Kerjasama Pas Dan Bn Di Semenyih




Kerjasama UMNO - PAS adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baru. Ia belum lagi menjadi satu kerjasama yang formal dan insyallah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa. Meskipun dalam peringkat awal, ianya telah membuahkan hasil yang memberangsangkan setakat ini terutama bila ia melibatkan isu-isu strategik Islam dan Melayu

UMNO juga sangat memahami halangan-halangan yang timbul untuk menjayakan apa jua kerjasama politik. Setiap parti ada kekangan masing-masing dan halangan yang wujud adalah normal kepada sebuah perkara yang baru dan jarang berlaku. Oleh yang demikian, UMNO dan PAS harus diberi masa untuk mencari pelbagai titik persamaan dan sedikit-demi sedikit mengurangkan perbezaan demi kepentingan umum. 
Tunjang utama kerjasama ini adalah daripada keikhlasan nurani, kesatuan niat dan amal semua pihak demi menjaga dan memakmurkan kepentingan bersama Melayu-Muslim yang dilihat kian tidak menentu dalam pemerintahan Pakatan Harapan. Maknanya kerjasama UMNO - PAS menjangkaui pilihanraya kecil Semenyih. Maka banyak perkara yang masih boleh diperbaiki, diteruskan dan diolah demi kepentingan kedua-dua parti dalam menawarkan alternatif kepada Kerajaan Pakatan Harapan

Bagi pilihanraya Semenyih pula, UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama  untuk memenangkan Semenyih. Kita berharap sokongan semua orang, Melayu dan bukan Melayu, PAS dan bukan PAS, pelbagai pertubuhan dan individu. Hakikatnya, pilihanraya ini bukanlah berkisar tentang kerjasama UMNO - PAS semata-mata. Fokus utama adalah kegagalan kerajaan kakistokrasi Pakatan Harapan dalam melaksanakan janji, merendahkan kos sara hidup, harga barangan harian, serta hal-hal asas ekonomi yang lain. Semua isu-isu ini amat dirasai oleh rakyat di Semenyih dan seluruh negara ketika ini

Kerjasama UMNO dan PAS lebih besar dan strategik nilai dan kepentingannya dari hanya menghadapi sebuah pilihanraya di Semenyih. Ia berkisar tentang orang Melayu – Muslim yang merasa mereka semakin marjinal. Telah ada usaha-usaha yang sistematik yang mula mengenepikan mereka dari arus pembangunan dan wacana politik negara. Identiti, agama dan cara hidup mereka semakin digugat, secara zahir mahupun tersembunyi agar ideologi 'Malaysian - Malaysia, No Race, No Religion' direalisasikan. 
Ideologi ini adalah manifestasi jelas kepada ketidakhirauan kerajaan Pakatan Harapan dan ahli-ahli politik DAP terhadap budaya dan nilai hidup orang Melayu - Muslim. Ia sama sekali mengenepikan karakter Malaysia dan  mewujudkan keraguan pada diri orang Melayu terhadap kemampuan kerajaan Pakatan Harapan, dalam menjaga nilai, cara hidup dan norma budaya orang Melayu pada abad ke-21. 
Sehingga ini, tiada satu pun pelan konkrit menyentuh peningkatan tahap pendidikan, ekonomi dan sosio-budaya orang Melayu yang diumumkan serta dengan serius diusahakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. 
Akhirnya, suka untuk diingatkan bahawa sebarang kenyataan daripada mana-mana pimpinan Pakatan Harapan seakan tidak boleh diambil serius kerana semenjak sembilan bulan lepas, segala janji dalam menifesto mereka gagal ditunaikan. Apatah lagi, pelbagai insiden yang terjadi menyentuh kredibiliti mereka telah terserlah. Kalau kelayakan akademik mereka pun menjadi debat umum, ini kan pula kenyataan politik mereka !!

Dato Seri Mohamad bin Haji HasanTimbalan Presiden UMNO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/02/kerjasama-pas-dan-bn-di-semenyih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Video Penafian Dakwaan Jentera Pas Ghaib Pakatan Harapan Semakin Tergugat Kerjasama Bn Pas

Prk Semenyih Video Penafian Dakwaan Jentera Pas Ghaib Pakatan Harapan Semakin Tergugat Kerjasama Bn Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 714 hits
Haji Ahmad Rizal Arshad menjelaskan perkara sebenar semasa ditemui semalam Beliau turut mempelawa pihak media ke Program Santai Bicara Bersama Pengundi PDM Kantan Permai pada 22 Feb 2019 di Bilik Gerakan Pas Kantan Permai bagi menyaksikan s...
Pas Tetap Sokong Umno Di Semenyih

Pas Tetap Sokong Umno Di Semenyih

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 450 hits
MARANG PAS hari ini menafikan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih seperti didakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tetap menyokong ...
Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 428 hits
February 17 2019 6 57 PMHishammuddin dalam program yang dianjurkan PAS dan Umno cawangan Kantan Permai sempena kempen PRK Semenyih SEMENYIH Penerimaan penyokong PAS kepada calon BN dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semen...
Pas Says Backing For Dr M Only On Islamic Agenda Not Semenyih By Election

Pas Says Backing For Dr M Only On Islamic Agenda Not Semenyih By Election

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 385 hits
PAS has denied that it signed a letter agreeing not to support Umno in the Semenyih by election according to a report by Sinar Harian Online This follows after Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had revealed that PAS President Datuk Ser...
Sah Komitmen Pas Untuk Bn Di Semenyih Kini Berbeza

Sah Komitmen Pas Untuk Bn Di Semenyih Kini Berbeza

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 316 hits
Diterbitkan Hari ini 5 33 petangPRK SEMENYIH Teka teki mengenai status PAS dalam PRK Semenyih kali ini akhirnya terjawab walaupun ia masih boleh dianggap tidak begitu jelas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata untuk PRK yang sedan...
Pas Hints A Different Level Of Involvement In Semenyih

Pas Hints A Different Level Of Involvement In Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 442 hits
PAS is staying out of the Semenyih contest but says it is all for opposition solidarity PETALING JAYA PAS has again denied that a recent meeting between its president Abdul Hadi Awang and Dr Mahathir Mohamad was linked to the upcoming Semen...
Pas And Umno Still Friends But Semenyih Commitment Won T Be Like In Cameron

Pas And Umno Still Friends But Semenyih Commitment Won T Be Like In Cameron

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 374 hits
PAS secretary general Takiyuddin Hassan today reiterated that his party will continue to work with Umno but said that its commitment in the upcoming by election will not be the same as witnessed in the polls PAS states its position that it ...
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Lumos Tablet Berkualiti Tinggi Paling Murah Hanya Rm499

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Double Meaning Names Work

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beg Samma Denim Dato Aliff Syukri Sasar Rekod Jualan Terpantas Dalam Sejarah

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu

Anak Tun Dr Mahathir Perlu Perjelas Sumber Kekayaan Pm Harian Metro

Intan Serah Berdepan Tindakan Tatatertib Fam Utusan Malaysia

Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini

Kerajaan Kyrgyzstan Umum Kawalan Penuh Akses Internet Global Selama Setahun