Kerap Bersin Hidung Tersumbat Mata Berair Ada Pendarahan Hidung Itu Tanda Anak Ada Resdung


Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus atau resdung yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
google image Dalam satu perkongsian oleh Dr Ezairy M Sallih, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT), jika tanda-tanda seperti kerap bersin, hidung tersumbat dan kadang kala berlaku pendarahan pada hidung, ibu ayah boleh lakukan perkara-perkara seperti yang disarankan. Ia mudah, selamat dan amat penting sebelum membawa si kecil anda ke klinik atau fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Anak Baru Lima Tahun, Nampak Sihat Tapi Hidung Selalu Berdarah Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
google image Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Anak Sering Bersin, mata berair, kadang pendengaran juga terganggu Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
google image Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ikut Langkah Ini Jika Si Kecil Anda Diserang Resdung Yang Serius Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi. Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung. Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya! Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku. Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang. Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor. Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Sumber: Dr Ezairy M. Sallih
The post Kerap Bersin, Hidung Tersumbat, Mata Berair & Ada Pendarahan Hidung, Itu Tanda Anak Ada Resdung! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kerap-bersin-hidung-tersumbat-mata-berair-ada-pendarahan-hidung-itu-tanda-anak-ada-resdung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 413 hits
Kami ingin bertanya kepada anda adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak anak anda sahaja Berapakah jumlah pemain yang ingin anda hasilkan Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kel...
Anak Kecil Belekan Gara Gara Sering Main Hp Ini Penjelasan Dokter Mata

Anak Kecil Belekan Gara Gara Sering Main Hp Ini Penjelasan Dokter Mata

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1227 hits
Belakangan ini heboh di media sosial ada seorang anak perempuan mengalami sakit mata Berdasarkan kabar yang beredar sang anak mengalami sakit mata akibat terkena radiasi ponsel Akibatnya mata sang anak jadi keluar belek bahkan cairan yang m...
Henti Tengking Anak Bawah 7 Tahun Kerap Tinggi Suara Bahaya Untuk Emosi Anak

Henti Tengking Anak Bawah 7 Tahun Kerap Tinggi Suara Bahaya Untuk Emosi Anak

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 450 hits
Anak ni kalau nak dia bijak cerdas dan cergas sebenarnya ada satu perkara pokok kita kena elakkan buat iaitu elak TENGKING anak Ada beza ye garang tengking marah tegas Garang Sejenis perasaan yang dirasai oleh orang sekeliling sbg satu pers...
Kerap Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Dan Ada Masalah Tidur

Kerap Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Dan Ada Masalah Tidur

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 404 hits
Umur berapa sesuai bawa anak keluar malam Ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil hirau tentang hal ini Mereka bawa bayi keluar hingga larut malam seolah olah sudah tidak ada siang lagi esoknya Ada juga ibu bapa yang tak kisah dan turut me...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 556 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Suka Memanjat Menyepah Rumah Tak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Kita Sihat

Suka Memanjat Menyepah Rumah Tak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Kita Sihat

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 316 hits
Berlari memanjat melompat menyepahkan rumah Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain lipat satu si kecil pun punggah satu Lipat lagi satu dia a...
Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 464 hits
Hampir semua makanan tular di media sosial terutamanya makanan manis dan berkarbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit kata Sidah Omar 27 kepada Harian Metro Terdahulu perkongsian S...
Mata Lebam Hidung Berdarah Ibu Didakwa Dera Bayi Sebelum Keluar Pergi Dating

Mata Lebam Hidung Berdarah Ibu Didakwa Dera Bayi Sebelum Keluar Pergi Dating

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 324 hits
Seorang bayi yang baru dilahirkan telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah Lebih menyayat hati apabila bayi terbabit ditinggalkan dalam keadaan kritikal dipercayai didera oleh ibunya sendiri Bayi itu ditemui oleh jirannya dalam keadaan hidun...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear