Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr


 
Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman berkata ketidaktentuan politik ini akan mengganggu proses pemulihan ekonomi negara. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Penyokong Najib Razak akan memberi tekanan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk keluar daripada kerajaan perpaduan jika bekas perdana menteri dibenarkan menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah, kata seorang ahli PKR.
Faiz Na’aman dalam kenyataan berkata, ini akan membuatkan Umno kembali menjadi pembangkang dan terpaksa mencari rakan politik baharu untuk membentuk kerajaan sebelum atau selepas PRU16.
“Secara peribadi saya berpendapat, sudah tentu ‘pembebasan’ Najib dari penjara ini akan dimanfaatkan oleh fanatiknya yang antikepimpinan Umno sekarang.
“Mereka memberi tekanan kepada presiden Umno yang juga pengerusi BN agar berundur dan keluar daripada kerajaan perpaduan sekarang,” kata bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu.
Kata Faiz, ketidaktentuan politik ini akan mengganggu proses pemulihan ekonomi negara secara tidak langsung.
Faiz berkata, jika Najib dibenarkan menjalani tahanan rumah, Perikatan Nasional (PN) sudah pasti berharap beliau akan mempengaruhi penyokongnya untuk menyokong gabungan itu mengambil alih kerajaan.
Pada 6 Jan lalu, Najib mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan melaksanakan suatu titah tambahan dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu, yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Peguamnya, Shafee Abdullah, turut mengemukakan sepucuk surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu.
Pada 2 Feb tahun lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong mengumumkan hukuman penjara Najib dalam sabitan kes SRC International dikurangkan separuh dari 12 kepada enam tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Beliau kini menjalani hukuman di penjara Kajang.
Najib mendakwa, Yang di-Pertuan Agong ketika itu dalam mesyuarat lembaga tersebut pada 29 Jan 2024 juga mengeluarkan titah adendum yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata titah adendum tahanan rumah bertarikh 29 Jan tahun lalu dihantar kepada peguam negara ketika itu, Ahmad Terrirudin Salleh, yang kemudian menyerahkannya kepada Istana Negara selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki takhta.
Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menamatkan penggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan tahun lalu. Keesokan harinya, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan untuk memulakan tempohnya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/umno-mungkin-keluar-kerajaan-jika-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sahih Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

Sahih Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 273 hits
Sebentar tadi peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman di ba...
Gua Musang Umno Should Thank Anwar Over Najib Pardon Plea Says Pkr Man

Gua Musang Umno Should Thank Anwar Over Najib Pardon Plea Says Pkr Man

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 435 hits
Gua Musang PKR chief Asharun Uji says the Umno division should show greater prudence before attacking Anwar Ibrahim PETALING JAYA A divisional PKR leader has criticised Gua Musang Umno for urging Prime Minister Anwar Ibrahim to take respons...
Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2

Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 799 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man said Umno should join the Jan 6 rally to dispel the perception that it is only a loyal follower of DAP PETALING JAYA PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has slammed Umno for pulling out of a rally planned for Mo...
Kerajaan Mungkin Naikkan Denda Untuk Penjual Dan Individu Salah Guna Logo Halal Untuk Menipu Umat Islam

Kerajaan Mungkin Naikkan Denda Untuk Penjual Dan Individu Salah Guna Logo Halal Untuk Menipu Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 362 hits
Isu penggunaan logo Halal semakin hangat diperkatakan dengan banyak restoran yang terlibat dalam penyalahgunaannya Untuk menangani masalah ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengumumkan bahawa ker...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 654 hits
Ahmad Maslan said Umno does not have to repeat the reasons for sitting out tomorrow s rally while Khairuddin Aman Razali says solidarity for Najib Razak can still be expressed in many other ways PETALING JAYA Several Umno leaders have dismi...
Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 449 hits
The most disturbing news last year for Malaysia is the organisation of support for Najib Abdul Razak s house arrest and the attendant things such as acquittals and discharges not amounting to acquittals in corruption cases They are unbeliev...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

Should Amanah S Young Women Wing S Age Limit Go Up To 40 Party To Debate This Tomorrow

Will Kj And Dr Akmal S Bonding For Umno S Future Depend On Zahid S Mood

Shadows Of Trade Rafizi S Razor Sharp Rebuttal To Tengku Zafrul

Mat Sabu Revives School Caning Debate After Rafizi Pta Remarks

Pressure Piling Up On Anwar In Cabinet Reshuffle Rumours