Rakyat Diperbodohkan Oleh Kerajaan Dap Ph


KENYATAAN MEDIA
1.Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya “buat silap kenyataan” dan “kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu” membuat kita terfikir, apakah perkara ini disengajakan?
2. Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Tak kan sesama menteri tak ada perbincangan atau consultation? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tidak buat semakan? Takkan lah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh memantau atau monitor kenyataan kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?
3. Percanggahan kenyataan atau kenyataan “half past six” pak menteri-menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan atau ‘HuruHara” ini bukan kali pertama berlaku. Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal ECRL, pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa melihat impaknya kepada tahap intelektual rakyat.
4. Rakyat Malaysia pada zaman milineum sudah celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan “suku masak” kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang berlaku. Malah ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh !
5. Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih okay, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara yang meningkat. Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat.
6. Namun apa lebih menarik yang ingin kita ketahui di sini adalah, apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat? Faktor kebijaksanaan atas kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?
7. Jika diamati, majoriti kenyataan lintang-pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum “masak” dalam mentadbir negara. Tetapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah “terlebih masak”, terbaru kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh “Uncle Lim”.
8. Satu persoalan yang cukup menarik untuk diteroka. Apakah semua kenyataan ni bertujuan memalukan Dr Mahathir? Menteri DAP sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja mengeluarkan kenyataan silap? Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri? Amat menyedihkan.
9. Sebagai rujukan, semasa pemilihan menteri-menteri dan timbalan menteri ini dibuat, semua pemimpin parti membuat kenyataan “menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan Dr Mahathir (Perdana Menteri) tanpa bantahan.
10. Sedangkan, jauh di benak hati kita, mestilah ada kalangan pemimpin atau ketua ketua DAP, PPBM, PKR, Amanah itu tahu kemampuan sebenar anak buah mereka. Kalau ada kalangan anak buah itu diketahui tidak kompeten dan mereka dimasukkan dalam senarai Dr Mahathir, maka sudah tentulah Dr Mahathir disabotaj oleh parti-parti komponen nya sendiri dari awal !
11. Rakyat sedang memerhatikan pelbagai adegan ‘flip flop’ kerajaan Pakatan HuruHara. Bermacam drama u-turn, s-turn dan batal janji yang berlaku, sehinggakan bukan saja pelabur yang was-was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru biru.
12. Apakah ini seolah-olah balasan yang didatangkan ke atas sebuah kerajaan yang didirikan atas asas-asas fitnah? Apakah sabotaj dalaman kepada pentadbiran Dr Mahathir oleh DAP, Amanah, PKR ini akan berterusan ? Sama-sama kita saksikan.
Jabatan Komunikasi Strategik
Penerangan UMNO Malaysia
30 Januari 2019.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/30/rakyat-diperbodohkan-oleh-kerajaan-dap-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 506 hits
Oleh Siti Fatimah IshakRakyat beri mesej jelas pilih PH adalah kesilapan yang perlu diperbetulBANGI Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands membuktikan rakyat menolak kerajaan rasis yang dikuasai parti ...
Rakyat Tolak Budaya Politik Melampau Dap Hadi

Rakyat Tolak Budaya Politik Melampau Dap Hadi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 304 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Pentas Perdana sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan 1 Jelai Pahang foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Kemenangan calon Barisan Nasional Ramli Mo...
Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 342 hits
Heboh sekarang ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding matawang asing terutama Thai Baht Thailand mengekalkan pemisahan jelas antara tindak tanduk politik dengan dasar ekonomi Walaupun negara mereka telah dilanda pelbagai krisis po...
Rupanya Bukan Saja Dap Yadim Kini Dikuasai Oleh Pan Pkr Ppbm

Rupanya Bukan Saja Dap Yadim Kini Dikuasai Oleh Pan Pkr Ppbm

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 650 hits
RUPANYA BUKAN SAHAJA DAP BAHKAN YADIM KINI DIKUASAI OLEH AMANAH PKR DAN PPBMMana dia janji janji Kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya tiada lagi lantikan politik dalam agensi agensi Kerajaan Badan badan Berkanun GLC atau yayasan berkaitan...
Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Tanda Bermulanya Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan

Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Tanda Bermulanya Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 369 hits
Sebagaimana yang diduga dan barangkali ramai juga yang mengharapkan perkara yang sama BN akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan menewaskan calon PH dan dua lagi calon BebasBagaimanapun apa yang mengejutkan ber...
Bubar Parlimen Hapuskan Dominasi Haloba Dap Dalam Kerajaan

Bubar Parlimen Hapuskan Dominasi Haloba Dap Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 393 hits
Parti rasis tak senang kedudukan istimewa Islam Melayu dalam Perlembagaan21 Jamadilawal 1440H Ahad Kepincangan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang menjurus kepada gelombang sekularisme dan liberalisme ekstrem menuntut kepada satu pemb...
Rakyat Diperbodohkan Guan Eng

Rakyat Diperbodohkan Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 367 hits
18 Jan Lim Guan Eng tandatangan surat batal ECRL22 Jan Media lapor ECRL batal26 Jan Azmin Ali sahkan ECRL batal Lim Guan Eng terkejut laporan ECRL batal 30 Jan Sebarang perbincangan mengenai ECRL adalah sulit kata Lim Guan Eng31 Jan Kah kah...
Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Untuk Memerintah Tun M

Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Untuk Memerintah Tun M

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 297 hits
Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Apabila anda mendapati banyak ketidakstabilan politik berlaku maka adalah sukar bagi sesebuah negara untuk membangun kata Dr Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan tentang pentingnya kerajaan yang stabil unt...
Khadam Mujahid Beri Amaran Rakyat Jangan Pertikai Pelantikan Adun Dap Dalam Yadim

Khadam Mujahid Beri Amaran Rakyat Jangan Pertikai Pelantikan Adun Dap Dalam Yadim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof memberi amaran kepada rakyat yang berterusan mempertikaikan lantikan Adun DAP Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Mujahi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025