Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa Masakan Jadi Lebih Sedap Dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A


Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa -Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A- Alhamdulillah.Syukur sangat bila Encik Suami saya tergerak hati nak tukar ikan bilis yang biasa dia beli kat pasaraya atau kedai runcit dengan Ikan Bilis Tawau Gred A yang ramai dah tahu kualiti dan keenakannya walaupun hanya digoreng rangup!yeahh.
Ikan bilis tawau gred A - kualiti yang tidak boleh dikompromi.ishh. Sedap digoreng rangup dan dimakan begitu saja.yeahh

      Antara menu yang wajib menggunakan ikan bilis iaitu sambal tumis ikan bilis untuk Nasi Lemak.
Kalau dapat makan sambal enak macam ni, nasi lemak sebungkus pun boleh ulang makan kann.hihi.
Saya pula, kalau buat mi goreng basah atau mi goreng biasa, ikan bilislah antara bahan yang wajib ada sebab nak bagi mi goreng kita lebih berlemak rasanya.Cubalah sendiri kalau korang nak tahu sedapnya macam mana

Mi goreng resepi asal daripada Encik Suamiku-Boleh tengok resepi kat sini ya : Mi Goreng Sedap dan simple paling sedap-

Kita ni mak-mak semalaya bukanlah malas sangat nak kopek bilis.Tapi kalau dapat ikan bilis yang dah siap kopek, tambah lagi dapat ikan bilis yang bersih, segar dan kualiti mata biru-kita orang memang sanggup masak dua tiga jenis lauk sehari, dua ploh empat jam.hiks.

Begitulah ceritanya.Saya syak Encik suami terkesan dek muka kesian plus bosan saya tiap kali dia beli ikan bilis baru, kami anak beranak akan bergotong royong mengopek ikan bilis tu.Seingat saya adalah dekat setahun kami sekeluarga sudah berubah menggunakan Ikan Bilis Tawau yang super sedap, rangup dan berkualiti ini. Dan paling happy, dah tak payah kopek ikan bilis lagi.Masak pun lebih cepat dan pastinya jadi lebih sedap.yeayy.



yay!! dah tak payah kopek ikan bilis lagi- ikan bilis tawau selain bersih dan cantik, kita juga dapat kuantiti lebih banyak pada harga borong.Walaupun ada caj postage kita kena bayar, tapi tidaklah sampai sama tambang kalau kita pi sendiri Tawau dan beli ikan bilis ni.hish



Saya antara mak-mak semalaya yang banyak menggunakan ikan bilis dalam masakan saya.Jika korang readers sejati blog ini, korang mesti tahu yang kami sekeluarga memang suka pedas.Jadi, hampir setiap hari mesti ada menu berasaskan sambal atau saya akan buat sambal ikan bilis, sambal belacan, sambal tumis. sambal tomato, sambal hijau, dan banyak lagi.Jadi, tidak hairanlah kalau ikan bilis menjadi barang dapur wajib ada di rumah saya.Sambal-sambal ini hanya akan jadi lebih sedap kalau kita letak bilis dalam penyediaannya.
Lagi satu, kalau kita buat rempeyek kacang dengan ikan bilis, of course kena banyak juga guna ikan bilis.Mak mertua saya ajar, kalau nak rasa rempeyek kita lebih sedap, berlemak dan berperisa, kena tambah ikan bilis tumbuk atau blend dalam bancuhan tepung rempeyek kita. Korang tengok sendiri, hasilnya kat bawah.Nampak rangup dan meletup kann

Ini gorengan kali pertama hasil saya buat rempeyek kacang tanah sendiri kat rumah.Kalau ikut style mak dan mak mertua saya,biasanya rempeyek akan digoreng sebanyak dua kali untuk pastikan rempeyek lebih rangup dan enak


Kenapa Beli Ikan Bilis Tawau
Ada jugak yang tanya, sedap ke ikan bilis tawau ni? Tak masin sangat ke ? Okey ke kalau kita taruk atau bubuh ikan bilis ni dalam masakan kita ? Berdasarkan pengalaman saya menggunakan ikan bilis ini dalam masakan saya, dia tak menjadikan masakan kita termasin atau berbau, malah masakan kita jadi lebih sedap, berlemak dan buat kita tambah selera nak makan.Bahaya ni oii.haha.


Pernah tak korang lalui pengalaman, time kita goreng ikan bilis, ikan bilis tu jadi liat atau tak rangup? Saya dulu masa guna ikan bilis yang biasa  memang pernah je hadap situasi ni.Tapi sejak dah tukar kepada ikan bilis tawau, semuanya menjadi lebih baik.Maksud saya, saya dah takde masalah ikan bilis liat selepas digoreng.Sekarang ni, kalau buat nasi lemak, suami siap pesan goreng kacang tanah dan ikan bilis lebih sikit.Sebab kami anak beranak suka ratah ikan bilis camtu je.kiki.
Inti karipap kentang juga saya gunakan ikan bilis- ada sesetengah orang guna udang kering-saya pula sebab kebetulan stok ikan bilis memang banyak, saya guna ikan bilis malah jika anda berniaga karipap, gunakan ikan bilis lebih jimat kos dan lebih sedap pastinya inti karipap kita nanti

Karipap kentang homemade dengan inti yang sangat sedap-Boleh klik sini untuk dapatkan resepi inti karipap kentang yang sedap dengan bahan ikan bilis.-Resepi Inti Karipap kentang homemade
Siapalah yang tak kenal kuih siput ni kann.Ramai yang mencari-cari tips supaya kuih siput yang kita buat lebih sedap, berperisa dan berempah kan? Salah satu tipsnya ialah gunakan ikan bilis untuk dapatkan rasa berlemak pada kuih siput kita-InshaAllah gerenti sodap:)Resepi kuih Siput rangup dan sedap, boleh klik sini : Cara Mudah Buat Kuih Siput yang lebih rangup dan sedap.

Memandangkan banyak kebaikan yang saya dah dapat dengan menggunakan ikan bilis Tawau, jadi saya nak kongsikan dengan anda semua, yang mana para suri rumah atau sesiapa yang buat bisnes menjual nasi lomak, nasi ambeng ( makan dengan sambal goreng-sambal goreng guna ikan bilis gred A barulah ngam sambal goreng korang.heh.). Nasi Goreng, bihun goreng, mi goreng dan kueteow goreng, semua ni saya masak dengan menggunakan ikan bilis tawau tau. Eh, trylah google resepi saya dengan menu yang saya sebut tadi, confirm ramai yang kata sedap.( sabo je deh.).


Sebenarnya kalau korang rajin Google, banyak je taukey dan pembekal ikan bilis ni di pelosok tanahair. Kami pula ambil kesempatan ini sebab selalu beli borong dan dapat harga tak masuk akal, maka kami buat part time jadi Dropshipper Ikan Bilis Tawau Gred A- Bila kita dapat beli direct ikan bilis ni dari tokey dia kat Tawau Sabah nu, so bolehlah kita jamin yang kita dapat ikan bilis tawau berkualiti dengan harga paling berpatutan.

Packet ikan Bilis Tawau dalam kuantiti satu Kilogram-padat dan mantap isinya kan

Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa -Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A

Ewahh.kemain dok puji ikan bilis tawau dia ni.Dah macam share partner dibueknyo.Padahal den tolong jadi Dropshipper je.kiki. Yelah, sambil-sambil order ikan bilis untuk Cik Isteri, banyak pula kebaikan dan khasiat ikan bilis ni, jadi apalah salahnya Encik Suami ambik order korang sekali.ya dak.Selain dapat mudahkan korang dapat beli ikan bilis from the right person, dapat juga kongsi beli ikan bilis dengan harga borong.yeahh.


Sekiranya ada kalangan pembaca blog ini yang mahu dapatkan ikan bilis tawau ini, boleh terus direct wassap di sini ya : www.wasap.my/60122765595
Ya, saya ingin order ikan bilis tawau pada harga borong:
-Klik link di bawah :
PRE-ORDER IKAN BILIS TAWAU GRED A


Terima kasih baca post ini sampai habis-Harga ikan bilis tawau ni boleh berubah-ubah ikut musim ya.Sementara harga borong tengah berbaloi ni, why not kita grab this opportunities-Kita beli sebab kita tahu kebaikan dan kualitinya:)


Tq guys-Till we meet again.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2020/11/iikan-bilis-tawau-bukan-ikan-bilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Rendang Ikan Bilis Paling Sedap

Cara Masak Rendang Ikan Bilis Paling Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 458 hits
Bila sebut pasal rendang aduhai tak usah cakaplah Terbayang saja dah buat kecur air liur Makan pula bersama nasi panas memang tak pandang kiri kanan Tapi pernah dengar tak pasal Rendang Ikan Bilis Haa senang sangat nak buatnya sebab hanya g...
Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 401 hits
Puding tembikai antara juadah pencuci mulut yang digemari ramai terutama anak anak kecil kerana bentuknya yang sangat cantik seakan tembikai sebenar Bagi yang tak pernah mencuba apa kata anda cuba resipi yang dikongsi ini Penyediaanya mudah...
Kuih Bom Inti Ikan Ni Sangat Sedap Berbaloilah Cuba

Kuih Bom Inti Ikan Ni Sangat Sedap Berbaloilah Cuba

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 378 hits
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan bahan yang biasa ada di dalam dapur anda Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan un...
Cornflakes Sambal Ikan Bilis

Cornflakes Sambal Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 533 hits
Biskut Cornflakes Sambal Ikan Bilis Assalamualaikum Baru nak kongsi resepi cornflakes sambal bilis ni dekat blog ni Cornflakes sambal bilis ni Cik Ash buat masa dalam puasa kiranya nak makan hari raya Saja saja ingin mencuba cornflakes samb...
Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 316 hits
Sambal belacan dianggap sebagai pembuka selera bila makan dengan nasi Hanya satu lauk je ada nasi panas panas dan ulam sikit memang boleh bertambah makannya Cuma cara membuat sambal belacan ni ada pelbagai versi Tapi ingat sambal belacan ni...
Ikan Bawal Goreng Cili Bawang Super Simple Sedap 10 Minit Siap

Ikan Bawal Goreng Cili Bawang Super Simple Sedap 10 Minit Siap

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 271 hits
Ikan bawal memang sedap kalau digoreng dan makan panas panas Tapi nak lagi sedap korang boleh tambah hirisan cili bawang serai dan perasa seperti sos tiram atau kicap memang membangkitkan selera makan ye Tak perlu nak tumbuk atau blender ba...
Ikan Masak Asam Ni Sangat Sedap Mudah Sangat Masaknya

Ikan Masak Asam Ni Sangat Sedap Mudah Sangat Masaknya

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 320 hits
Anda tidak akan menyesal masak menu ikan ini kerana rasanya yang masam dan pedas ni memang membuka selera makan apa lagi kalau kena dengan nasi panas Comfirm anda sekeluarga makan bertambah tambah Untuk resipi penuh anda boleh follow resipi...
Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Paling Simple Pilihan Keluarga

Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Paling Simple Pilihan Keluarga

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 556 hits
AssalamualaikumBismillahUntuk pengetahuan korang aku tidak pernah tau masak sambal Resepi ini aku olah daripada beberapa resepi ikut selera makan seisi keluarga Sambal ini kurang pedas Kalau korang suka pedas boleh tambah cili kering Macam ...
Lempeng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Asam Pedas Untuk Lunch

Lempeng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Asam Pedas Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 590 hits
Assalamualaikum Rasanya ni last entry untuk hari ni hahaha sakan SA update blog hari ni sampai 4 entry sekali up tapi up lain lain time kalau tak naik PV sehari 10K x tau la hahaha bukan main target SA nak pv 10K sehari kan takpe kita cuba ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur