Kerepek Pisang Nangka Buat Sendiri Rangup Dan Sedap Berlemak


Mudahnya Buat Kerepek Pisang Sendiri!

Kerepek pisang yang cukup lemak dan masinnya, memang menjadi pilihan Mai. Kalau mahu rasa yang menepati ciri-ciri yang 'kena' dengan lidah, buat sendirilah jawabnya kan hehe. Alhamdulillah, baru-baru ini setandan pisang nangka muda selamat diturunkan. Nak buat jual, rata-rata kedai buah menolak untuk membeli. Iyalah, musim lockdown dan PKP kan. Pelanggan pun kurang ke kedai. Tak mengapalah, boleh buat kerepek pisang nangka dan pelbagai masakan lain lagi. Buat kunyah-kunyah dalam tempoh PKP ini, sedap juga kan hehe.

Kerepek pisang nangka buat sendiri. Macam-macam bentuk ada hihiSetandan pisang nangka, selain daripada dibuat kerepek, ia juga dibuat pengat, digoreng, dimakan dengan kuah kastard dan juga kek. Mai suka dengan rasa pisang nangka yang masam-masam manis. Kalau dibuat kerepek, rasa berlemak je. Sampai ketagih mengunyah dibuatnya.
Sementara buah pisang nangka masih muda, eloklah dibuat kerepek. Mudah saja cara membuatnya. Cuma sedikit renyah bab mengupas kulit pisang muda.. bagi Mai la heee. Kalau menyagat, sekejap saja sudah siap. Bab makan, lagi mudah. Kejap je boleh habis sebalang kan 😆
Dalam ralit buat kerja, rupanya hampir satu besen setengah dapat hasil pisang yang disagat. Terbeliak biji mata. Tak sedar punya pasal. Jenuh jugalah nak menggorengnya. Maka gorenglah beberapa pusingan haha. Letih juga dibuatnya. Tapi bila dah siap, memang sedap rasanya.
Jom kome.. kite buat kerepek pisang nangka..


Kerepek Pisang Nangka
Bahan-bahan:
Pisang nangka mudaMentegaGaramSerbuk kunyitMinyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Kupas kulit pisang nangka muda. Kemudian rendamkan buah yang telah dikupas kulitnya ke dalam besen berisi air untuk mengelakkan lebam pada buah
2. Sagat pisang menggunakan penyagat. 

3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, masukkan dalam satu sudu makan mentega. Kemudian boleh mula menggoreng
4. Masukkan pisang yang disagat sedikit demi sedikit, leraikan yang bercantum sebelum digoreng
5. Bancuh sedikit garam dan serbuk kunyit dengan sedikit air, curahkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali. Garam untuk memberi rasa dan serbuk kunyit untuk warna yang menarik
6. Goreng menggunakan api sederhana dan dikacau selalu
7. Apabila warna sudah bertukar keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan
8. Biarkan sejuk seketika, kemudian simpan dalam bekas kedap udara

Mentega dan bancuhan garam kunyit, Mai tambah sedikit demi sedikit setiap kali goreng yang baru
Anda juga boleh menonton video di bawah untuk melihat cara membuat kerepek pisang nangka dengan lebih terperinci...
Mudah kan cara untuk membuat kerepek pisang nangka? Rasanya sedap berlemak dan sudah pasti rangup. Rasa masinnya boleh dilaraskan mengikut citarasa masing-masing. Kalau Mai tidak gemar letak banyak garam. Cukup ada rasa sedikit masin. Rasa pisang nangka sendiri memang sedap, jadi tidak perlu berlebihan tambah garam.
Selain pisang nangka, anda juga boleh menggunakan pisang abu atau pisang tanduk yang biasanya sedap dibuat kerepek. Asalkan cukup bahannya, jadilah kudapan ringkas ini.
Selamat mencuba ya!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2021/06/kerepek-pisang-nangka-buat-sendiri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Resipi Sambal Bilis Selambak Sedap Air Tangan Memikat

Buat Sendiri Resipi Sambal Bilis Selambak Sedap Air Tangan Memikat

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 268 hits
SAMBAL IKAN BILIS simple mudoh dan senang Semalam ambe share doh resepi nasi minyok terengganu yang dok seberapa tu Hari ni ambe share resepi sambal ikan bilih versi ambe Ambe sokmo standby sambal bilis dalam peti Bile masa je teringin nok ...
Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dan Moist

Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dan Moist

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 578 hits
Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dan Moist Macam biasa lah kan Asal nampak resipi senang je semua nak save atau screenshot masuk Handphone Sampai penuh memory phone dibuatnya Antara resepi yang dah lama teperam dan tak terbuat buat ada lah res...
Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 661 hits
Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup Pagi tadi sarapan samosa yang rangup kulitnya dan inti penuh Memang puas hati sangat Saya memang dah biasa buat samosa nak buatnya pun senang Cuma kena masak inti dia je la itu yang kekadang malas tu datang ...
Resepi Karipap Rangup Yang Sedap

Resepi Karipap Rangup Yang Sedap

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 472 hits
KaripapBahan bahannya 6 cawan membukit tepung gandum cap kunci3 sudu besar membukit tepung beras5 sdb marjerin4 sdb minyak masak1 1 2 cawan air sejuk dari peti sejuk1 sudu teh gulaCara caranya Satukan tepung gandum tepung beras dan gula dal...
Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa Masakan Jadi Lebih Sedap Dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A

Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa Masakan Jadi Lebih Sedap Dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 316 hits
Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A Alhamdulillah Syukur sangat bila Encik Suami saya tergerak hati nak tukar ikan bilis yang biasa dia beli kat pasaraya atau kedai ru...
Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 485 hits
As Salam Dengan Bismillah Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap Alhamdulillah Semalam petang saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga Sejak PKP dan bekerja WFH rutin makan di rumah saya dah berbeza Kami tak ambik lunch se...
Roti Jala Coklat Inti Pisang Ni Sangat Sedap Comfirm Anak Anak Suka

Roti Jala Coklat Inti Pisang Ni Sangat Sedap Comfirm Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 394 hits
Idea bagus buat roti jalan coklat inti pisang dan padankan dengan sos coklat memang mantap sedapnya Kepada pengemar coklat rugi kalau tak cuba resipi ni Cara buat lebih kurang Cuma tambah inti pisang dan coklat untuk sos dan perasanya Untuk...
Biskut Cornflake Bermadu Rangup Dan Sedap Request Dari Kakak

Biskut Cornflake Bermadu Rangup Dan Sedap Request Dari Kakak

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 246 hits
Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap Request Dari Kakak Selalunya orang buat biskut ni bila nak raya je Ni dah habis raya tetiba dapat request dari si kakak Masa raya aritu jiran sebelah rumah ni bagi kuih raya dapatlah biskut Cornflak...
Cara Buat Cekodok Pisang Gebu Rangup

Cara Buat Cekodok Pisang Gebu Rangup

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 226 hits
Menu cekodok ni memang tidak akan ditolak kalau dihidangkan Tak kiralah cekodok apa pun berebut je makan Tahu tahu dah habis sepinggan Nak buat cekodok pisang yang gebu dan rangup dan bulat bulat rupanya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj