5 Kota Kuno Tenggelam Di Dasar Laut
Kota Purba Yang Hilang Tenggelam Di Dasar Laut
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. rasanya sudah lama saya tidak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan topik sejarah yang menarik. Untuk entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda 5 runtuhan kota kuno peradaban manusia yang telah tenggelam dan akhirnya bersemadi didasar laut. Apa yang pasti nama kota-kota besar ini ramai daripada kita pasti tidak pernah mendengarnya. dan disini saya kongsikan sedikit info mengenai kota-kota yang tenggelam ini.
1.Kota Alexandria /Kota Ratu Cleopatra Tenggelam 1600 Tahun Lalu (Mesir)
Kota Kuno Alexandria
1600 tahun lalu kota kuno Alexandria, Mesir ini tenggelam akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda daerah itu. Kota bersejarah ini telah ditemui termasuklah sejumlah runtuhan kota yang menjadi jejak sejarah kota kuno ini.
Kota Alexandria dipercayai merupakan kediaman ratu Cleoptra, ratu mesir yang terkenal dalam sejarah mesir dan dunia. Kota ini juga menjadi saksi hubungan Cleopatra dengan Julius Ceasar, dan Agustus Ceasar, mereka ini adalah pemerintah Empayar Rom yang tergila-gila pada Cleopatra. Walaupun selama 1600 tahun kota ini hilang , namun jejak kemewahan istana di Alexandria, akhirnya berjaya ditemui oleh para arkeologis . Dipercayai , terdapat sekitar 500 000 rumah terbenam dalam bencana yang mengerikan itu. Ini diketahui dari 700 000 gulungan rekod catatan yang ditemui di perpustakaan kota tersebut. Ditemui juga 25 sphinx iaitu patung dewa-dewa dan juga patung Ratu Cleopatra.
Penggalian tertumpu di bawah laut Pulau Antirhodus yang merupakan pusat istana ratu Cleopatra. Penemuan lainnya adalah kapal karam serta tiang granit merah, patung wajah ayah Cleopatra, iaitu King Ptolemy XII . Namun sebahagian peninggalan itu diminta tidak dibawa naik ke darat kerana Pemerintah Mesir menginginkan semua peninggalan kota Cleopatra ini tetap berada di dasar laut.
2.Port Royal, Pusat Perdagangan Abad Ke-17 (Jamaica)
Gempa bumi dahsyat dipercayai telah menghancurkan sebuah kota yang gegap gempita, Port Royal, di Jamaica. Bukan hanya meruntuhkan kota itu, tetapi juga membenamkan semua yang ada di sana ke dasar laut. Dahulunya, kota pelabuhan itu sangat terkenal sebagai pusat perdagangan dan pelacuran .
Kota yang berada di Laut Karibia ini tenggelam hampir dua abad lalu. Bandar itu dulu dikenali sebagai pusat perdagangan Spanyol yang paling terkenal di perairan Laut Karibia, bahkan di seluruh Amerika waktu itu. Namun ketika waktu senja , 7 Jun 1692, bandar Port Royal ini telah digegarkan gempa kuat sebanyak tiga kali, yang kemudian disusuli dengan gelombang tsunami yang akhirnya telah menghancurkan kota ini.
Tiada seorang di bandar tersebut sempat menyelamatkan diri . Dipercayai lebih dari 2000 orang mati. Catatan mengenai kehancuran dan tenggelamnya kota ini tersimpan dalam arkib di Sepanyol kerana ketika itu Bandar ini berada dibawah pemerintahan kolonial Sepanyol. Pada tahun 1966, pemerintah Jamaica mula melancarkan operasi penyelaman dan penggalian besar-besaran untuk menjejaki kembali kota yang terkenal pada abad ke-17 itu.
3. Candi Mahabalipuram (India)
Menurut ‘lagenda’ Candi Tepi Laut yang terkenal dengan sebutan Mahabalipuram di pantai Tamil Nadu, bukanlah satu satunya tinggalan candi tetapi merupakan satu daripada tujuh candi yang ada di sana, namun enam candi lain telah tenggelam didasar laut. Kisah rakyat itu kemudian dibuktikan dengan ekspedisi team arkeologi di pantai lepas dari Mahabalipuram, dan akhirnya penemuan sisa sisa batu, tembok, dan lain lain berjaya ditemui . Dikisahkan, pada abad ke 7, Dinasti Pallava yang memerintah daerah itu telah membuat banyak candi antaranya Mahabalipuram dan Kanchipuram.
4.Yonaguni-Jima Tenggelam 2000 Tahun Lalu (Jepun)
Yonaguni-Jima letaknya di hujung selatan Kepulauan Ryukyu, Jepun, kira-kira 75 batu (120 kilometer) dari pantai timur Taiwan. Pulau Yonaguni digambarkan sebagai tempat yang luar biasa, namun daya tarik paling istimewa dari pulau ini adalah reruntuhan kota bawah laut yang berada di pantai selatan Yonaguni. Disebutkan kota ini tenggelam karena gempa bumi dan tsunami yang terjadi 2000 tahun lampau.
Ditemui artifak dari lempengan batu yang masih kukuh, yang didakwa menggunakan teknologi tinggi untuk mengukirnya . artifak yang ditemukan dipahat dengan lempengan batu yang sepertinya menggunakan peralatan yang belum ada pada zaman itu. Inilah yang menimbulkan keraguan sebagian pengkaji, benarkah ini merupakan reruntuhan kota kuno??? Namun Masaaki Kimura, ahli geologi dari Universiti Ryukyu, Jepun, menyakini bahawa reruntuhan ini merupakan kota kuno yang sebenarnya telah wujud 5000 tahun lalu.
5. Kota Pelabuhan Pavlopetri
Kota kuno Pavlopetri terdapat pada tiga sampai empat meter air saja di laut lepas selatan Laconia di Yunani. Runtuhan gedung sedikitnya ada 15 gedung yang masih terlihat bentuknya, masing-masing terdiri dari 3-4 kamar, jalan-jalan, bahkan makam masih dapat dilihat dalam keadaan baik . Berdasarkan penyelidikan kota ini dianggarkan telah wujud pada 2800 SM namun ada pendapat lain bahawa kota ini lebih tua dari itu yakni telah wujud semenjak zaman Mycenaean sekitar 1600-1100 BC. Yang menakjubkan, meskiputelah. berusia ribuan tahun, namun struktur kota yg ditemui masih dalam keadaan teguh. Dari artifak tembikar yang ditemui , dianggarkan telah dihasilkan sekitar 1100 BC.
Dahulunya Pavlopetri merupakan sebuah kota pelabuhan yang maju dan menjadi pusat perdagangan penduduk setempat mahupun perdagangan di seluruh kawasan laut Mediterranean. Penemuan kota ini menambah gambaran pengetahuan baru, khususnya tentang kehidupan masyarakat zaman purba .
Arkeologis, Dr Jon Henderson, dari Universiti Nottingham, adalah ahli arkeologi pertama yang mempunyai kebenaran rasmi dari pemerintah Greece untuk menyelidiki kota di bawah laut ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2018/12/5-kota-kuno-tenggelam-di-dasar-laut.html