Kenapa Halang Pembelian Baju Kalis Api Bomba Sampai Lusuh Demi Menyelamat



Kuala Lumpur: Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Penggunaan baju kalis api yang tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesional tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya untuk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.Difahamkan, baju kalis api yang digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun.Selain menggunakan baju kalis api yang ‘nazak’, antara 30 peratus hingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara dilapor berkongsi baju kalis api itu dengan rakan mereka.
Terpalit masalah sama, rekrut bomba yang baru keluar dari pusat latihan.Antara Balai Bomba yang kekurangan baju kalis api dan terpaksa berkongsi sesama mereka dilaporkan berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Chow Kit, Kuala Lumpur; Ipoh dan Tapah, Perak; Shah Alam, Selangor; Alor Setar, Kedah; Seremban 2, Negeri Sembilan serta Johor Bahru, Johor.Sumber memberitahu Harian Metro, disebabkan siasatan yang dilakukan SPRM, tiada pembelian atau perolehan baju kalis api baharu boleh dibuat sejak 2017 sehingga kini.Menurutnya, pada 2017, SPRM merampas 6,000 baju kalis api di stor bomba di Balai Bomba Salak Tinggi bernilai hampir RM13.5 juta bagi tender dikeluarkan pada 2016.“JBPM ataupun kerajaan dilapor membayar 98 peratus kepada pembekal iaitu RM13.2 juta sebelum baju itu dirampas,” katanya.Sumber itu berkata, rampasan dilakukan SPRM selepas agensi antirasuah itu menerima aduan mengenai masalah pada baju kalis api dibekalkan syarikat pembekal.Menurutnya, pemeriksaan makmal juga mengesahkan pakaian dibekalkan itu menggunakan bahan asas daripada plastik (polyster) yang mudah terbakar.“Sejak kes disiasat SPRM, 3,800 baju kalis api dibatalkan pembeliannya pada 2017. Bagi 2018 pula, 6,000 baju kalis api yang setiap pasang berharga antara RM2,400 hingga RM2,500 turut dibatalkan pembelian.“Pembatalan pembelian baju kalis api juga disebabkan kawalan pihak tertentu yang kini bertugas di JBPM dan kementerian kerana mahu menentukan syarikat mana akan dianugerahkan tender berkenaan,” katanya.Dalam perkembangan sama, sumber itu menjelaskan disebabkan kegagalan pembelian baju kalis api baharu anggota di kebanyakan balai bomba berkongsi baju itu sesama mereka.“Boleh dikatakan satu pasang baju kalis api dikongsi antara tiga hingga empat anggota. Situasi itu berlaku hampir di semua balai di seluruh negara.“Ia jauh berbeza berbanding jumlah ideal (sesuai) setiap anggota bomba perlu dibekalkan dua pasang baju seorang,” katanya.Sumber itu berkata, amalan berkongsi baju kalis api juga menyebabkan anggota bomba terdedah kepada masalah kesihatan kerana kesan berpeluh pada baju merisikokan mereka kepada penularan penyakit kulit.“Selain itu, baju bersaiz lebih besar berbanding badan si pemakai juga mendedahkan risiko berlakunya kemalangan. Anggota bomba boleh tersangkut ketika memadam api.“Untuk makluman, jangka hayat baju kalis api adalah antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada penjagaan dan tahap pendedahan lapisan luar kepada api.“Ia boleh juga menjangkau sehingga 10 tahun jika tidak digunakan langsung. Namun, penggunaan kerap akan mengurangkan jangka hayat baju kalis api itu,” katanya.Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan berkata, pihaknya dalam proses perolehan bagi mendapatkan bekalan baju kalis api itu.Katanya, perkara dibangkitkan adalah isu dalaman dan sepatutnya tidak perlu dimaklumkan kepada media.“Beri tahu kepada saya saja tak perlu bangkitkan kepada pihak media. Baju kalis api dalam proses perolehan (pembelian) namun saya tidak boleh beri jaminan bila (pembelian boleh dibuat),” katanya.
Artikel ini disiarkan myMetro pada : Selasa, 15 January 2019 @ 10:00 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/kenapa-halang-pembelian-baju-kalis-api.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Bomba Balai Berkenaan Terpaksa Menggunakan Baju Kalis Api Usang Yang Koyak Sekatan Ganti Perisai Lusuh

Anggota Bomba Balai Berkenaan Terpaksa Menggunakan Baju Kalis Api Usang Yang Koyak Sekatan Ganti Perisai Lusuh

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 830 hits
Anggota Bomba Balai Berkenaan terpaksa menggunakan baju kalis api Usang yang Koyak Sekatan Ganti perisai Lusuh Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal ber...
Siapakah Menteri Yang Meluluskan Pembelian Baju Bomba Palsu Pada Tahun 2016

Siapakah Menteri Yang Meluluskan Pembelian Baju Bomba Palsu Pada Tahun 2016

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 484 hits
Baju bomba palsu SPRM minta bantuan forensik firma UK Hariz Mohd dan Koh Jun Lin SPRM sedang dalam proses untuk menentukan jika 6 000 baju kalis api bernilai RM13 5 juta yang dibeli Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 2016 merupakan barang pa...
Kerana Rasuah Baju Bomba Tidak Dapat Dibekalkan Apa Komen Najib Agaknya

Kerana Rasuah Baju Bomba Tidak Dapat Dibekalkan Apa Komen Najib Agaknya

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 568 hits
Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017 Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa m...
Demi Kepuasan Baju Kahwin Elfira Cecah Rm30k

Demi Kepuasan Baju Kahwin Elfira Cecah Rm30k

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 866 hits
Meskipun sudah dua minggu Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Faris Khairol Anuar majlis majlis pernikahan serba mewah pasangan itu masih lagi menjadi bualan ramai Malah busana perkahwinan pelakon itu juga turut diperk...
Prabowo Sandiaga Akan Buat Digital Farming Demi Swasembada Pangan

Prabowo Sandiaga Akan Buat Digital Farming Demi Swasembada Pangan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 186 hits
Dewan Pakar Bidang Ekonomi Prabowo Sandi Laode Kamaluddin menyebut pasangan capres dan cawapres Prabowo Subianto Sandiaga Uno bertekad membangun ekonomi petani dan nelayan sebagai basis perekonomian nasional Salah satunya mendorong regenera...
Puluhan Napi Di Palembang Rekam E Ktp Demi Nyoblos Dalam Pemilu 2019

Puluhan Napi Di Palembang Rekam E Ktp Demi Nyoblos Dalam Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 207 hits
Dari kemarin sampai hari ini ada 43 napi yang sudah melakukan perekaman Mereka bisa nyoblos saat pemilu nanti ungkap Sahlan
Kukuh Dan Erat Demi Kemenangan

Kukuh Dan Erat Demi Kemenangan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 190 hits
JELAI 15 JAN 8211 Ahli Parlimen Jerantut Datuk Hj Ahmad Nazlan bin Idris bersama Pengerusi Penaja Pembela Warga Felda Hj Anuar Manap mengunjungi Pusat Tarbiyah Pas Kawasan Cameron Highlands dalam mengukuh dan mengeratkan silaturrahim sempe
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu