Kerana Rasuah Baju Bomba Tidak Dapat Dibekalkan Apa Komen Najib Agaknya


Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penggunaan baju kalis api yang tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesional tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya untuk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.

Difahamkan, baju kalis api yang digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun.
Selain menggunakan baju kalis api yang ‘nazak’, antara 30 peratus hingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara dilapor berkongsi baju kalis api itu dengan rakan mereka.

Terpalit masalah sama, rekrut bomba yang baru keluar dari pusat latihan.

Antara Balai Bomba yang kekurangan baju kalis api dan terpaksa berkongsi sesama mereka dilaporkan berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat :

Jalan Hang Tuah dan Chow Kit, Kuala Lumpur; Ipoh dan Tapah, Perak; Shah Alam, Selangor; Alor Setar, Kedah; Seremban 2, Negeri Sembilan Johor Bahru, Johor.

Sumber memberitahu Harian Metro, disebabkan siasatan yang dilakukan SPRM, tiada pembelian atau perolehan baju kalis api baharu boleh dibuat sejak 2017 sehingga kini.

Menurutnya, pada 2017, SPRM merampas 6,000 baju kalis api di stor bomba di Balai Bomba Salak Tinggi bernilai hampir RM13.5 juta bagi tender dikeluarkan pada 2016.
“JBPM ataupun kerajaan dilapor membayar 98 peratus kepada pembekal iaitu RM13.2 juta sebelum baju itu dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, rampasan dilakukan SPRM selepas agensi antirasuah itu menerima aduan mengenai masalah pada baju kalis api dibekalkan syarikat pembekal.

Menurutnya, pemeriksaan makmal juga mengesahkan pakaian dibekalkan itu menggunakan bahan asas daripada plastik (polyster) yang mudah terbakar.

Sejak kes disiasat SPRM, 3,800 baju kalis api dibatalkan pembeliannya pada 2017. Bagi 2018 pula, 6,000 baju kalis api yang setiap pasang berharga antara RM2,400 hingga RM2,500 turut dibatalkan pembelian.Pembatalan pembelian baju kalis api juga disebabkan kawalan pihak tertentu yang kini bertugas di JBPM dan kementerian kerana mahu menentukan syarikat mana akan dianugerahkan tender berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, sumber itu menjelaskan disebabkan kegagalan pembelian baju kalis api baharu anggota di kebanyakan balai bomba berkongsi baju itu sesama mereka.

“Boleh dikatakan satu pasang baju kalis api dikongsi antara tiga hingga empat anggota. Situasi itu berlaku hampir di semua balai di seluruh negara.

“Ia jauh berbeza berbanding jumlah ideal (sesuai) setiap anggota bomba perlu dibekalkan dua pasang baju seorang,” katanya.

Sumber itu berkata, amalan berkongsi baju kalis api juga menyebabkan anggota bomba terdedah kepada masalah kesihatan kerana kesan berpeluh pada baju merisikokan mereka kepada penularan penyakit kulit.

“Selain itu, baju bersaiz lebih besar berbanding badan si pemakai juga mendedahkan risiko berlakunya kemalangan. Anggota bomba boleh tersangkut ketika memadam api.

“Untuk makluman, jangka hayat baju kalis api adalah antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada penjagaan dan tahap pendedahan lapisan luar kepada api.

“Ia boleh juga menjangkau sehingga 10 tahun jika tidak digunakan langsung. Namun, penggunaan kerap akan mengurangkan jangka hayat baju kalis api itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan berkata, pihaknya dalam proses perolehan bagi mendapatkan bekalan baju kalis api itu.

Katanya, perkara dibangkitkan adalah isu dalaman dan sepatutnya tidak perlu dimaklumkan kepada media.

“Beri tahu kepada saya saja tak perlu bangkitkan kepada pihak media. Baju kalis api dalam proses perolehan (pembelian) namun saya tidak boleh beri jaminan bila (pembelian boleh dibuat),” katanya.






Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/kerana-rasuah-baju-bomba-tidak-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Hakim Kata Duit Minyak Pun Kira Rasuah

Najib Hakim Kata Duit Minyak Pun Kira Rasuah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 312 hits
Diterbitkan Hari ini 11 18 malamBekas perdana menteri Najib Razak berkata hakim yang mengumumkan keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada PRU ke 14 mengkategorikan duit minyak sebagai rasuah Dalam k...
Najib Razak Singgah Ke Pasar Untuk Beli Ayam Dan Ini Yang Dia Komen Tentang Ayam Sekarang

Najib Razak Singgah Ke Pasar Untuk Beli Ayam Dan Ini Yang Dia Komen Tentang Ayam Sekarang

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 362 hits
Najib Razak Singgah Ke Pasar Untuk Beli Ayam Dan Ini Yang Dia Komen Tentang Ayam SekarangNajib Razak Singgah Ke Pasar Untuk Beli Ayam Dan Ini Yang Dia Komen Tentang Ayam Sekarang
Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 441 hits
Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah Pihak pendakwaan hari ini menyerahkan dokumen berkaitan kes bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Rizal Mansor yang menghadapi 4 pertuduhan rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan...
Siapakah Menteri Yang Meluluskan Pembelian Baju Bomba Palsu Pada Tahun 2016

Siapakah Menteri Yang Meluluskan Pembelian Baju Bomba Palsu Pada Tahun 2016

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 485 hits
Baju bomba palsu SPRM minta bantuan forensik firma UK Hariz Mohd dan Koh Jun Lin SPRM sedang dalam proses untuk menentukan jika 6 000 baju kalis api bernilai RM13 5 juta yang dibeli Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 2016 merupakan barang pa...
Anggota Bomba Balai Berkenaan Terpaksa Menggunakan Baju Kalis Api Usang Yang Koyak Sekatan Ganti Perisai Lusuh

Anggota Bomba Balai Berkenaan Terpaksa Menggunakan Baju Kalis Api Usang Yang Koyak Sekatan Ganti Perisai Lusuh

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 830 hits
Anggota Bomba Balai Berkenaan terpaksa menggunakan baju kalis api Usang yang Koyak Sekatan Ganti perisai Lusuh Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal ber...
Kenapa Halang Pembelian Baju Kalis Api Bomba Sampai Lusuh Demi Menyelamat

Kenapa Halang Pembelian Baju Kalis Api Bomba Sampai Lusuh Demi Menyelamat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 838 hits
Kuala Lumpur Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017 Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatak...
Tiada Tender Terbuka Tahu Kenapa Najib

Tiada Tender Terbuka Tahu Kenapa Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 722 hits
Lim Guan Eng cakap tak serupa bikin Senyap senyap dia buat rundingan terus untuk buku teks DLP PT3 pada September Tiada tender terbuka Tahu kenapa Dia kata cara rundingan terus ini memudahkan cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memas...
Najib Tanya Kaunter Claim Duit Minyak Ph Kat Mana

Najib Tanya Kaunter Claim Duit Minyak Ph Kat Mana

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Kontroversi demi kontroversi melanda kepimpinan PH kelihatan ibarat bola tanggung buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan menyindir kerajaan Terbaru dalam laman Facebook beliau Najib memuat naik st...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage