Kereta Jatuh Gaung Bro Trak Tunda Bingung Siapa Campak Karpet Berdarah


MISTERI kelibat jari panjang dalam video yang dirakam seorang pekerja trak tunda semasa operasi menaikkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang terjunam ke dalam sebuah gaung di Jalan Gombak Lama pada Jumaat lalu terus menjadi tanda tanya.
Rata-rata netizen mengaitkan penampakan itu dengan entiti ghaib tetapi ada juga yang mendakwa ia adalah kelibat seekor kucing.
Namun ada juga cakap-cakap kurang enak kononnya video penampakan itu sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian ramai.
Muhammad Ibrahim atau lebih mesra disapa Ayien, salah seorang daripada pasukan penarik kereta yang merakam video itu menafikan dakwaan bahawa rakan sekerjanya berada di dalam kereta tersebut untuk menjatuhkan sesuatu ke dalam gaung sebagaimana yang dapat dilihat dalam rakaman berkenaan.
“Dalam kereta tu tak ada apa dah. Semua mangsa dan barang-barang kelengkapan macam beg dah dibawa naik ke atas. Dekat bawah (dalam gaung) tu cuma tinggal kereta saja.
Penampakan jari panjang dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman tersebut.
“Bila ada yang cakap budak towing sengaja duduk dalam tu memang tak betullah. Siapa yang sanggup ambil risiko duduk dalam tu? Lagipun kereta tu dalam keadaan terbalik.
“Kami bukan buat kerja stuntman, kalau stuntman ya duduk dalam tu untuk buat rakaman tapi kami cuma dibayar untuk tarik keluar kereta tu dan lepas tu bawa ke balai,” katanya kepada mStar.
Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, dia telah turun ke bawah gaung untuk mengikat tali pada kereta tersebut bagi memudahkan proses menaikkannya kira-kira pukul 6.30 petang.
“Kami dapat panggilan untuk tarik kereta tu dalam pukul 5 petang. Kami sampai ke lokasi kejadian kira-kira sejam selepas tu, dari Desa Melawati sebab banyak kereta guna laluan tu untuk balik kampung.
“Masa turun ke bawah tu dah dekat senja (kira-kira pukul 6.30 petang). Saya dua kali terjatuh sebab curam… kedalaman lebih kurang 20 ke 30 meter. Perasaan masa turun tu memang seramlah.
“Bulu roma saya tiba-tiba je meremang. Bila saya duduk atas kereta tu untuk ikat tali saya terasa ada sesuatu di belakang saya… macam tengah perhatikan saya tapi saya tak endah sangat sebab saya fikir nak cari rezeki untuk keluarga saya,” katanya.
Kereta tersebut berjaya dinaikkan kira-kira pukul 7.20 malam Jumaat lalu.
Bercerita lanjut, Ayien berkata semasa sedang merakam video itu dia memang ada ternampak karpet kereta terjatuh dalam gaung melalui tingkap belakang semasa ia dibawa naik ke atas tetapi tidak ternampak kelibat jari panjang yang heboh diperkatakan itu.
“Masa rakam tu saya fokus pada kereta tu dan saya perasan ada benda jatuh tapi saya tak nampak apa-apa kelibat. Bila saya upload video tu dekat Facebook saya tak perasan sehinggalah saya tengok balik video tu.
“Memang kelibat tanganlah tu. Masa rakam, benda yang jatuh tu adalah karpet kereta yang ada darah. Saya tahu sebab masa saya masuk kereta tu saya nampak karpet (kereta) ada darah… dekat bumbung pun ada darah.
Bila ada yang cakap budak towing sengaja duduk dalam tu memang tak betullah. Siapa yang sanggup ambil risiko duduk dalam tu? Lagipun kereta tu dalam keadaan terbalik. MUHAMMAD IBRAHIM Pekerja trak tunda “Tapi saya pun pelik macam mana karpet tu boleh jatuh. Saya ingatkan karpet tu tersangkut dekat pintu lepas tu jatuh sendiri bila kami naikkan kereta tu tapi sebenarnya tak. Bila tengok video tu ada jari panjang putih yang pegang karpet tu dan kemudian lepaskan,” katanya.
Ayien turut menyangkal dakwaan netizen yang mendakwa kelibat putih itu adalah seekor kucing.
“Masa kat bawah tu tak ada pun dengar bunyi kucing ke apa… yang ada hanya bunyi cengkerik dalam hutan. Tapi keadaan dekat bawah gaung tu saya akui memang seram. Lagi tiga ke empat kilometer dari lokasi tu nak sampai ke Genting Sempah kalau ikut jalan dalam.
“Jadi bila ada yang kata video ‘tipu’ memang saya kecewalah. Kalau tarik masa breakdown nampak kerja ringan, tapi kalau tarik dalam gaung ni memang mencabar. Cakap memang senang tapi kesusahan itu kami sahaja yang rasai.
Ayien berkongsi pengalaman ngerinya itu selepas kecewa dengan komen netizen yang mendakwa video itu sengaja dibuat-buat untuk diviralkan.
“Lokasi kemalangan tu pula betul-betul dekat selekoh U jadi perlu ada orang jaga di sebelah kiri dan kanan jalan. Sebab itu jugalah saya turun sorang-sorang ke bawah gaung, memang tak boleh buat apa,” katanya.
Ayien berkata usaha menaikkan kereta tersebut selesai kira-kira pukul 7.20 malam dengan bantuan dua trak tunda milik syarikat Extra Towing Service dan Wanmika Empire.
“Nak naikkan sekejap saja dalam lima minit macam tu cuma yang buat lama tu sebab keadaan jalan yang tak mengizinkan dan kenderaan pula banyak,” katanya.
Jelas Ayien, dia turut bertanya kepada orang tua-tua mengenai penampakan jari panjang dalam video yang diambilnya.
“Saya tunjuk dekat orang tua-tua, mereka cakap benda tu memang wujud sebab kawasan tu hutan tebal. Ada yang cakap gayanya macam jerangkung tapi saya malas nak fikir sangat.
“Kalau dalam gambar yang saya ambil sebelum ni pun ada juga nampak kelibat, bagi saya benda tu perkara biasa. Tapi inilah pengalaman paling seram dan real pernah saya lalui sepanjang lapan bulan saya kerja towing service,” katanya.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 15, 2019 at 4:12pm PDT
MSTAR
The post Kereta jatuh gaung, bro trak tunda bingung siapa campak karpet berdarah appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/kereta-jatuh-gaung-bro-trak-tunda-bingung-siapa-campak-karpet-berdarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangan Ghaib Seram Dalam Kereta Yang Terbabas Dalam Gaung

Tangan Ghaib Seram Dalam Kereta Yang Terbabas Dalam Gaung

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 941 hits
Mmg tangan yg x dikenali Saya sndri yg buat kerja Di tempat kejadian Suara yg sruh tarik tu suara saya Lepas sya ikat Kereta Di bawah tu Saya trus buat rakaman Untuk marketing perkhidmatan towing car carrier company kami Ayien Susie Penampa...
Kemaskini Wanita Putus Pergelangan Kaki Bas Jatuh Gaung

Kemaskini Wanita Putus Pergelangan Kaki Bas Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 348 hits
NOR IDAYU BOSRO03 Ogos 2019 5 21 PMKeadaan bas persiaran yang terbabas dari sebuah jambatan dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 0 6 Jalan Salak Tinggi Nilai pagi tadi Kredit foto IPD SepangSEPANG Seorang wanita putus pergelangan k...
Bagai Jatuh Ditimpa Tangga Isteri Maut Jadi Mangsa Tembakan Rambang Kereta Pula Dicuri Dan Dirosakkan

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga Isteri Maut Jadi Mangsa Tembakan Rambang Kereta Pula Dicuri Dan Dirosakkan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 501 hits
Mungkin ada di antara anda yang masih mengingati insiden tembakan yang berlaku di sebuah pasaraya Walmart di El Paso Texas yang berlaku pada 4 Ogos lalu Serangan yang mengorbankan 22 orang itu nyata menarik perhatian dunia dan digambarkan s...
Ingin Jatuh Cinta 6 Buah Buku Ini Bisa Buat Anda Mengalaminya

Ingin Jatuh Cinta 6 Buah Buku Ini Bisa Buat Anda Mengalaminya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 491 hits
CINTA umpama satu kuasa yang ada di mana mana Cinta kepada Allah cinta fitrah sesama manusia cinta kepada keluarga dan masyarakat Setiap dari kita pasti pernah merasainya rasa cinta kasih dan sayang ini tidak akan pernah luput dari jiwa seo...
Tips Melancong Ke Sabah Tempah Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

Tips Melancong Ke Sabah Tempah Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 636 hits
Throwback gambar saat julia bersama keluarga melancong ke Sabah beberapa tahun lepas Nampak tak Gunung Kinabalu dari jauh Cantiknya Sudah lama rasanya julia dan keluarga tak keluar melancong tau kami diam diam tengah kumpul duit sebenarnya ...
Pelabur Asing Jual Rm1 04 Bilion Minggu Lalu Bursa Jatuh Di Bawah Paras 1600 Mata

Pelabur Asing Jual Rm1 04 Bilion Minggu Lalu Bursa Jatuh Di Bawah Paras 1600 Mata

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 263 hits
Jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1 04 bilion minggu lalu berbanding RM601 2 juta minggu sebelumnya MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research mendapati penjualan itu merupakan aliran keluar bersih dana asi...
Tak Mampu Tolong Lelaki Berkaki Palsu Rakam Kawan Oku Berkerusi Roda Selamatkan Kucing Jatuh Parit

Tak Mampu Tolong Lelaki Berkaki Palsu Rakam Kawan Oku Berkerusi Roda Selamatkan Kucing Jatuh Parit

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 555 hits
Tak mampu tolong lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit Tindakan Abu Fathiyyaturahma yang menyelamatkan kucing di dalam longkang menerima pujian ramai DALAM keadaan terbatas dan serba kekurangan ak...
Patah 5 Tulang Rusuk Akibat Jatuh Terhempas Di Sungai

Patah 5 Tulang Rusuk Akibat Jatuh Terhempas Di Sungai

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 515 hits
Patah 5 tulang rusuk selepas jatuh terhempas di sungai akibat ditolak dari ketinggian 60 kakiViral video detik seorang remaja perempuan ditolak dari jambatan walaupun dia telah memaklumkan dia terlalu takut untuk melompat Video viral itu me...
Jatuh Sakit Ini Permintaan Maaf Fairuz A Rafiq Ke Sonny Septian Dan Anak Anaknya

Jatuh Sakit Ini Permintaan Maaf Fairuz A Rafiq Ke Sonny Septian Dan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 525 hits
Beberapa hari belakangan ini Fairuz A Rafiq harus dirawat di rumah sakit karena kondisi kesehatan yang menurun Sedang sakit Fairuz justru meminta maaf kepada sang suami Sonny Septian dan anak anak mereka Ada apa ya
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids