berdepan satu lagi PRN, ditambah pula parti pembangkang yang sudah berpecah dan tidak lagi mendapat kepercayaan penyokong mereka sendiri.

PRN Johor bukan lagi medan untuk UMNO menguji kekuatan mereka tetapi adalah batu loncatan untuk kumpulan Kluster Mahkamah mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan harapan dapat terlepas daripada semua pertuduhan dihadapi mereka.

Bagaimanapun, adakah UMNO akan mendapat untung sekali lagi sama yang berlaku di Melaka pada PRN Johor kali ini?

Atas kertas, UMNO dilihat mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding parti lawan yang lain. Parti pembangkang yang berpecah dan gagal membentuk satu khemah besar antara faktor yang bakal menyumbang kepada kemenangan mereka.

Berbeza dengan senario semasa di Melaka, UMNO hanya berdepan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dan waktu itu tidak ada parti Pejuang, MUDA dan Warisan yang masuk bertanding dalam PRN.

Prestasi parti pembangkang pada PRN Melaka boleh dikatakan amat memalukan dan lebih parah apabila PKR yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tewas teruk di semua kerusi yang ditandingi mereka.

Perlu diingat, perpecahan dalam PH ketika PRN Melaka tidak lah ketara seperti yang berlaku di Johor kali ini apabila isu lambang pun mereka gagal mencapai persefahaman antara satu sama lain.

Di Johor, PKR memilih untuk menggunakan lambang sendiri sementara DAP dan Amanah pula memilih lambang rasmi PH.

Untuk rekod, perpecahan dikalangan parti pembangkang di Melaka berpunca daripada Anwar kerana tindakannya mengambil calon lompat parti daripada UMNO.

Hasilnya, penyokong pembangkang sendiri menolak PH di Melaka sehingga menyebabkan kekalahan yang teruk dialami PKR dan Amanah khususnya.

Seorang penganalisis politik, Azmi Hassan dipetik berkata PRN Johor akan menunjukkan perpecahan undi yang lebih ketara berbanding di Melaka memandangkan lebih banyak parti baharu yang akan masuk bertanding.

Azmi memberi contoh senario melibatkan parti serpihan Pejuang yang juga sudah mengumumkan keputusan untuk masuk bertanding pada PRN Johor kali ini yang dilihat akan menyumbang lebih banyak undi orang Melayu berpecah dan ia akan hanya menguntungkan UMNO nanti.

“Dalam hal ini juga, perlu diingat bahawa parti Pejuang merupakan kumpulan Bersatu yang pernah berada dalam PH manakala Perikatan Nasional (PN) juga akan rugi kerana dalam Pejuang mempunyai bekas pemimpin Bersatu.

“Jadi, di sini ia akan berlaku perpecahan undi dalam kalangan pembangkang manakala BN tidak terlibat dengan apa yang sedang berlaku.

“Setakat ini, momentum kemenangan kekal kepada Barisan Nasional (BN) kerana undi UMNO tidak berpecah. Namun, undian yang pergi kepada UMNO bukan sebab UMNO kuat, tetapi kerana perpecahan undi yang berlaku dalam pembangkang,” kata beliau.

PRN Johor pada 12 Mac ini bakal menyaksikan empat pertembungan besar iatu daripada BN, PH, Perikatan Nasional, Warisan, MUDA dan Pejuang.

Bagaimanapun nasib parti baharu seperti Pejuang, MUDA dan Warisan yang bergerak solo pada PRN Johor hanya akan merugikan mereka pada PRN Johor kali ini.

“Sebab mereka (Pejuang) menggunakan ikon Tun Mahathir Mohamad untuk dibawa ke Johor.

“Perlu diingat, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai isu sensitif di negeri itu dan ini bukan peringkat nasional. Jadi, Pejuang sebenarnya perlu mengubah strategi jika ingin mencapai kemenangan pada PRN Johor,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid pula menyifatkan UMNO mempunyai kelebihan kerana kejayaan mereka memanipulasi kerjasama sebelum ini dengan PAS dan Bersatu sehingga menguntungkan mereka dalam mengekalkan kemenangan bergaya seperti yang berlaku di Melaka.

Kata beliau, isu perpecahan tiga parti Melayu itu amat meletihkan orang-orang Melayu yang mahu ketiga-tiga parti ini boleh bermuafakat dan membentuk gagasan bersama.

“Perpecahan orang Melayu menyebabkan keputusan PRU 2018 menyaksikan kerajaan PH dengan 95 peratus sokongan bukan Melayu, berbanding 20 peratus Melayu.

“PRN Johor dan seterusnya menjelang PRU-15 mungkin membuka lembaran baharu dari segi cabaran dan defisit kontemporari yang boleh menyebabkan strategi perkongsian kuasa berubah mengikut kepentingan semasa,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/pertembungan-banyak-penjuru-umno-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerusi Panas Pada Prn Johor Pertembungan Banyak Penjuru

Kerusi Panas Pada Prn Johor Pertembungan Banyak Penjuru

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 141 hits
agendaily com24 2 2022Pilihan Raya Negeri Johor Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor telah mengumumkan calon masing masing hari ini yang bakal menyaksikan beberapa pertembungan sengit di beberapa kerusi pa...
Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 357 hits
1 MoU sekadar MENJADIKAN Pembangkang diikat kaki dan tangan 2 Menggunakan lambang sendiri di PRN Melaka dan kini johor bagi menggambarkan PH yang berpecah 3 MUDA yang punya potensi di krisiskan dengan tidak bincang awal kerusi sebaliknya te...
Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 213 hits
Dian Lee berkata beliau mahu membina Malaysia yang lebih progresif telus dan inklusif PETALING JAYA Anak perempuan kepada taikun hartanah Lee Kim Yew menangkis tanggapan pengkritik dengan menggambarkan dirinya akan mengalami lebih banyak ke...
Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 178 hits
February 15 2022 Pakatan Harapan Perak mahu pentadbiran kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional terus kekal sehinggalah Pilihan Raya Umum diadakan kelak Pengerusi PH Negeri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pentadbiran yang ada k...
Umno S Embrace Of Non Malays Had Better Not Be An Election Ploy

Umno S Embrace Of Non Malays Had Better Not Be An Election Ploy

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 233 hits
Malaysia is languishing in mediocrity in so many areas mainly because of a lack of competent and smart leadership in several levels which has resulted in weak institutions Any sane Malaysian will welcome moves to let the right people lead t...
Jenuh Geng Umno Bagi Pelbagai Alasan Nak Buat Prn Johor

Jenuh Geng Umno Bagi Pelbagai Alasan Nak Buat Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 171 hits
LIAYA MARZUKIKatanya perlu pulangkan kembali mandat rakyat Sebabnya Kerajaan goyang dek geng satu kolam mereka ancam hendak tekan butang Maka PM6 dan PM8 pun bergaduh sakan dalam FB membahan satu sama lain Yang pastinya kalau betul nak pula...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran