Kerjasama Umno Pas Strategi Ampuh Menang Pru Tajuddin


Haspaizi Zain       Kerjasama Umno, PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru-baru ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman

Beliau berkata, Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak pada 17 September tahun lalu menjadi pencetus kepada kerjasama dua parti itu.

Katanya, kerjasama Umno dan PAS penting sekiranya pembangkang ingin membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Malah katanya, rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC juga sudah dapat menerima kerjasama Umno, PAS dan ia diterjemahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

"Itu sebab Umno dan PAS kena bersatu. PAS dan Umno bersatu adalah satu formula yang paling tepat untuk menang (PRU ke-15).

"Itu yang saya bawa, saya memulakan langkah kerjasama Umno, PAS melalui perhimpunan Melayu bangkit, dari situ angin perubahan kerjasama Umno, PAS berlaku.

"Kerjasama itu semakin kukuh, misalnya di Cameron Highlands PAS ambil keputusan tidak bertanding, bila Ramli Mohd Nor bertanding MCA, MIC boleh terima.
"MCA dan MIC faham kerjasama Umno, PAS bukan penghalang, senario sudah berubah," katanya pada Sesi Teh Tarik Bersama Media di Kuala Lumpur, semalam

Kerjasama Umno, PAS tercetus apabila BN tewas dalam PRU ke-14 lalu selepas lebih 60 tahun mentadbir negara

Umno memulakan langkah kerjasama apabila buat pertama kalinya menghadiri Mukatamar Tahunan PAS di Kuala Terengganu.

PAS kemudian "membalasnya" dengan menghantar wakil parti itu menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2018.
Malah, PAS dan Umno juga turut sepakat dalam soal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung sebelum ini.

Terbaru PAS tidak meletakkan calon pada PRK Cameron Highlands, namun menggerakkan jenteranya bagi berkempen memenangkan calon BN.

Begitu juga PAS membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu Tajuddin berkata beliau yakin dengan senario itu, kerjasama dua parti terbabit akan terus bertambah baik di masa depan.

Tajuddin berkata, situasai kini sudah berbeza dan orang-orang Umno tidak boleh lagi sombong.

Katanya, beliau juga turut menempelak sikap bekas menteri BN yang sebelum ini sombong dengan rakyat.

Namun katanya, meskipun bekas menteri BN sombong dengan rakyat, namun menteri Pakatan Harapan (PH) lagi hebat apabila "sombong dengan Tuhan."

Sebagai sandaran bukti keangkuhan itu, Tajuddin memetik kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata "malaikat pun boleh buat silap" ketika mempertahankan PH terhadap kritikan gabungan itu membuat 'pusingan U' dalam dasar dan manifestonya.

"Ada kala kami ambil jalan yang salah dan kami patah balik, tetapi bila perlu sahaja

"Kami bukan sempurna... Tetapi malaikat (angels) pun boleh buat silap.

"Dan bila malaikat buat silap, mereka patah balik," katanya secara berkias pada 8 Disember lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kerjasama-umno-pas-strategi-ampuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 373 hits
DAP mungkin berjaya memecah belahkan orang Melayu pada PRU 14 yang lepas setelah Mahathir juga menjadi dalang dalam percaturan mempergunakan orang Melayu menyokong Pakatan Harapan Malah strategi gila kuasa dengan cara memfitnah sangat berja...
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 308 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 334 hits
Walaupun tiada ikatan rasmi hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP Dengan kedu...
Prkdunsemenyih Enam Nama Calon Diserahkan Kepada Umno Pusat Kerjasama Dengan Pas Diperkukuh

Prkdunsemenyih Enam Nama Calon Diserahkan Kepada Umno Pusat Kerjasama Dengan Pas Diperkukuh

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 302 hits
Enam nama calon akan diserahkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO pusat sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac depan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Dr Ism...
Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 286 hits
January 17 2019 11 30 PMTajuddin Abdul Rahman berkata Umno sedia bekerjasama dengan NGO dan persatuan berasaskan Cina untuk mendapat lebih banyak sokongan KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata hubu...
Prk Semenyih Kerjasama Umno Pas Lebih Menyeluruh

Prk Semenyih Kerjasama Umno Pas Lebih Menyeluruh

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM Kerjasama UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih lebih menyeluruh kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri berkata kerjasama UMNO dan Pas dalam...
Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Pas Selangor yakin PRK Dun Semenyih bakal mematangkan lagi hubungan kerjasamanya dengan BN khususnya Umno demi merampas kembali kerusi berkenaan daripada PH Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata berdasarkan pengalaman d...
Nik Abduh Ajak Orang Pas Lupakan Dendam Pada Umno

Nik Abduh Ajak Orang Pas Lupakan Dendam Pada Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 347 hits
Diterbitkan Hari ini 8 30 pagiPRK CAMERON l Selepas pemimpin tertinggi PAS menyatakan sokongan padu mereka kepada calon BN malam tadi anak bekas mursyidul Am PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula memainkan peranannya Nik Abduh yang juga anggota...
Sediakah Pas Bertoleransi Kerusi Dengan Umno Dalam Pilihanraya Umum Akan Datang

Sediakah Pas Bertoleransi Kerusi Dengan Umno Dalam Pilihanraya Umum Akan Datang

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 254 hits
Dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands dan Semenyih Pas nampaknya amat berjiwa besar dengan awal awal mengumumkan sedia memberi laluan dan sokongan kepada UMNO di kedua dua kerusi tersebut Pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands a...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds