Kerap Bercakap Semasa Bayi Dalam Kandungan Bantu Perkembangan Otak Lebih Bijak


Ibu dan ayah boleh mula bercakap-cakap sejak bayi mereka dalam kandungan lagi. Kajian menunjukkan bercakap-cakap dengan bayi di dalam kandungan membantu perkembangan otak bayi untuk kemahiran bahasa dan pendengaran.
Menurut Puan Nik Eliani, pengasas dan penulis buku Set Bacalah Anakku Kaedah Fonik, bayi dalam kandungan mula mendengar bermula umur 5 bulan dan lebih peka pada waktu malam di antara pukul 8 hingga 12 malam (waktu paling baik untuk meransang bayi dalam kandungan).
Bayi dapat mendengar degupan jantung ibu, bunyi perut ibu yang sedang berkeroncong kelaparan dan juga bunyi dari luar.
Kajian Sains juga menunjukkan bayi dalam kandungan memberi respon dengan menendang atau bergerak apabila mendengar bunyi muzik, suara ibu atau bunyi yang terlalu kuat. Terdapat juga kajian yang mengukur degupan jantung bayi apabila mendengar rakaman sajak yang dibacakan oleh ibu mereka.
Bunyi suara ibu antara bunyi yang selalu didengar oleh bayi dan bayi akan merasa selesa mendengar suara ibu apabila lahir kelak.

Apa yang perlu dibualkan?
Berbuallah dengan pelbagai nada dan intonasi dengan bayi. Berceritalah tentang aktiviti yang ibu lakukan, perasaan ibu atau apa sahaja yang ibu ingin katakan. Ibu atau ayah juga boleh bacakan cerita, membaca ayat-ayat al-Quran, zikir, selawat, menyanyi lagu kanak-kanak dan sebagainya.
Biarpun bayi tidak memahami apa yang ibu dan ayah bacakan, katakan dan nyanyikan kepada mereka, namun menurut kajian, bunyi suara ibu terutamanya membuatkan bayi teruja.
Saya masih ingat sewaktu mengandung anak ketiga, saya kerap membaca Al-Fatihah pada waktu malam sambil memegang perut. Setelah bayi lahir, apabila saya bacakan Al-Fatihah, matanya memandang ke arah saya dan mulut saya, seolah-olah mengamati apa yang saya bunyikan.
Usap perut dari bawah ke atas dengan lembut, sebaik-baiknya ketahui kedudukan badan anak. Gosok persekitaran perut dengan perlahan.
Usap dengan lembut sambil ibu berkata-kata dengan perlahan. Apabila anda merasa bayi bergerak, balaslah dengan sentuhan dan usapan penuh kasih sayang. Ada kalanya ibu dapat merasa bayi bertindak balas/memberi respon terhadap sentuhan yang diberikan. Ia seperti satu ikatan mesra yang terbina antara bayi dan ibu sejak dari dalam kandungan. Juga pastinya ibu dan ayah teruja, melihat pergerakan bayi seperti bonjolan tajam yang bergerak di dalam perut.
Di Malaysia, belum ada kajian yang terperinci tentang kesan bercakap atau berbual dengan bayi di dalam kandungan menjadikan bayi tersebut seorang yang pintar dan bijak kelak.
Namun, seringkali saya mendengar nasihat kepada ibu yang kandungannya sonsang untuk berbual, bercakap dan memujuk bayi sambil mengusap perut supaya bayi mengubah kedudukannya kepada kedudukan normal. Setakat mana kebenarannya, tidak dapat disahkan.
Selain itu, bagi ibu Muslim, sangat digalakkan untuk membaca al-Quran, berzikir dan selawat sepanjang tempoh kehamilan. Walaupun tidak dapat disahkan secara saintifik, namun saya percaya, dengan membaca al-Quran, zikir dan selawat, emosi ibu lebih tenang dan stabil, menjadikan degupan jantung ibu juga stabil, maka anak yang di dalam kandungan juga dapat membesar dengan tenang dan baik.
Sumber: puanfaridahyusof.blogspot.my
The post Kerap Bercakap Semasa Bayi Dalam Kandungan Bantu Perkembangan Otak Lebih Bijak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kerap-bercakap-semasa-bayi-dalam-kandungan-bantu-perkembangan-otak-lebih-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkembangan Ekonomi Digital Mochtar Riady Ingatkan Pelaku Usaha Lebih Sensitif

Perkembangan Ekonomi Digital Mochtar Riady Ingatkan Pelaku Usaha Lebih Sensitif

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 258 hits
Di hadapan beberapa perwakilan CEO dari berbagai perusahaan terkemuka di Indonesia founder Lippo Group Mochtar Riady mengingatkan agar para pelaku usaha tetap fokus dan sensitif terhadap perkembangan era digital yang berkorelasi pada ekonom...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 536 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 601 hits
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi...
Ibu Hamil Wajib Baca Inilah 4 Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Dan Cara Persalinan Terbaiknya

Ibu Hamil Wajib Baca Inilah 4 Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Dan Cara Persalinan Terbaiknya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 454 hits
Kalau ingin melakukan persalinan normal secara lancar jaya posisi bayinya harus seperti apa sih
Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 465 hits
Sedang hamil 28 minggu Hanis Zalika amalkan mandi air sejuk mengelakkan morning sickness berlanjutan di trimester kedua dan menjadikan dirinya segar serta aktif Hanis yang ditemui Pa Ma dalam majlis pelancaran Toujours Kid baru baru ini men...
Salah Ke Biarkan Bayi Tidur Dipangkuan Bayi 0 3 Bulan Tidur Lebih Lena Gaya Ala Rahim

Salah Ke Biarkan Bayi Tidur Dipangkuan Bayi 0 3 Bulan Tidur Lebih Lena Gaya Ala Rahim

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 342 hits
Salahkah saya biarkan anak tidur dipangkuan Perkara utama yang GAGAL di fahami ramai ibubapa ialah hakikat bahawa bayi 0 3 bulan mempunyai konsep hidup yang sangat berbeza dari bayi yang lebih berusia Ia di gelar fasa trimester ke 4 yang hi...
7 Makanan Ini Baik Untuk Perkembangan Otak Anak Memang Selalu Jadi Menu Kegemarannya Rileks Media

7 Makanan Ini Baik Untuk Perkembangan Otak Anak Memang Selalu Jadi Menu Kegemarannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 358 hits
Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsa ngan sepanjang tempoh pertum buhannya sejak usia bayi Daripada pelbagai jenis rangsa ngan yang perlu diberi salah satunya melibatkan pemakanan Makanan berkhasiat berupaya membantu...
Sejak Awal Melatih Bayi Berenang Mampu Meningkatkan Kemampuan Belajar Dan Lebih Yakin

Sejak Awal Melatih Bayi Berenang Mampu Meningkatkan Kemampuan Belajar Dan Lebih Yakin

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 452 hits
Bayi berenang Kini bukan lagi sesuatu yang pelik Sudah ramai ibu bapa yang menyedari kepentingan serta kebaikan berenang buat bayi mereka Mengajak bayi berenang boleh membahayakan jika tidak dilakukan dengan tepat Pastikan bayi anda dalam k...
4 Tips Rangsang Otak Bayi Ketika Mandi

4 Tips Rangsang Otak Bayi Ketika Mandi

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 422 hits
Dah lama juga saya tak kongsikan tips berkaitan keibubapaan Hmm walaupun saya ni bukannya pakar dalam bab ini tetapi berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan tak salah kot nak berkongsi kepada pembaca blog saya Lagipun saya perasan masih r...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut