Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup
Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup. “Cinta hanya satu perkataan sehinggalah seseorang datang dan memberikan makna. Kita hanya benar-benar jatuh cinta dengan tiga orang yang pernah hadir dalam kehidupan kita. Malah, kita memerlukan setiap cinta itu atas sebab yang berbeza. Kebiasaannya, cinta pertama ketika kita masih muda, di zaman persekolahan. Ini cinta idealistik – seperti kisah dongeng yang kita baca ketika kecil.
Inilah cinta yang menggambarkan apa yang kita perlu lakukan untuk masyarakat dan mungkin juga untuk keluarga kita. Kita percaya bahawa ini sahaja cinta kita dan kita tidak peduli jika ianya dirasakan tidak sesuai, atau jika kita terpaksa menelan kebenaran yang pahit asalkan hubungan itu menjadi kerana kita percaya inilah cinta.
3 cinta hidup
Di samping itu, jenis cinta ini membuatkan kita tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana perasaan kita lebih penting. Inilah cinta yang kelihatan betul.
Kedua, cinta yang sepatutnya menjadi cinta yang sukar, yang memberikan kita pengajaran tentang siapa kita dan bagaimana yang kita inginkan atau perlukan untuk dicintai. Jenis cinta ini agak menyakitkan, sama ada melalui penipuan, kesakitan, atau manipulasi.
Kita fikir kita membuat pilihan yang berbeza berbanding cinta yang pertama, tetapi sebenarnya kita masih membuat keputusan di luar keperluan kerana kita bertahan. Cinta kedua ini boleh menjadi satu kitaran, kerana kadangkala kita mengulanginya disebabkan kita berfikiran itulah penghujung kisah cinta. Tetapi, setiap kali kita mencuba, ianya semakin memburuk.
Cinta kedua ini penuh dengan drama, dan inilah cinta yang anda berharap cinta yang betul.
Cinta ketiga pula ialah cinta yang kita tidak pernah jangkakan kehadirannya. Seseorang yang sering mencari kesalahan kita dan memusnahkan pemikiran kita tentang bagaimana cinta itu sepatutnya berlaku. Inilah cinta yang datang dengan mudah dan kita merasakan mustahil akan terjadinya cinta. Ianya seperti hubungan yang tidak dapat diterangkan dan membuatkan kita terkejut kerana berada di luar jangkaan.
Inilah cinta yang datang ketika hadirnya seseorang itu dan sesuai kerana tiada tanggapan tertentu tentang bagaimana seseorang itu harus berkelakuan, malah tiada tekanan yang memaksa kita menjadi orang lain.
3 cinta 2
Kita terima si dia seadanya. Ini membuktikan cinta tidak semestinya perlu tersusun mengikut caranya. Inilah cinta yang dirasakan betul.
Mungkin kita tidak pernah melalui semua cinta ini, tetapi mungkin kerana kita belum bersedia untuk bercinta. Mungkin hakikatnya kita perlu belajar apa erti cinta sebenarnya.
Masih ada mereka yang di luar sana, bercinta hanya sekali dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ada yang memberitahu bahawa mereka orang yang bertuah, dan mungkin mereka bertuah. Tetapi, mereka yang berjaya melalui sehingga berjumpa cinta ketiga adalah lebih bertuah.
Tidak bermakna kegagalan sebelum ini akan menjadi kegagalan buat selama-lamanya. Tiada salahnya mencuba sekali lagi dan berkemungkinan besar ianya sangat berbaloi, kerana hakikatnya kita tidak tahu bila kita benar-benar jatuh cinta.
“Awak menjumpai sebahagian diri saya yang saya tidak tahu sebenarnya wujud dalam diri awak, dan dalam diri awak, saya menjumpai cinta yang saya sangka tidak lagi wujud.”
BACA JUGA!
5 Maksud Cinta Yang Disebut Dalam Al-Quran..
Ketahui 5 Maksud Cinta Yang Disebut Dalam Al-Quran. Cinta akan lebih dirahmati dan menjadi ibadah apabila ia diletakkan di tempat yang sebaiknya. Namun jika cinta itu tidak diletakkan sesuai dengan reda Allah SWT maka ia akan menjadi sesuatu yang boleh membawa keburukan.
Memberi Petunjuk Tentang Cinta
Dalam Al-Quran, Allah SWT ada memberi petunjuk yang menyingkap tentang cinta. Ini termasuklah cinta yang membawa kepada kebaikan, begitu juga jenis cinta yang boleh membawa kepada keburukan.
Ibnul Qayyim pernah mengatakan bahawa: “Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan apabila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambahkan kabur dan tidak jelas, (bererti) definisinya ialah adanya cinta itu sendiri.”
1. Cinta Mawaddah
Sejenis cinta yang sentiasa membara dan ingin memonopoli cintanya sehingga membuatkan orang yang mengalaminya akan sentiasa memikirkan tentang cintanya. Pemilik cinta jenis ini juga selalunya ingin bersama dan tidak mahu berpisah, malah ingin selalu memuaskan rasa cintanya.
Ia ada disebut dalam surah Ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
2. Cinta Rahmah
Sebuah cinta yang penuh dengan kelembutan, kasih sayang serta sanggup berkorban dan melindungi orang yang dicintainya. Bagi pemilik cinta ini, kegembiraan dan kebahagiaan orang yang dicintainya adalah lebih penting walaupun dia sanggup menderita. Malah pencinta ini begitu memahami segala kekurangan dan sentiasa memaafkan kesalahan pasangannya.
Cinta ini termasuk cinta yang ada pertalian darah seperti cinta orang tua terhadap anaknya, cinta terhadap pasangan yang halal dan sebagainya. Dalam Al-Quran, kerabat disebut al-arham, dzawi al-arham iaitu orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, kasih sayang ibu disebut rahim (dari kata rahmah) dan kasih sayang suami isteri yang diikat dengan cinta mawaddah dan rahman.
Ia ada disebut dalam surah Al-Kahfi ayat 81:
“Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya (rahmahnya).”
3. Cinta Syaghaf
Merupakan cinta yang sangat mendalam dan mengasyikkan sehingga membuatkan pencinta jenis ini (qad syaghafaha hubba) seperti lupa diri dan seolah-olah tidak menyedari apa yang dilakukannya. Al-Quran menggunakan terma syaghaf ketika menceritakan kisah cinta Zulaikha iaitu isteri pembesar Mesir terhadap Nabi Yusuf.
Ia ada disebut dalam surah Yusuf ayat 30:
“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.”
Cinta seperti ini merupakan cinta yang tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia membuatkan pelakunya keterlaluan mencintai pasangannya sehingga melupakan tugasan hakikinya di dunia.
4. Cinta Mail
Sejenis cinta sementara yang membara sehingga terlalu menumpukan pada cintanya hinggakan perkara lain tidak diberi perhatian. Dalam Al-Quran, cinta jenis ini disebut dalam konteks poligami di mana ketika orang tersebut jatuh cinta pada pasangan yang muda (an tamilu kulla al mail) dan cenderung mengabaikan pasangannya yang tua.
Ia ada disebut dalam surah An-Nisaa ayat 129:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
5. Cinta Ro’fah
Cinta jenis ini melahirkan rasa kasihan, tidak sampai hati, sanggup mengetepikan norma-norma kebenaran dan membela orang yang disayangi walaupun hakikatnya. Dia juga meletakkan cintanya kepada makhluk lebih tinggi daripada cintanya kepada Allah SWT sehingga sanggup melonggarkan peraturan Allah SWT. Misalnya, kerana terlalu kasihankan anak yang mengantuk sanggup tidak mengejutkan anak untuk bangun bersolat.
Ia ada disebut dalam surah An-Nur ayat 2:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan (Ro’fah) terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
The post Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/kita-hanya-jatuh-cinta-dengan-3-orang-dalam-seumur-hidup/