Kerap Naikkan Gaji Punca Kos Sara Hidup Meningkat


Kerap naikkan gaji, punca kos sara hidup meningkat


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji kerana berpendapat ia antara faktor kenaikan kos sara hidup. Dr Mahathir percaya gaji tidak wajar dinaikkan dengan kerap

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya

Beliau berkata, penggantinya dalam kerajaan terdahulu telah menambah bilangan pekerja kepada 1.6 juta orang berbanding 1 juta ketika pengundurannya pada 2003

Katanya, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan PH

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang dua kali setahun. Mula-mula 10 peratus dan kemudian 10 peratus lagi,” katanya

Pada 2003, ketika Dr Mahathir menamatkan penggalnya sebagai perdana menteri ke-4, kerajaan membelanjakan RM22 bilion untuk gaji penjawat awam. Pada 2016, angka itu naik berganda kepada RM76 bilion.
Sementara itu, pencen penjawat awam pada 2016 adalah RM19 bilion, berbanding RM5.9 pada 2003

Dr Mahathir berkata, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2003, dan Datuk Seri Najib Tun Razak memburukkan lagi beban itu dengan menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk ‘membeli kesetiaan mereka’

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25 peratus. Dari mana datangnya wang untuk itu? Anda dapat wang itu dengan mengecilkan belanja pembangunan

“Anda berkata perkhidmatan awam tidak menjadi lebih cekap walaupun saiznya bertambah 60 peratus. Jadi produktiviti tetap sama, bukannya lebih baik,” katanya

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei, Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan awam kenaikan gaji pada Julai yang akan menelan belanja sebanyak RM1.46 bilion. Ia tidak dilaksanakan kerana kekalahan gabungan itu

“Kami tak boleh buat (tunai janji itu) kerana kita tidak ada wang,” kata Dr Mahathir

Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/kerap-naikkan-gaji-punca-kos-sara-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 433 hits
Suara Tanpa SempadanDr MahathirPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan...
Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 829 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan naik Bukan begitu caranya mengurus organ...
Sandiaga Fokus Guru Honorer Ketimbang Naikkan Gaji Rp 20 Juta

Sandiaga Fokus Guru Honorer Ketimbang Naikkan Gaji Rp 20 Juta

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 343 hits
Usulan kenaikan gaji guru hingga Rp 20 juta oleh Ketua DPP PKS Mardani Ali Sera diluruskan Calon Wakil Presiden nomer urut 02 Sandiaga Uno Menurut dia apa yang disampaikan salah seorang tim suksesnya itu adalah buah pemikiran dan harapan un...
Khaled Bidas Tun Mahathir Gaji Penjawat Awam Naik Punca Harga Barang Naik

Khaled Bidas Tun Mahathir Gaji Penjawat Awam Naik Punca Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 615 hits
Khaled Nordin tidak setuju hujah PM Dr Mahathir bahawa kenaikan gaji penjawat awam era Pak Lah dan Najib menjadi punca kenaikan harga barang Foto Free Malaysia Today oleh Mohamed Khaled Nordin Baru baru ini Dr Mahathir Mohamad mendakwa pent...
Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 504 hits
Tip Murah Rezeki Walau Gaji Kecil Cukup Sara Anak RamaiSuami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak anak Biasanya bila dapat gaji suami saya akan settlekan semua bil bil elektrik air telefon insurans loan bank duit van anak dan sewa ruma...
Semak Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

Semak Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 631 hits
Semak permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat Umum mengetahui bahawa 30 Mei 2018 yang lepas Perdana Menteri Malaysia ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan satu skim bantuan yang baru menggantikan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia Skim it...
Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 446 hits
Kritikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan terdahulu menaikkan gaji kakitangan awam menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup disanggah oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin Menyifatkan hujah perdan...
Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup

Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 427 hits
Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup Cinta hanya satu perkataan sehinggalah seseorang datang dan memberikan makna Kita hanya benar benar jatuh cinta dengan tiga orang yang pernah hadir dalam kehidupan kita Malah kita mem...
Panduan Hidup Persiapan Diri Serta Doa Doa 8808

Panduan Hidup Persiapan Diri Serta Doa Doa 8808

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 929 hits
Assalamualaikum Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan Insya Allah 1 YA RAHMAANYang Maha Pengasih Apa...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara