Biskut Cornflake Bermadu Rangup Dan Sedap Request Dari Kakak


Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap Request Dari Kakak | Selalunya orang buat biskut ni bila nak raya je. Ni dah habis raya, tetiba dapat request dari si kakak. Masa raya aritu, jiran sebelah rumah ni bagi kuih raya, dapatlah biskut Cornflake Bermadu. Satu bekas tu, dia sorang je hadap. Adehhh, tak ingat orang belakang sungguh kakak ni. 
Satu hari dia mintak kinah buatkan biskut yang sama macam acik Nana dia bagi. Kinah pun google je la bahan apa yang perlu. Sebelum ni tak pernah buat biskut ni. Kinah banyak tunjuk je hahah. Bila dah banyak kali dia request, kena buat jugak la nampaknya. Mengagau la Yop mencari bahan untuk buat biskut cornflake bermadu yang dia nak tu. Sebelum ni, biskut macam ni mana la dia nak sangat. Sejak dua menjak ni, selera makan dia lain macam. Alhamdulillah.
Lepas cukup bahan semua, kena la tunggu askar kecik tu tidur. Kekononnya nak buat pada waktu malam, tapi bila si kakak asyik tanya bila nak buat aje, kita pun jadi hangin. Hmm buatkanlah, penat bila si kakak asyik tanya soalan yang sama. Apa lagi, buat kan la cornflake bermadu si kakak pada waktu siang. Kebetulan si adik tengah tidur. 
Ada dalam setengah jam adik tidur, dengar adik ek ek dalam bilik. Nak tak nak kena la bawak dia ke depan. Masa tu hmm jenuh berperang dengan dia saja. Budak dah banyak akal, macam tu la. Asyik nak melekat kejenya. 
Haa ni la hasilnya Biskut Cornflake Bermadu Versi Lockdown ikut resipi rasa. Heheh namanya pun tak boleh blah. Iyela buatnya pun masa lockdown. 


Baca Juga Di Sini : Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Resipi Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap

Bahan-bahan
125gm Mentega
1/2 Gula Perang (Brown Sugar)
5 sudu makan madu
250gm cornflakes 


Cara Memasaknya
1. Satukan mentega, gula perang dan madu. Cairkan kesemua bahan itu menggunakan api yang sederhana. Apabila sudah cair, tutup api dan biarkan ianya sejuk untuk seketika.
2. Kemudian masukkan cornflakes. Gaulkan sehingga semuanya sebati dan cornflakes telah disaluti campuran madu.
3. Isikan cornflakes yang telah dicampurkan madu tadi ke dalam cawan kertas. Hias ikut kreativiti masing-masing.
4. Bakar biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180°C selama 10 minit. (Masa mungkin berbeza mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing)
5. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Alhamdulillah, menjadi jugak la biskut kegemaran si kakak ni. Tak sampai 24 jam buat, biskut ni dah licin. Itupun si kakak request mintak buatkan lagi. Halah halah nanti la tunggu kerajinan ibu ni sampai ye. Mujurlah kedai bakery dekat dengan rumah ni, senang nak mencari bahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2021/06/resepi-cornflakes-bermadu-rangup-dan-sedap-guna-4-bahan-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Karipap Rangup Yang Sedap

Resepi Karipap Rangup Yang Sedap

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 461 hits
KaripapBahan bahannya 6 cawan membukit tepung gandum cap kunci3 sudu besar membukit tepung beras5 sdb marjerin4 sdb minyak masak1 1 2 cawan air sejuk dari peti sejuk1 sudu teh gulaCara caranya Satukan tepung gandum tepung beras dan gula dal...
Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 472 hits
As Salam Dengan Bismillah Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap Alhamdulillah Semalam petang saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga Sejak PKP dan bekerja WFH rutin makan di rumah saya dah berbeza Kami tak ambik lunch se...
Kerepek Pisang Nangka Buat Sendiri Rangup Dan Sedap Berlemak

Kerepek Pisang Nangka Buat Sendiri Rangup Dan Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 481 hits
Mudahnya Buat Kerepek Pisang Sendiri Kerepek pisang yang cukup lemak dan masinnya memang menjadi pilihan Mai Kalau mahu rasa yang menepati ciri ciri yang kena dengan lidah buat sendirilah jawabnya kan hehe Alhamdulillah baru baru ini setand...
Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 649 hits
Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup Pagi tadi sarapan samosa yang rangup kulitnya dan inti penuh Memang puas hati sangat Saya memang dah biasa buat samosa nak buatnya pun senang Cuma kena masak inti dia je la itu yang kekadang malas tu datang ...
Bihun Goreng Hailam Yang Sedap Sangat

Bihun Goreng Hailam Yang Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 360 hits
Pernah ke makan Bihun Goreng Hailam Kalau Mee Hailam berkuah tu mesti ramai yang tahu kan dan pernah rasa kan Rasanya lebih kurang mee hailam lah cuma ianya digoreng dan tak ada kuah Bihun ni adalah paling ringkas nak sediakan sebab bahan t...
Buat Roti Bakar Nak Garing Sedap Macam Makan Di Restoran Kopitiam Begini Rahsia Wanita Ni Buat Bakar Dalam Oven Je

Buat Roti Bakar Nak Garing Sedap Macam Makan Di Restoran Kopitiam Begini Rahsia Wanita Ni Buat Bakar Dalam Oven Je

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 297 hits
Menikmati set roti bakar di restoran kopitiam memang tidak dinafikan sungguh enak rasanya Terasa roti yang dimakan begitu garing di luar dan lembut di dalamnya
Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang Lembut Gebus Sedap Dan Menjadi

Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang Lembut Gebus Sedap Dan Menjadi

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 569 hits
As Salam Dengan Bismillah Resepi Burger Malaysia Viral Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut Sedap dan Gebus Mungkin ramai yang mencari resepi Burger Malaysia Viral dengan sukatan cawan kan Orang lain saya tak tahu tapi saya memang sejak dul...
Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 570 hits
Hari ini adalah hari lahir cucunda saya Nur Hana Medina yang ke2 tahun Sedih hati melihat gambar mereka tiga beranak menyanyikan Happy Birthday dan memotong kek Ya lah dalam lock down Siapa pun tidak dapat menjangka yang kita berada dalam p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu