Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi


 BH ONLINE

Parlimen Malaysia.- Foto NSTP/Osman Adnan KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia yang menginjak usia 62 tahun hari ini bakal melalui transformasi, sekali gus mengangkat martabat dan kedudukannya sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi negara.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan menjelang ulang tahun Parlimen Malaysia ibarat 'hadiah' kepada negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran susulan krisis kesihatan wabak COVID-19.
Menyifatkan tawaran transformasi itu mampu memberi impak positif landskap politik negara, penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia, berkata ia akan menyuburkan lagi sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
"Ia akan memberikan impak positif, bukan sahaja ke atas reformasi Parlimen, tetapi bagaimana reformasi Parlimen itu juga membawa kepada reformasi politik negara," katanya.
Tujuh perkara dikemukakan bagi melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
Kerajaan Persekutuan hari ini dilihat inklusif apabila membabitkan ahli parti pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan, manakala
Ketua Pembangkang diberikan saraan dan kemudahan setara seorang menteri.
Menyingkap sejarah, persidangan pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Alharhum Tuanku Muhammad pada 11 September 1959 di Dewan Tuanku Abdul Rahman, kini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).
Pada usia lebih separuh abad, Parlimen Malaysia seharusnya lebih matang dan kesungguhan melakukan transformasi dalam memastikan ia setanding dengan Parlimen Komanwel atau di negara maju amat diperlukan.
Sivamurugan berpandangan, bahawa telah tiba masanya Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang mempamerkan ahli-ahli dewan yang matang dan berhujah secara berhemah.
Beliau berkata, Parlimen Malaysia perlu mempunyai jawatankuasa tatatertib atau digubal satu kod etika untuk Ahli Parlimen bagi memastikan mereka tidak bertindak keterlaluan termasuk menggunakan kata-kata kesat dan berbaur penghinaan.
Pandangan berkenaan disokong Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya bahawa Ahli Parlimen mesti bersikap bijaksana dan matang agar masyarakat tidak hilang rasa hormat terhadap institusi Parlimen.
Beliau berharap, lebih banyak perubahan menyaksikan kerjasama kerajaan dan pembangkang dalam Parlimen demi kepentingan dan manfaat rakyat, selain bagi maksud semak dan imbang yang telus dan berfungsi dengan baik
"Sebarang perubahan yang melibatkan komitmen kerajaan dan pembangkang perlu dipercepatkan dan dilakukan dengan telus agar terus mendapat kepercayaan masyarakat," katanya.
Pada 7 September, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan, komitmen bagi melaksanakan transformasi antaranya menghidupkan atau memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memberi kebebasan kepada Parlimen selaras dengan apa yang dilakukan Parlimen lain di peringkat antarabangsa.
Menerusi akta itu, ia menyaksikan autonomi Parlimen dalam aspek pentadbiran institusi, hal ehwal melantik kakitangan berkhidmat di Parlimen serta aspek kewangan Parlimen dapat ditentukan oleh Parlimen sendiri, terpisah daripada penentuan oleh pihak eksekutif.
Selain itu, turut dicadangkan mewujudkan akta baharu Parlimen bagi menggantikan Akta Hak Istimewa dan Kuasa Parlimen 1952 (Pindaan 1988) dan perbincangan mengenai pindaan terhadap Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Rakyat dan Dewan Negara sedia ada.
Sebelum ini, usaha transformasi Parlimen telah dilakukan termasuklah memperkenalkan Kamar Khas, Waktu Pertanyaan Menteri, memendekkan notis bagi mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan lisan kepada 10 hari berbanding 14 hari ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pada 2015.
Kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 melaksanakan beberapa reformasi institusi Parlimen seperti penubuhan 11 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mengawal selia dan sebagai semak dan imbang terhadap pelaksanaan dasar setiap kementerian.
Antara jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di bawah Perlembagaan, Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.
Turut ditubuhkan ialah Kaukus Reformasi Parlimen dan Tadbir Urus untuk menaik taraf dan memperbaiki institusi Parlimen sebagai mekanisme semak imbang yang efektif.
Selain itu, Ahli Parlimen pembangkang turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan amalan itu masih dikekalkan kerajaan hari ini.– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/parlimen-malaysia-bakal-saksikan-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA Ketika pembayaran Bantuan Khas COVID 19 mula disalurkan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan Dalam sidang video bersama war...
Mcdonald S Bakal Jana 10 000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia

Mcdonald S Bakal Jana 10 000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 338 hits
McDonald s Bakal Jana 10 000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia l Assalamualaikum Hari ni sana sini kita dengar keluhan belia remaja yang susah nak dapat pekerjaan Ada yang menganggur bertahun lamanya Ada pula baru nak kerja syarikat pu...
Transformasi Parlimen Untuk Elak Undi Percaya

Transformasi Parlimen Untuk Elak Undi Percaya

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 691 hits
SUSUPAN MALAMTAWARAN tujuh transformasi parlimen dan pentadbiran yang diumumkan oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini sesuatu yang tidak mengejutkan jauh sekali untuk menjawab persoalan yang berlegar di kepala umum pada masa ini Tawaran itu leb...
Kerajaan Ulangi 7 Tawaran Transformasi Parlimen Dan Pentadbiran

Kerajaan Ulangi 7 Tawaran Transformasi Parlimen Dan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 347 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menanga...
Transformasi Parlimen Pembangkang Terbuka Sedia Berunding Bawa Tuntutan Rakyat Mp Kluang

Transformasi Parlimen Pembangkang Terbuka Sedia Berunding Bawa Tuntutan Rakyat Mp Kluang

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 284 hits
Madiha AbdullahPembangkang akan memberi kerjasama kerana tuntutan yang tersebut bukanlah atas dasar kepentingan politik tetapi untuk manfaat rakyat Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Pembangkang bersedia berunding jika terdapat sebarang isu p...
Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 389 hits
Dr Mahathir kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea Sarawak hanya untuk orang Sarawak dan Sabah hanya untuk orang Sabah KUALA LUMPUR Keadaan di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik selepas ia menjadi sebahagian daripad...
Konsep Keluarga Malaysia Lebih Baik Daripada Malaysian Malaysia Dap

Konsep Keluarga Malaysia Lebih Baik Daripada Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 284 hits
AGENDA DAILY Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang PAS tetap tegas menolak konsep Malaysian Malaysia yang diperjuang DAP walaupun secara teorinya ia berasaskan perpaduan sebaliknya konsep Keluarga Malaysia lebih kepada penyatuan dengan s...
Biznet Janji Perluas Jaringan Internet Ke Lebih Banyak Area Di Medan

Biznet Janji Perluas Jaringan Internet Ke Lebih Banyak Area Di Medan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 293 hits
Biznet perusahaan infrastruktur digital terintegrasi di Indonesia berkomitmen menghadirkan layanan internet yang cepat dan stabil untuk warga kota Medan Sumatra Utara
Hormon Lelaki Yang Lebih Banyak Dalam Diri Makcik Misai Janggut Tumbuh Lebih Cepat Dari Orang Lelaki

Hormon Lelaki Yang Lebih Banyak Dalam Diri Makcik Misai Janggut Tumbuh Lebih Cepat Dari Orang Lelaki

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 985 hits
Kehidupan wanita warga emas itu bertambah sukar apabila diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu Saya wanita tulen Seorang wanita warga emas dibelenggu dengan kehidupan yang aneh apabila mengalami pertumbuhan misai dan janggut seperti or...
Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Kerabu Daun Selom Dan Tauge

Salam Jumaat Penuh Barakah 17 Oktober 2025

Cara Bezakan Kasut Tomaz Original Vs Tiruan

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Makluman Penetapan Tarikh Bagi Menjalankan Pru Dewan Undangan Sabah Ke 17

Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Keluar 370 Notis Dalam Op Bersepadu Sjr Di Plaza Tol Bentong

Dihentak Pistol Bekas Naib Canselor Usm Terima 15 Jahitan Di Kepala