Kerajaan Ulangi 7 Tawaran Transformasi Parlimen Dan Pentadbiran


AGENDA DAILY
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Enam daripada tujuh tawaran itu pernah dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika penghujung pentadbirannya sebagai Perdana Menteri sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
Bagaimanapun, tawaran Muhyiddin itu ditolak oleh pembangkang dan sekutu mereka yang terdiri daripada beberapa pemimpin UMNO, sambil menyifatkan langkah itu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri, serta Kerajaan PN.
Kecuali pembabitan anggota pembangkang ke dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN), semua tawaran terbaharu yang dibuat itu dan dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, pernah ditawarkan oleh Muhyiddin.
Tawaran berkenaan ialah:
1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen;
2. Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang UndangUndang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan;
3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun;
4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang;
5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama;
6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan; dan
7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
Perdana Menteri berkata pelan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan adalah selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu berhubung pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.
“Kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan oleh semua pihak pada ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara dalam memerangi Covid-19 serta pemulihan ekonomi.
“Tawaran ini juga bertujuan mewujudkan lanskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata kerajaan komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa.
“Transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia.
“Ini juga selaras dengan semangat untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” kata Ismail Sabri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kerajaan-ulangi-7-tawaran-transformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 362 hits
September 11 2021 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Ismail Sabri Yaakob menambahbaik Parlimen dan pentadbiran kerajaan namun tetap mahukan undi percaya terhadap perdana menteri diadakan secepat mungkin Anw...
Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 278 hits
BH ONLINE Parlimen Malaysia Foto NSTP Osman Adnan KUALA LUMPUR Parlimen Malaysia yang menginjak usia 62 tahun hari ini bakal melalui transformasi sekali gus mengangkat martabat dan kedudukannya sebagai badan penggubal undang undang tertingg...
Kita Faham Kerajaan 69 Parlimen Tangguh Seminggu

Kita Faham Kerajaan 69 Parlimen Tangguh Seminggu

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 157 hits
Tangguh lagi sidang parlimen Dah terasa tak cukup jumlah ke Itu kerja sesama korang la tu PH tak campur pun Tapi nanti Anwar gak kena tuduh gila kuasa Sebenarnya masing2 tgh menganga mulut minta suap Selagi tak disuap selagi tu la dok gangg...
Panas Ahli Parlimen Kerajaan Dakwa Akan Halang Cadangan Timbalan Menteri Pas

Panas Ahli Parlimen Kerajaan Dakwa Akan Halang Cadangan Timbalan Menteri Pas

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 216 hits
September 10 2021 Parti Bersatu Sabah tidak senada dengan pemimpin Pas yang berhasrat membentangkan Rang Undang undang yang akan menghalang kebebasan beragama di negara ini Dalam gambar tular Roadmap Pelan Pemerkasaan Undang undang Syariah ...
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 250 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Terima Tawaran Kerajaan Diterajui Umno Anwar Tak Rasa Terhina Ke

Terima Tawaran Kerajaan Diterajui Umno Anwar Tak Rasa Terhina Ke

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 275 hits
agendadaily com13 9 2021Laporan berita sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran kerjasama dwipartisan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin Termeterai sudah Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara blok ...
Pembukaan Parlimen 13 Sept Sidang Pertama Kerajaan Pimpinan Pm Ismail Sabri

Pembukaan Parlimen 13 Sept Sidang Pertama Kerajaan Pimpinan Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 174 hits
BernamaSeptember 12 2021 09 20 MYTAntara yang bakal menjadi tumpuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 yang bermula esok ialah kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri Gambar failKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong ...
Transformasi Parlimen Pembangkang Terbuka Sedia Berunding Bawa Tuntutan Rakyat Mp Kluang

Transformasi Parlimen Pembangkang Terbuka Sedia Berunding Bawa Tuntutan Rakyat Mp Kluang

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 252 hits
Madiha AbdullahPembangkang akan memberi kerjasama kerana tuntutan yang tersebut bukanlah atas dasar kepentingan politik tetapi untuk manfaat rakyat Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Pembangkang bersedia berunding jika terdapat sebarang isu p...
Transformasi Parlimen Untuk Elak Undi Percaya

Transformasi Parlimen Untuk Elak Undi Percaya

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 640 hits
SUSUPAN MALAMTAWARAN tujuh transformasi parlimen dan pentadbiran yang diumumkan oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini sesuatu yang tidak mengejutkan jauh sekali untuk menjawab persoalan yang berlegar di kepala umum pada masa ini Tawaran itu leb...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap