Kerajaan Timbang Kembalikan Gst Untuk Tampung Subsidi


bharian.com
Jun 1, 2022 @ 12:16pm
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media sempena lawatan kerja rasminya di Tokyo pada 28 Mei lalu. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri ketiga negara sejak PRU14 pada 2018 mengakui kerajaan mempertimbangkan beberapa tindakan ekonomi yang mungkin dilihat pengguna sebagai menambah beban kos sara hidup mereka, iaitu memperkenalkan semula GST.

"Kerajaan berminat mengembalikan GST kerana mahu mengembangkan asas pendapatannya dan menanggung beban subsidi awam," katanya.
Malaysia beralih kepada rejim GST semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada April 2015, namun kadar enam peratus dikritik hebat pembangkang dan kumpulan pengguna, sekali gus dikatakan antara penyumbang kepada kekalahan parti itu dalam PRU14.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran selepas PH menerajui kerajaan, membatalkan GST sebagai memenuhi janji pilihan raya dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar mengenai persepsi negatif terhadap GST, tetapi mempunyai pilihan terhad untuk menambah tabungan kerajaan persekutuan.

"Kerajaan kehilangan RM20 bilion (kira-kira AS$4.6 bilion) hasil tahunan apabila GST dimansuhkan dan menggantikannya dengan SST. Tiada negara di dunia yang kembali daripada GST kepada SST, kecuali Malaysia," katanya dalam temubual itu.
GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat. Kerajaan hilang RM20 bilion pendapatan selepas GST mansuh.Beliau berkata, kerajaan akan merangka cara untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan GST dan kutipan cukai yang telus.

"Jika kita mahu memperkenalkan semula GST, kita perlu mendidik rakyat untuk menerimanya," katanya sambil menambah kerajaan akan menyasarkan untuk kadar tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat, tetapi tidak terlalu rendah sehingga menggagalkan tujuan mengembangkan hasil cukai.

Bank Negara (BNM) baru-baru ini menyokong idea mengembalikan semula GST kerana dengan berbuat demikian akan meringankan beban kewangan ditanggung kerajaan.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine menaikkan harga bahan api dan barangan keperluan makanan import sekali gus berkemungkinan menjejaskan kewangan kerajaan serta meningkatkan keperluan untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan.

Jumlah subsidi bahan api kerajaan dijangka RM28 bilion (AS$6.4 bilion) tahun ini, peningkatan mendadak daripada hanya RM11 bilion pada 2021 berikutan lonjakan harga bahan api global.

Harga minyak mentah dunia melonjak kelmarin selepas Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan untuk menyekat import Russia sebagai sebahagian hukuman terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine. Harga minyak mentah Brent berada di atas AS$122 setong buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Selain petrol dan diesel, kerajaan juga memberi subsidi untuk minyak masak, gula, tepung dan gas asli cecair.

Mengulasnya mengenainya, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi bertujuan menyediakan bantuan disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, dengan pelan komprehensif akan dikemukakan kepada Kabinet untuk pertimbangan dalam tempoh terdekat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/kerajaan-timbang-kembalikan-gst-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Kaya Lebih Banyak Nikmati Subsidi Diberi Kerajaan Menteri Kewangan

Golongan Kaya Lebih Banyak Nikmati Subsidi Diberi Kerajaan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 214 hits
Golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menurut Menteri Kewangan manfaat tersebut termasuk sebahagian besar subsidi petroleum ...
Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 278 hits
PM kata kena laksanakan semula GST untuk tambah pendapatan kerajaanIsu kekurangan bekalan makanan dan harga barang naik dilihat belum mencapai jalan penyelesaiannya Keadaan ini memaksa rakyat terpaksa mencari pelbagai cara untuk menambah pe...
Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 435 hits
The ReporterFoto hiasan sahajaGolongan ibu bapa B40 merayu pihak kerajaan memberi subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban perbelanjaan mereka susulan persatuan bas sekolah mahu menaikan tambang antara RM15 hingga RM25 sebulan bag...
Kami Tak Pernah Minta Subsidi Boss Mydin Gesa Kerajaan Hapus Semua Subsidi Hanya Bagi Bantuan Tunai Kepada Rakyat

Kami Tak Pernah Minta Subsidi Boss Mydin Gesa Kerajaan Hapus Semua Subsidi Hanya Bagi Bantuan Tunai Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 286 hits
The ReporterBeberapa minggu lalu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kumpulan T20 lebih banyak menikmati subsidi elektrik dan petroleum berjumlah RM12 bilion yang diperuntukkan kerajaan berbanding golongan yang disa...
Kembalikan Kesihatan Bahagian Intim Dengan Tenscare Kegel Trainer

Kembalikan Kesihatan Bahagian Intim Dengan Tenscare Kegel Trainer

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 320 hits
Keinginan untuk cantik adalah satu lumrah buat wanita dan kecantikan pada seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran rupa yang cantik atau badan yang langsing namun ia juga memerlukan dalaman yang sihat Senaman untuk tubuh badan luara...
Kembalikan Kepada Tuhan

Kembalikan Kepada Tuhan

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 184 hits
KEMBALIKAN KEPADA TUHANDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbtKelopak mawar sudah berguguranTetap merah harum baunyaDuduk termenung melayan fikiranGusar dihati berat rasanyaSegenggam bertangkai bunga kena...
Belum Masanya Laksanakan Gst Rakyat Masih Terbeban Getaran 02 06 2022

Belum Masanya Laksanakan Gst Rakyat Masih Terbeban Getaran 02 06 2022

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Sistem cukai barang dan perkhidmatan sememangnya memberikan manfaat tersendiri namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang kerana pelbagai masalah yang melingkari kehidupan rakyat Timbalan Presiden Gabungan Persatuan ...
Sprm Mesti Kembalikan Dana Negara Dirompak

Sprm Mesti Kembalikan Dana Negara Dirompak

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 231 hits
SPRM mesti kembalikan dana negara dirompakPosted By on May 26 2022Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakan segera untuk memperolehi setiap dana negara yang diselewengkan melalui skandal kewangan 1Malaysia Development ...
Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Payah Layan Cadangan Mansuh Matrikulasi

Apa Itu Ekyc Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari