Kerajaan Wajib Batal Program Fundmyhome




Program pemilikan rumah baru yang dinamakan FundMyHome dilancarkan pada 4 November iaitu dua hari selepas Belanjawan 2019 dibentangkan di Parlimen.


Pada mulanya ramai yang tidak begitu faham mengenai program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu, selain yang difahami ialah bayaran muka yang diperlukan sebanyak 20 peratus dan selepas itu tidak perlu bayar apa-apa selama lima tahun, manakala pembayaran 80 peratus selebihnya adalah melalui pembiayaan oleh institusi kewangan, peminjam dana atau pelabur.


Lebih ghairah orangramai mengenainya ialah apabila ketika melancarkan program yang dicetuskan ideanya oleh usahawan Tong Kooi Ong itu, Tun Mahathir berkata, sejuta rumah mampu milik akan disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui program itu.


Siapalah tidak gembira dan teruja apabila kerajaan Pakatan Harapan yang baru berusia 6 bulan didapati sudah ada rancangan untuk menyediakan sejuta rumah untuk rakyat, meskipun selama ini pelbagai agensi dan syarikat gagal melaksanakannya.


Dalam waktu yang sama, para pemimpin UMNO terus mengkritik program tersebut kerana ia tidak jelas dari segi pembiayaannya, malah menganggap bayaran muka sebanyak 20 peratus adalah terlalu tinggi bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.


Selain itu, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin atas kapasiti peribadinya sebagai blogger turut meluahkan kebimbangan program FundMyHome itu akan menambahkan lagi amalan kronisne dalam kerajaan sekarang.


Tetapi, rasa teruja dan gembira rakyat terhadap program FundMyHome itu segera bertukar menjadi mimpi ngeri apabila semalam Tong Kooi Ong menjelaskan bahawa ia bukanlah program bagi menyelesaikan masalah perumahan untuk orang miskin dan mereka yang berpendapatan sederhana, sebaliknya dirangka untuk mereka yang kaya dan berpendapatan tinggi.


Apa? Hanya untuk orang kaya?


Bagaimanakah sebuah kerajaan yang baru diberi kemenangan oleh rakyat dengan menumbangkan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun boleh melancarkan program pemilikan rumah untuk orang kaya semata-mata, sedangkan belum berbuat apa-apa untuk menyelesaikan perumahan bagi rakyat biasa?


Apakah Tun Mahathir telah diperdaya untuk melancarkan program tersebut tanpa menyedari golongan sebenar yang disasarkan melalui FundMyHome itu?


Sebelum kritikan jadi lebih meluas dan pihak pembangkang dengan mudah mengambil kesempatan untuk terus menyerang kerajaan, adalah lebih baik program ini dibatal atau ditangguhkan dengan segera.


Kerajaan sepatutnya lebih mengutamakan keperluan perumahan untuk rakyat miskin dan mereka yang berpendapatan sederhana sebelum mengutamakan mereka yang bergaji tinggi serta golongan yang kaya.


Adalah amat buruk imej kerajaan ini di mata rakyat jika lebih mengutamakan orang kaya berbanding orang miskin dalam programnya.


Orang kaya, dengan wang yang banyak yang mereka miliki, mereka sebenarnya tidak perlukan apa-apa program yang dilihat dibantu oleh kerajaan untuk mereka memiliki sebarang rumah atau kediaman.


Mereka boleh saja dengan mudah membeli banglo, kondo mewah, banglo berkembar, pangsapuri di atas kayangan atau apa saja jenis kediaman sekali pun dan di mana-mana yang  dihajati  melalui banyaknya wang yang ada dalam poket mereka.


Yang perlu dibantu dan disediakan program khusus untuk memiliki rumah ialah mereka yang miskin dan kurang berkemampuan.


Apakah Pakatan Harapan tidak sedar hakikat itu?


Oleh itu, sebelum terlambat, adalah lebih baik Tun Mahathir dan kerajaan bertindak membatalkan atau menjauhkan diri daripada program FundMyHome yang rupa-rupanya dilancarkan hanya untuk golongan kaya dan berpendapatan tinggi semata-mata.


Program ini tidak menggambarkan Pakatan Harapan berjuang untuk rakyat terbanyak, sebaliknya menjuruskan keutamaannya hanya kepada kelompok kecil golongan yang sudah sedia selesa kehidupan mereka. (ShahbudinHusin 17/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/kerajaan-wajib-batal-program-fundmyhome.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Kerajaan Lancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela

Cukai Kerajaan Lancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai Ini termasuklah akaun pesisir pan...
Fundmyhome Tidak Guna Dana Kerajaan Najib Diberitahu

Fundmyhome Tidak Guna Dana Kerajaan Najib Diberitahu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 296 hits
FundMyHome tidak guna dana kerajaan Najib diberitahu Dikemas kini 28 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Nov 2018 1 33
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 449 hits
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud
Travel Kit Untuk Kesihatan Anak Kecil Wajib Ada Jika Nak Bawa Anak Makan Angin

Travel Kit Untuk Kesihatan Anak Kecil Wajib Ada Jika Nak Bawa Anak Makan Angin

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 821 hits
Tiap hujung tahun pasti ada perancangan cuti untuk bawa anak anak makan angin Tak kisahlah dalam atau luar negara Dalam hal ini ramai ibu bapa yang ada anak kecil risau takut anak tiba tiba tak sihat ataupun anak boleh ikut atau tak jadual ...
Ketua Dpd Riau Dukung Jokowi Sekjen Pan Tegaskan Kader Wajib Dukung Prabowo

Ketua Dpd Riau Dukung Jokowi Sekjen Pan Tegaskan Kader Wajib Dukung Prabowo

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 266 hits
Penegasan ini lanjut Eddy telah disampaikan juga kepada seluruh pengurus dan kader PAN di daerah Keputusan para pengurus dan kader diwajibkan sejalan dengan DPP
Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 519 hits
Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini Veteran tentera Mohd Ali Baharom lebih dikenali sebagai Ali Tinju dilaporkan memohon menyertai Bersatu dan mengaku menjadi penyokong Dr Mahathir Mohamad Ali terkenal dengan demontrasi memban...
Ekonomi Bumiputera Doa Wajib Disertai Usaha

Ekonomi Bumiputera Doa Wajib Disertai Usaha

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 284 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Dr Mahathir Untuk jadi t...
Wakil Ketua Dpr Setuju Mahasiswa Wajib Punya Npwp Apalagi Sudah Berpenghasilan

Wakil Ketua Dpr Setuju Mahasiswa Wajib Punya Npwp Apalagi Sudah Berpenghasilan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 278 hits
Wakil Ketua DPR Agus Hermanto menilai wacana kewajiban NPWP bagi mahasiswa merupakan hal wajar Apalagi jika mahasiswa telah memiliki penghasilan
Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Bakwan Cucur Sayur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

An Old Article The Contemptible M Y Power Elites

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Di Mana Keberkatan Sahur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akaun Bank Dibekukan Jangan Panik Ini Cara Buka Semula Akaun Anda

Pagi Lagi Dah Lagu Raya

Jom Jadi Boss Buka Branch Mixue Di Lokasi Anda Dengan Modal Yang Rendah Sahaja

Permohonan Ismp 2025 Biasiswa Perguruan Persekutuan

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More