Kerajaan Rombak Dasar Pendidikan Demi Iktiraf Uec


GPMS gesa bubar Pasukan Petugas Dasar UECTidak adil jika kerajaan rombak Dasar Pendidikan Kebangsaan hanya untuk iktiraf UEC 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menegaskan, penubuhan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak lagi relevan kerana bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan majoriti rakyat Malaysia.Serentak itu, Presidennya, Zambri Mohd Isa menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membubarkan pasukan petugas berkenaan yang ditubuhkan di bawah seliaan kementeriannya.Beliau berkata, isu UEC bukan sahaja sensitif kepada orang Melayu, tetapi kerajaan juga harus mengambil kira perasaan bangsa-bangsa lain di Malaysia termasuk orang Cina, India dan lain-lain yang setia dan menerima sistem pendidikan kebangsaan.“Adalah tidak adil sama sekali untuk pihak kerajaan merombak Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi memenuhi keperluan pengiktirafan UEC, yang hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Pada masa sama, Zambri berkata, GPMS bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa sebarang bentuk pengiktirafan UEC perlu dilihat dari faktor persekitaran semasa dan kesesuaian dari pelbagai sudut termasuk aspek tenikal dan persepsi masyarakat umum.“GPMS menyokong penuh pendirian Perdana Menteri dalam isu UEC, dan membidas mana-mana pihak yang terus memberi tekanan serta mempertikaikan pendirian beliau dalam isu ini,” katanya.Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, pengiktirafan UEC perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum dan bukan hanya kelompok tertentu sahaja.Katanya, kerajaan sentiasa peka dan sensitif terhadap semua kaum dalam negara untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan.Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut Sistem Pendidikan Kebangsaan. - ismaweb #CelahGelegar


Wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemu bual Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong bagi menjelaskan lebih lanjut kesan UEC dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sejauh manakah Prof melihat sistem UEC?


KOK SEONG: Apa yang saya perhatikan UEC memberi kesan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana calon-calon­nya akan merampas peluang pelajar lain yang mengikuti sistem pendidikan sedia ada, khususnya pelajar berketurunan Cina
Ini kerana sistem kuota masih terpakai dalam kes-kes tertentu walaupun meritokrasi merupakan amalan stan­dard dalam pengambilan pelajar. Ia perlu diguna pakai untuk mengelak sesuatu kursus itu dipenuhi satu kaum sahaja akibat meritokrasi bebas
Secara umumnya calon UEC juga akan menjejaskan peluang pelajar Cina yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada saya, biarlah UEC terus kekal di atas paksi sedia ada tanpa wujud dalam Dasar Pendi­dikan Kebangsaan
UEC diasaskan berdasarkan sistem pendidikan di Taiwan. Sehubungan itu,adakah UEC juga boleh memberi kesan kepada Bahasa Melayu dan dilihat sebagai menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan?Apa-apa jenis persekolahan yang tidak berada dalam sistem pendidikan negara perlu dianggap sebagai tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang antaranya mengangkat Bahasa Melayu bahasa pengantar utama
Dalam hal ini, UEC dikendalikan dalam bahasa lain dan tidak mengikuti silibus Kementerian Pendidikan
Ini jelas berada di luar sistem pendidikan negara. Sebenarnya semua sekolah mene­ngah atau sekolah tinggi persendirian Cina di negara ini telah diberi peluang untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan sewaktu kita mencapai kemerdekaan. Dalam hal ini, ada yang menyertainya dan ada yang tidak menyertainya de­ngan menjadi sekolah persendirian Cina yang menawarkan UEC
Adakah permintaan Dong Zong yang mahu kerajaan mengiktiraf UEC boleh dikatakan sebagai rasis dan menolak sistem perpa­duan serta menentang Gagasan 1Malaysia?Ia tidak boleh dikatakan rasis. Cuma persoalannya kini ialah mengapa sekolah persendirian Cina mahu berada dalam sistem pendidikan di peringkat atas ia­itu hanya peringkat pendidikan tinggi? Ini jelas memperlihatkan sikap rakus dan mahu untung dalam semua hal
Jika dilihat kembali pendidikan aliran Cina sebenar­nya te­lah bermula di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) seterus­nya ke sekolah tinggi persendirian Cina di peringkat menengah
Ia dibuat supaya pelajar dapat terus belajar dalam bahasa berkenaan walaupun mahu ke universiti awam (UA) melanjutkan pendidikan tinggi. Inilah yang dikatakan rakus dan mahu meraih keuntu­ngan pada semua peringkat dan setiap masa
Apakah kesannya jika UEC diiktiraf dalam sistem pendidikan negara?Pertama sekali pada saya ia sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini
Keduanya, pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah me­nerima desakan serupa. Maka kemungkinan akan ada lagi desakan lain demi kepentingan pihak tertentu
Di samping itu, jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh di ibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’. Ini tidak adil kepada mereka yang bergelumang dengan sistem yang telah dicemuh banyak pihak sebelum ini. Dalam erti kata lain, jika UEC diiktiraf ia umpama satu bentuk penderhakaan kepada rakyat
Apakah harapan Prof. dalam memajukan Dasar Pendidikan Kebangsaan?Sesungguhnya, sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai cacat celanya. Malah ia telah ditambah baik, sama ada untuk pendidikan rendah, menengah dan pendidikan tinggi. Kita harus percaya dan yakin kepada sistem pendidikan kebangsaan yang kita bangunkan sendiri dan diperbaiki dari semasa ke semasa
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama harus menerima keyakinan daripada rakyat dengan kemampuannya dalam memajukan negara

Saya berharap Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ilmu, manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa tidak kurang penting sebagai jambatan ilmu. Inilah sebaik-baik perimbangan untuk terus melindungi martabat bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita
Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/gila-sudah-kerajaan-rombak-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Kerajaan Ph Untuk Golongan Kaya

Dasar Kerajaan Ph Untuk Golongan Kaya

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak mendakwa dasar dasar baharu kerajaan Pakatan Harapan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan hanya melindungi golongan kaya dan penghuni bandar sahaja Kat...
Gpms Gesa Bubar Pasukan Petugas Dasar Uec

Gpms Gesa Bubar Pasukan Petugas Dasar Uec

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 275 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Tidak adil jika kerajaan rombak Dasar Pendidikan Kebangsaan hanya untuk iktiraf UEC BANGI Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung menegaskan penubuhan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu tidak lagi relevan ...
Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 251 hits
Cadangan atau keputusan kerajaan membabitkan rombakan kurikulum berkaitan subjek Agama amat tidak wajar kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Zahida Zarik Khan Beliau berkata dalam kehidupan manusiawi perlu ada keseimbangan antara duniawi dan u...
Bank Pusat China Rancang Kekalkan Dasar Kewangan Semasa Pada Tahun 2019

Bank Pusat China Rancang Kekalkan Dasar Kewangan Semasa Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 418 hits
Berdasarkan kepada Sheng Songcheng penasihat kepada Bank Rakyat China pihak berkuasa negara tidak merancang untuk menggunakan insentif dasar monetari secara besar besaran pada tahun yang akan datang Pada masa yang sama terdapat kemungkinan ...
Menteri Pendidikan Malaysia Ajak Indonesia Kerja Sama Wujudkan Islam Moderat

Menteri Pendidikan Malaysia Ajak Indonesia Kerja Sama Wujudkan Islam Moderat

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 249 hits
Menteri Pendidikan Malaysia Maszlee Malik menilai pentingnya kerja sama dengan Indonesia di bidang pendidikan untuk mempopulerkan Islam yang moderat Hal ini untuk melawan gerakan dan paham radikal yang muncul karena politik dan media sosial
Dskp Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual

Dskp Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1298 hits
DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Kelas Peralihan dilaksanakan mulai tahun 2019 menggantikan Kurikulum Kelas Peralihan yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 Sehubungan dengan itu admin mengon...
Kementerian Pendidikan Dan Kpwkm Bincang Mata Pelajaran Pendidikan Seks

Kementerian Pendidikan Dan Kpwkm Bincang Mata Pelajaran Pendidikan Seks

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 193 hits
Imej via UtusanKUALA LUMPUR 10 Jan Satu perbincangan berhubung mata pelajaran pendidikan seks akan diadakan antara Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat Timbalan Menteri Pem...
5 Kota Kuno Tenggelam Di Dasar Laut

5 Kota Kuno Tenggelam Di Dasar Laut

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 592 hits
Kota Purba Yang Hilang Tenggelam Di Dasar LautSalam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan ridz rasanya sudah lama saya tidak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan topik sejarah yang menarik Untuk entri kali ini saya a...
Kisah Bagaimana Orang Cina Melabur Untuk Pendidikan Anak Anak

Kisah Bagaimana Orang Cina Melabur Untuk Pendidikan Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 259 hits
Sudah lama saya perhati jiran saya ini Jiran saya kaum Cina Mula mula segan mahu tanya tetapi rasa ingin tahu itu ada Sepanjang cuti sekolah ini setiap hari van sekolah akan datang untuk ambil anaknya ke sekolah Saya tahu sebab bunyi hon ak...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas