Kerajaan Satu Majoriti Johor Kaji Kemungkinan Adakan Prn


agendaily.com25/12/2021
Kerajaan gabungan BN/PN Johor kini memiliki 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala pembangkang 27 kerusi. - Gambar FB
Susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kerajaan Johor pimpinan UMNO yang disokong Bersatu dan PAS, kini hanya memiliki kelebihan satu kerusi, berbanding pembangkang.

Berdasarkan laman sesawang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, dengan UMNO menguasai 14 kerusi; MIC (dua); dan PAS (satu). Susulan kematian Osman jumlah kerusi dimiliki Bersatu kini sebanyak 11.

Sementara pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (sembilan) dan PKR (empat).

Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, kini memiliki 28 kerusi DUN, manakala pembangkang pula 27 kerusi.

Susulan itu, kedudukan kerajaan negeri kini dalam keadaan genting dengan hanya berkelebihan satu kerusi, namun tidak memadai untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Hasni hari ini.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri akan meneliti dan memantau sebarang reaksi, khususnya dalam kalangan parti yang bergabung membentuk kerajaan pada hari ini, serta kemungkinan perlunya PRN diadakan.

“Kedudukan getir itu tidaklah memadai untuk PRN diadakan memandangkan situasi politik di negeri itu berbeza berbanding di Sarawak atau Melaka.

“Kerajaan yang ada ini bertambah tidak stabil dan saya sedang memantau sekiranya berlaku keadaan sedemikian. Dengan kematian Datuk Osman Sapian, menjadikan Johor tinggal satu majoriti sahaja.

“Maka dengan itu, perlu saya memahami reaksi khususnya parti-parti yang bergabung untuk tubuh kerajaan. Perbincangan atau perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan Johor yang hari ini mempunyai majoritinya yang amat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pelepasan Sumbangan Bantuan Banjir Pemuda UMNO Johor dan Rakyat Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri di sini hari ini, lapor Utusan.

Rabu lalu, Osman yang juga bekas Menteri Besar meninggal dunia kira-kira jam 11.45 malam di kediaman anaknya di Kuala Lumpur.

Hasni berkata pihaknya akan melihat reaksi terkini ADUN Johor menerusi Persidangan Khas DUN yang diadakan pada 6 Januari ini.

Katanya, Sidang Khas DUN itu adalah untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 berkenaan meluluskan had usia pengundi dan calon kepada usia 18 tahun.

“Dengan keadaan negeri satu majoriti ini saya perlu melihat dan meninjau keadaan semasa. Sama ada kita nak buat Pilihan Raya Kecil (PRK), Speaker DUN sudah jelaskan tidak perlu kerana sudah melepasi tempoh tiga tahun.

“Jadi mengenai PRN, jika ada kemungkinan saya perlu melihat kepada keperluan tersebut berdasarkan reaksi dan keadaan terkini Johor. Kemungkinan mengadakan PRN ini saya kira tidak boleh disandarkan sepertimana berlaku di Melaka atau Sarawak.

“Ini kerana selama tempoh hampir dua tahun ini kita telah menguruskan perjalanan DUN dengan baik malah berjaya menggubal beberapa dasar,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/kerajaan-satu-majoriti-johor-kaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Johor Goyah Mb Teliti Keperluan Adakan Pilihanraya Negeri

Kerajaan Johor Goyah Mb Teliti Keperluan Adakan Pilihanraya Negeri

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 192 hits
December 26 2021 Reaksi parti yang bergabung membentuk kerajaan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri adalah perkara yang akan diteliti sebelum memutuskan sebarang keperluan pilihan raya negeri diadakan di Johor kata Menteri Besar Hasni Moha...
Johor Mungkin Banjir Kerajaan Perlu Bersiap Sedia

Johor Mungkin Banjir Kerajaan Perlu Bersiap Sedia

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 185 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Johor menggesakan Kerajaan Negeri agar bersiap sedia dalam musim tengkujuh kali ini sekiranya menerima tempias tiupan angin monsun timur laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Menurut Yang Dipertua A...
Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 201 hits
Oleh RAMALAN bahawa Gabungan Parti Sarawak kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke 12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik perta...
Kerajaan Umum Satu Berita Gembira Mengenai Fasa 3 Bantuan Khas C0vid

Kerajaan Umum Satu Berita Gembira Mengenai Fasa 3 Bantuan Khas C0vid

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Bayaran Fasa 3 bagi Bantuan Khas COVID 19 akan dibuat mulai Isnin ini membabitkan peruntukan sejumlah RM1 2 bilion
Rakyat Alami Krisis Ph Johor Tolak Prn

Rakyat Alami Krisis Ph Johor Tolak Prn

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 213 hits
December 26 2021 Kedudukan terkini DUN Johor ialah 28 27 selepas ADUN Kempas dari Bersatu meninggal dunia JOHOR BAHRU Pakatan Harapan Johor menolak pelaksanaan pilihan raya negeri pada waktu ini kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan...
Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 222 hits
Pakatan Harapan Johor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri berikutan majoriti tipis kerajaan BN PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas baru baru ini Menurut pimpi...
Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 227 hits
Kempen pilihan raya menurut undang undang pilihan raya hanya dibenarkan kepada parti parti politik yang bertanding Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kunjungan beliau ke DUN Telang Usan...
Parlimen Kerajaan Kaji Isu Orang Tengah Punca Harga Barang Naik

Parlimen Kerajaan Kaji Isu Orang Tengah Punca Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh ASLINDA NASIR AHMAD HAMZAHKUALA LUMPUR Isu orang tengah yang sering mengaut keuntungan dalam penjualan sedang dibincang pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Perkara itu dijelaskan timbalan menterinya Datuk Seri Ahmad Hamzah...
Johor Latest To Be Hit By Floods Number Of Evacuees Up Elsewhere

Johor Latest To Be Hit By Floods Number Of Evacuees Up Elsewhere

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 185 hits
Eight relief centres were opened in Segamat to shelter 456 victims from 133 families after floods hit the district last night KUALA LUMPUR Johor became the latest state to be hit by floods with eight relief centres opened in Segamat to shel...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa