Keramaian Perlu Dikawal Kata Pakar Selepas Gelombang Keempat Dijangka Melanda


Siva Selan 
Kawalan keramaian adalah langkah utama memastikan angka kes tidak berterusan meningkat naik, selain melaksanakan langkah pencegahan sistematik.

Pakar kesihatan mengingatkan gelombang keempat wabak Covid-19 mungkin melanda negara selepas angka kes baru virus itu kembali mencecah angka melebihi 2,000 semalam bagi kali pertama sejak awal Mac.
Mereka memberitahu MalaysiaNow angka kes itu akan sukar dibendung jika kerajaan gagal mengawal pergerakan orang ramai dalam tempoh sambutan perayaan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy berkata, gelombang wabak yang keempat mungkin akan melanda negara lebih cepat jika tindakan tidak diambil segera.
Beliau turut mengaitkan angka kes meningkat naik itu dengan kekurangan langkah-langkah pencegahan yang sistematik.
“Kita tak laksanakan (langkah-langkah pencegahan) dengan cara yang sistematik,” katanya.
“Kes sudah turun sedikit kita sudah pun longgarkan SOP, beri kebenaran kepada semua orang untuk beroperasi seperti biasa.”
Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu menyaksikan penguatkuasaan larangan dan sekatan aktiviti-aktiviti sosial dan hanya perkhidmatan utama sahaja dibenarkan untuk beroperasi.
Sekatan itu kemudiannya ditukar kepada PKP bersyarat (PKPB) dengan sedikit kelonggaran kepada warga sehinggalah pada 10 Jun, negara menerapkan PKP pemulihan (PKPP) yang menyaksikan perjalanan rentas negeri dibenarkan.
Akibat kenaikan kes jangkitan harian melepasi angka 3,000, PKP kemudian dilaksanakan semula pada Januari ke atas enam negeri.
Perintah darurat turut diisytiharkan lebih kurang pada masa sama di mana Yang di-Pertuan Agong berkata ia akan diteruskan sehingga 1 Ogos depan melainkan angka kes dapat dikawal.
PKP 2.0 kemudiannya digantikan kepada PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak.
Semalam, kes jangkitan kembali meningkat melepasi angka 2,000 sebanyak 2,148 bagi kali pertama sejak 5 Mac selepas trend penurunan kes dicatatkan dalam negara.
Subramaniam berkata beliau sedar pihak berkuasa cuba menerapkan keseimbangan antara nyawa dan kehidupan orang ramai ketika ini, namun mengingatkan usaha tersebut bukanlah satu perkara yang mudah.
Beliau berkata langkah membenarkan keramaian dalam jumlah yang besar akan memburukkan lagi krisis kesihatan ketika ini di samping turut menambah perayaan yang bakal disambut tidak seharusnya dilihat sebagai alasan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Saya percaya gelombang keempat sedang menunggu saatnya untuk melanda negara, dan saya fikir ia akan jadi lebih teruk jika pihak berkuasa benarkan bazar Ramadan dan pasar malam dibuka,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Kita perlu ikut SOP dan sekat pergerakan (orang ramai).”
Beliau mengakui perubahan yang berlaku dalam sambutan perayaan ketika ini akibat Covid-19, namun menurutnya, pihak berkuasa harus mengutamakan nyawa dan kesihatan awam dalam membuat keputusan.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh mengesyorkan kerajaan mengambil langkah tambahan ketika membenarkan perniagaan beroperasi sepanjang pandemik.
“Kita perlu lanjutkan langkah-langkah yang ketat sepanjang pandemik ini supaya angka kes boleh diturunkan sehingga tahap yang signifikan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah sekatan yang banyak juga mungkin menjadikan ekonomi negara lumpuh selepas sekian lama lemah akibat wabak yang berpanjangan.
Menteri kesihatan Dr Adham Baba berkata pada Isnin kadar jangkitan (Rt) negara berada pada angka 1.06 berbeza pada unjuran sebelum ini bahawa kes jangkitan harian boleh menurun pada angka 500 pada Mei dengan Rt kurang dari 1.0.
Kuljit bersetuju langkah tambahan harus diambil berhubung operasi perniagaan dalam negara dan perjalanan orang ramai sama ada rentas negeri atau daerah.
Beliau turut tidak bersetuju keramaian yang besar diadakan kerana menurutnya wabak akan lebih sukar dikawal dalam situasi dan suasana demikian.
“Kita tak boleh pandang mudah hal ini kerana kita tahu sukar untuk kawal orang ramai dalam situasi tersebut.”
Beliau turut menambah ramai orang yang berkumpul dalam satu kawasan adalah punca utama penularan virus.
Bagaimanapun, katanya, sambutan perayaan atau keramaian lain boleh diadakan dengan syarat dan sekatan ketat.
Kuljit turut mengaitkan vaksinasi yang belum lagi diterima majoriti masyarakat, jadi, katanya, masih terlalu awal untuk operasi perniagaan dibuka secara “besar-besaran”.
“Sekarang ini, pihak berkuasa mesti betul-betul kawal keramaian dengan bilangan angka (kehadiran). Itulah yang boleh mereka lakukan ketika ini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/keramaian-perlu-dikawal-kata-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 234 hits
Lonjakan kes jangkitan di Sarawak pada Februari dipercayai akibat perhimpunan sosial di bistro restoran dan kediaman peribadi ketika Tahun Baharu Cina PETALING JAYA Pakar kesihatan menggesa pihak berkuasa berkaitan memperketat penguatkuasaa...
Selepas Ada Driver Gaji Besar Kalian Semakin Terpesong Kata Penyokong Pas

Selepas Ada Driver Gaji Besar Kalian Semakin Terpesong Kata Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 277 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong tegar Pas yang dikenali Asri Janggut hari ini menyelar kepimpinan partinya itu yang leka dengan jawatan setelah berada dalam kerajaan Beliau berkata pimpinan Pas yang semakin lali dengan jawatan tidak lagi memperj...
Ancaman Ekstremis Agama Dari Negara Jiran Membimbangkan Pada Ramadan Kata Pakar Antikeganasan

Ancaman Ekstremis Agama Dari Negara Jiran Membimbangkan Pada Ramadan Kata Pakar Antikeganasan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 493 hits
Pakar antikeganasan berkata jika usaha penyebaran ideologi dan merekrut anggota ekstremis giat berjalan di Indonesia tidak mustahil ia juga boleh berlaku di negara ini JOHOR BAHRU Kawalan sempadan terutama di negeri Johor harus diambil seri...
Awani Ringkas Elak Gelombang Keempat Covid 19 Bazar Boleh Diarah Tutup Bila Bila Masa

Awani Ringkas Elak Gelombang Keempat Covid 19 Bazar Boleh Diarah Tutup Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 301 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 691 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 331 hits
April 8 2021 2 18 PMAnnuar Musa mendakwa rakaman audio dikatakan suara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim adalah tulen PUTRAJAYA Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ket...
Pakar Nutrisi Kata Makanan Sihat Ini Sebenarnya Tidak Sihat

Pakar Nutrisi Kata Makanan Sihat Ini Sebenarnya Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 343 hits
Bagi sesetengah orang mereka sering diberitahu bahawa makanan sihat ini sebenarnya membantu mengurangkan berat badan dan berikan nutrien yang secukupnya Sangat popular dalam kalangan individu sedang berdiet atau menjaga pemakanan pakar nutr...
Ph Sarawak Kini Sokong Anwar Selepas Shafie Kalah Kata Penganalisis

Ph Sarawak Kini Sokong Anwar Selepas Shafie Kalah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 413 hits
Goh Pei PeiKUCHING Penganalisis politik berkata Pakatan Harapan Sarawak khasnya DAP tiada pilihan kecuali menyuarakan sokongan untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum ke 15 Penganalisis sosiopo...
Kita Perlu Percaya Kata Pakar Khianat Netizen Sindir Azmin

Kita Perlu Percaya Kata Pakar Khianat Netizen Sindir Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 310 hits
Oleh ARIF ATAN April 13 2021Keyakinan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa perbualan mirip suara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai rakaman sahih disambut ce...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Apabila Rasa Hormat Kepada Guru Sudah Hilang

Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking