Saya Akan Jawab Semua Isu Padi Beras Di Parlimen Mat Sabu


bharian.com
Oleh Norzamira Che Noh 
[email protected]
- Januari 25, 2025 @ 12:34pm
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional 2024 AMANAH hari ini. NSTP/Faiz Anuar
KLANG: Sesi libat urus yang lebih teliti membabitkan semua pemegang taruh industri, perlu dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan isu bekalan beras tempatan dan harga belian padi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kerajaan kini sedang mengenal pasti situasi menang-menang membabitkan semua pihak berhubung isu berkenaan.

Justeru katanya, kementerian memerlukan sedikit masa lagi sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan kepada semua pihak.

"Bagi kami, kepentingan pengguna, petani, pengilang dan pengedar semua ini perlu dijaga kerana mereka ada peranan masing-masing sebab itu kita sedang buat libat urus dengan lebih panjang.

"Kita juga akan berbincang dengan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan persetujuan beliau kita akan buat perubahan yang diperlukan," katanya selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2024, hari ini.

Mohamad berkata, perbincangan bersama Perdana Menteri itu akan dimulakan seawal minggu pertama persidangan Parlimen tahun ini.

Katanya, beliau juga bersedia menjawab segala persoalan yang timbul berkenaan isu beras tempatan dan padi pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan awal Februari ini.

"Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak, kalau tuntutan padi sebagai contoh, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana jika berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40, …semua ini akan dibincangkan bersama NACCOL," katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-15 akan bersidang selama 18 hari mulai 3 Februari hingga 6 Mac nanti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/saya-akan-jawab-semua-isu-padi-beras-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Kaji Jual Beras Campuran Kata Mat Sabu

Kementerian Kaji Jual Beras Campuran Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 214 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pengilang termasuk Bumiputera merungut tidak mampu jual kampit 10kg pada harga RM26 kerana ia kadar pada 2008 PETALING JAYA Penjualan beras campuran sedang dikaji bagi mendepan...
Putra Saran Mat Sabu Demo Dengan Pesawah Jika Isu Tak Selesai

Putra Saran Mat Sabu Demo Dengan Pesawah Jika Isu Tak Selesai

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 131 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 5 39 PMMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu secara sinis digesa menganjurkan himpunan tunjuk perasaan sekiranya dia gagal menangani isu ketiadaan beras tempatan dan kenaikan harga l...
Sanusi Gesa Putrajaya Beri Negeri Kuasa Urus Beras Padi

Sanusi Gesa Putrajaya Beri Negeri Kuasa Urus Beras Padi

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 128 hits
Sanusi Nor berkata kegiatan kartel padi perlu dibanteras sepenuhnya sekiranya kerajaan benar benar mahu membela nasib petani dan rakyat PETALING JAYA Sanusi Nor menggesa agar kuasa menguruskan tanaman dan industri padi diberikan kepada kera...
Mat Sabu Yakin Amanah Mampu Menang Belasan Kerusi Di Kelantan

Mat Sabu Yakin Amanah Mampu Menang Belasan Kerusi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 112 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang KLANG Amanah mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu yang dilihat semakin baik walaupu...
Tahniah Ds Mat Sabu Tindakan Berani Perasuah Didakwa Dan Cubaan Mahath

Tahniah Ds Mat Sabu Tindakan Berani Perasuah Didakwa Dan Cubaan Mahath

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 111 hits
Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah AS 300 000 daripada syarikat pembekal baja Singapura Tertuduh Nordin Ibrohim 77 mengaku tidak bersalah selepas pe...
Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 124 hits
bharian com myOleh Januari 23 2025 11 15amGambar hiasanPUTRAJAYA Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kemelut tidak berkesudahan yang melanda industri padi beras negara Pengerusi MTEM ...
Isu Padi

Isu Padi

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 96 hits
Nazri Hamdan Isu sebenar padi dan beras di Malaysia ialah masalah supply Mekanisma harga seperti harga lantai dan siling atau harga terapung hanyalah penyelesaian sementara sahaja Ia tak boleh selesaikan masalah supply beras Walau harga bel...
Semua Dia Nak Ulas Mp Pas Ini Dicemuh Menyalak Isu Mahb

Semua Dia Nak Ulas Mp Pas Ini Dicemuh Menyalak Isu Mahb

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 167 hits
HarapandailyKetua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari hari ini mengundang cemuhan orang ramai apabila cuba mengulas isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan antara lain dikecam warga maya memand...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home