Kumpulan Dari India Rancang Buka Hospital Kebajikan Di Pulau Pinang Menjelang 2025


Predeep NambiarGambaran pelukis cadangan Hospital Amrita, iaitu cawangan Institut Sains
Perubatan Amrita bertempat di tanah besar Pulau Pinang.GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan kerohanian berpangkalan di India merancang untuk membuka sebuah hospital kebajikan dengan 500 katil bernilai RM2 bilion berhampiran jambatan ke-2 Pulau Pinang dan mampu menawarkan 2,000 pekerajaan apabila siap pada 2025.
Cadangan pembinaan Hospital Kebajikan Amrita merupakan idea tokoh keagamaan India, Mata Amritanandamayi atau lebih dikenali dengan panggilan Amma.
Beliau mendirikan sebuah hospital dengan 1,450 katil di Kerala pada 1998 dan kini membina sebuah lagi hospital di New Deldi dengan 2,000 katil.
Amma telah beberapa kali berkunjung ke negara ini sebagai sebahagian daripada program jelajahnya ke seluruh dunia dan menarik beberapa ratus orang yang menunggu berjam-jam untuk menerima pelukannya.
Hospital tersebut diletakkan di bawah Institut Sains Perubatan Amrita yang diasaskan oleh Amma, yang juga merupakan pemimpin kemanusiaan dan kerohanian yang mempunyai ramai pengikut di negara ini.
Pemegang amanah dan setiausaha agung Pertubuhan Penganut Mata Amritnanandamayi Malaysia K Kalidas berkata, rancangan awal bagi pembinaan Hospital Amrita yang pertama di Malaysia merangkumi pusat dialisis percuma dengan 250 stesen, 150 katil Unit Rawatan Rapi dan 100 katil biasa.
Bercakap kepada FMT beliau berkata, kos rawatan ditetapkan pada kadar menurun, iaitu pesakit membuat bayaran setakat kemampuan, yang biasanya merupakan peratusan kecil daripada kos perubatan.
“Hospital kami tidak bermatlamat keuntungan. Kami akan memeriksa latar belakang pesakit dan sekiranya mereka berdepan kesusahan, maka rawatan percuma diberikan.
“Hospital ini akan memberi manfaat kepada penduduk di sebelah utara semenanjung. Ia akan menyediakan 2,000 pekerjaan kepada orang tempatan dalam sektor penjagaan kesihatan,” katanya.
Kalidas berkata, hospital baru Amrita itu akan mendapatkan kepakaran daripada hospital induknya di Kochi, India, yang menawarkan penjagaan perubatan lanjutan kepada golongan miskin dan tidak bernasib baik sejak 1998.
Beliau berkata, hospital kumpulan itu di India kini merupakan hospital rujukan di peringkat univesiti dan pengajaran yang merawat lebih 10 juta pesakit dan hampir 100,000 pesakit luar setiap tahun.
Pemegang amanah dan setiausaha agung Pertubuhan Penganut
Mata Amritnanandamayi Malaysia K Kalidas menunjukkan
pelan asas projek pembinaan hospital.Kalidas berkata, mengambil kira penularan wabak Covid-19 kini, hospital baru itu bercadang mewujudkan sebuah unit penyakit berjangkit sebagai persediaan sekiranya berlaku wabak seperti sekarang pada masa depan.
“Fokus lebih besar kami ialah untuk merangsang ekonomi tempatan, dengan kontraktor dan peniaga kecil tempatan mendapat manfaat daripada pembinaan hospital ini.
“Kami adalah pertubuhan kerohanian yang mahu membantu golongan yang memerlukan, terutama sewaktu penularan meluas wabak Covid-19,” katanya.
Berhubung lokasi hospital beliau berkata, beberapa tempat di Seberang Perai selatan kini dipertimbangkan untuk tujuan, begitu juga lokasi di selatan Kedah dan utara Perak.
Kalidas berkata, tapak seluas 20 hektar akan digunakan untuk ruang komplek hospital berserta sebuah pusat latihan vokasional untuk 1,000 pelajar.
Sebuah firma arkitek terkenal berpangkalan di China, yang mahir dalam pembinaan hospital, telah mengemukakan pelan untuk projek itu, katanya.
Sekiranya kelulusan berkaitan diperolehi segera, Kalidas menjangka hospital itu boleh disiapkan dalam tempoh 2 tahun dan sedia beroperasi pada 2025.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/kumpulan-dari-india-rancang-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi Huan Cheng Guan

Video Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi Huan Cheng Guan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 492 hits
Parti Cinta Malaysia menyelar sikap rakus kerajaan Pulau Pinang yang menjual tanah di negeri itu kepada kroni Presidennya Datuk Mejar Huan Cheng Guan mendakwak tindakan tersebut telah menyebabkan bentuk peta Pulau Pinang bertukar rupa Bila ...
Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 354 hits
Antara Wang Airmata Rakyat Suara Tv The post appeared first on
Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki Di Pulau Pinang Perak

Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki Di Pulau Pinang Perak

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 532 hits
Polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai Hari Jawi menerusi media sosial dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang semalam dan hari ini Timbalan Pengarah Jabatan Sia...
Projek Tambak Laut Pulau Pinang Tidak Boleh Mula Tanpa Pematuhan Eia Tuan Ibrahim

Projek Tambak Laut Pulau Pinang Tidak Boleh Mula Tanpa Pematuhan Eia Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 257 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa projek Tambakan Selatan Pulau Pinang adalah tertakluk kepada Kajian Penilaian Alam Sekitar di mana syarat syarat kelulusan perlu dipatuhi Katanya EIA adalah sat...
Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 443 hits
Siasatan berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan Terjatuh Ke Dalam Laut

Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan Terjatuh Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 510 hits
BUTTERWORTH 24 Julai Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas lelaki itu terjatuh ke dalam laut ketika memancing di tiang 32 bawah Jambatan Pulau Pinang Kilometer 4 0 arah pulau menghala ke Perai di sini hari ini Y Gananaphan 27 berasal d...
Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 300 hits
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang Mohd Rosni Mohd Lazim berkata peningkatan kes jenayah komersial di negeri itu sangat membimbangkan dengan 1 238 orang menjadi mangsa membabitkan 643 lelaki dan 595 wanita GEORGE TOWN Seb...
3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 352 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata 2 daripada 10 suspek merupakan warga asing GEORGE TOWN Polis hari ini menahan sekumpulan 10 individu termasuk 3 anggota polis dari Perak kerana merompak RM100 000 daripada seorang penguru...
Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 239 hits
Seorang pakar kardiologi menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melanggar undang undang kawalan penyakit berjangkit dengan berjoging di sebuah taman di sini ketika tempoh perintah kaw...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri