Kerjasama Pas Dan Umno Bukan Lagi Taboo



1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yakin bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO bukan lagi taboo atau pantang larang yang cuba dihindarkan dari menjadi perbincangan dalam kalangan Umat Melayu khususnya ahli-ahli PAS dan UMNO. Sebaliknya kerjasama antara PAS dan UMNO sudah dilihat sebagai satu keperluan yang mendesak untuk menghalang kerajaan PH yang didominasikan oleh DAP meneruskan agenda Malaysian Malaysia mereka.
2. Sebelum PRU ke-14, PH berjaya menjadikan usaha untuk mewujudkan kerjasama ini sebagai satu taboo di kedua-dua belah pihak PAS dan UMNO. Mereka membangkitkan pelbagai isu termasuklah isu PAS mendapat dedak RM 90 juta daripada dana 1MDB dan sumbangan pilihanraya RM 2.5 juta dari dana UMNO. Hasilnya, PH berjaya menawan sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen yang sepatutnya tidak terlepas sekiranya ada persefahaman antara PAS dan UMNO.
3. Kemenangan BN di PRK Cameron Highland dan Semenyih menjadi petunjuk yang paling sahih, dengan kerjasama erat antara PAS dan UMNO, DAP dan gerombolannya berjaya dikalahkan termasuk di negeri kubu mereka Selangor. Kerjasama PAS dan UMNO berjaya meyakinkan majoriti besar kaum Melayu malah sebahagian kecil kaum Cina dan India yang menolak agenda DAP untuk merungkaikan sendi-sendi kestabilan politik dan keharmonian perpaduan kaum di Malaysia.
4. PPP juga melihat isu berkaitan RM 90 juta yang dibangkitkan oleh Sarawak Report, termasuklah yang terkini pembayaran RM 1.4 juta oleh Datuk Rameli Musa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim, tidak lagi menjadi pertimbangan Umat Melayu. Sekiranya tujuan isu ini dilontarkan oleh PH untuk mewujudkan taboo dalam kalangan ahli-ahli PAS supaya menghindarkan kerjasama dengan UMNO, dalam PRK Cameron Highland dan Semenyih kedua-dua parti sudah bekerjasama cukup erat.
5. PPP menyeru kepada umat Melayu untuk terus maju ke hadapan ke arah kesatuan ummah yang lebih mantap untuk mengekang kerakusan PH merealisasikan agenda Malaysian Malaysia. Jangan lagi menoleh ke belakang melayan isu-isu yang ditimbulkan oleh PH dan media mereka. Kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengadili isu-isu yang mereka bangkitkan seperti isu SRC, 1MDB, RM 90 juta dan lain-lain.
6. PPP juga yakin kerjasama antara PAS dan UMNO akan mengundang penyertaan ribuan figura tersohor Melayu dalam dalam pelbagai lapangan untuk menyokong agenda kesatuan ummah ini. Dengan penyertaan mereka, kedua-dua parti terbesar Melayu-Islam ini akan dipandu untuk menampilkan kepimpinan Melayu-Islam yang berintegriti dan beramanah untuk mengambil-alih taraju kepimpinan dari PH yang semakin terserlah kelemahan dan kepincangannya.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/02/kerjasama-pas-dan-umno-bukan-lagi-taboo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 353 hits
Kemenangan BN dalam PRK Semenyih juga merupakan satu bentuk referendum rakyat terhadap kerajaan negeri dan pusat supaya menunaikan janji pilihan raya dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam Kerjasama politik Umno PA...
Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerjasama antara Umno dan PAS telah membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Semenyih Kali terakhir kami menang pada pilihan raya umum ke 14 adalah kerana PAS dan Umno terbahagi dan o...
Kerjasama Umno Pas Formula Kemenangan Calon Bn

Kerjasama Umno Pas Formula Kemenangan Calon Bn

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 241 hits
Oleh Jalal Ali Abd Rahim Iskandar Ibrahim Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael AdnanMOHAMAD menjawab soalan media di Pusat Pengiraan Undi Dewan Seri Cempaka Foto Mohd Yusni AriffinKAJANG Barisan Nasional menyifatkan kerjasama parti itu de...
Kerjasama Umno Pas Demi Kebaikan Rakyat Keseluruhannya

Kerjasama Umno Pas Demi Kebaikan Rakyat Keseluruhannya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 4 Mac 8211 Kerjasama UMNO dan PAS adalah amat diperlukan dalam situasi politik semasa negara sekarang ujar Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan Jelasnya ia bukan sahaja menguntungkan dua parti politik orang Islam ...
Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak bimbang dengan kerjasama UMNO PAS yang menjadi antara punca kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih semalam Perdana Menteri berkata b...
Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan Umno dan PAS sebagai parti ba...
N Abduh Melaporkan Mesyuarat Khas Kerjasama Umno Pas

N Abduh Melaporkan Mesyuarat Khas Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 354 hits
HARI ini adalah hari bersejarah buat negara kita Malaysia Selepas hampir 70 tahun buat kali kedua dalam sejarah pahit manis perjuangan politik negara Umno dan PAS hari ini berjaya duduk semeja bagi membincangkan secara lebih serius usaha ke...
Tidak Timbol Soal Logo Baru Ini Bukan Soal Penyatuan Tapi Kerjasama Umno Dan Pas Mohamad

Tidak Timbol Soal Logo Baru Ini Bukan Soal Penyatuan Tapi Kerjasama Umno Dan Pas Mohamad

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR 5 Mac 8211 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak timbul soal logo atau simbol baru kerana mesyuarat antara UMNO dan Pas hari ini bukan soal penyatuan tetapi kerjasama antara dua parti termasuk rakan dala...
Kerjasama Pas Umno Akan Diperkukuh Demi Politik Baharu

Kerjasama Pas Umno Akan Diperkukuh Demi Politik Baharu

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 285 hits
By 3 Mac 2019 Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan Kepimpinan Barisan Nasional menjulang calon BN PRK N 24 Semenyih Zakaria H...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms