Gpms Gesa Bubar Pasukan Petugas Dasar Uec


Oleh Siti Fatimah Ishak Tidak adil jika kerajaan rombak Dasar Pendidikan Kebangsaan hanya untuk iktiraf UEC

BANGI – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menegaskan, penubuhan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak lagi relevan kerana bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan majoriti rakyat Malaysia.
Serentak itu, Presidennya, Zambri Mohd Isa menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membubarkan pasukan petugas berkenaan yang ditubuhkan di bawah seliaan kementeriannya.
Beliau berkata, isu UEC bukan sahaja sensitif kepada orang Melayu, tetapi kerajaan juga harus mengambil kira perasaan bangsa-bangsa lain di Malaysia termasuk orang Cina, India dan lain-lain yang setia dan menerima sistem pendidikan kebangsaan.
“Adalah tidak adil sama sekali untuk pihak kerajaan merombak Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi memenuhi keperluan pengiktirafan UEC, yang hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Zambri berkata, GPMS bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa sebarang bentuk pengiktirafan UEC perlu dilihat dari faktor persekitaran semasa dan kesesuaian dari pelbagai sudut termasuk aspek tenikal dan persepsi masyarakat umum.
“GPMS menyokong penuh pendirian Perdana Menteri dalam isu UEC, dan membidas mana-mana pihak yang terus memberi tekanan serta mempertikaikan pendirian beliau dalam isu ini,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, pengiktirafan UEC perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum dan bukan hanya kelompok tertentu sahaja.
Katanya, kerajaan sentiasa peka dan sensitif terhadap semua kaum dalam negara untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan.
Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut Sistem Pendidikan Kebangsaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/gpms-gesa-bubar-pasukan-petugas-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Rombak Dasar Pendidikan Demi Iktiraf Uec

Kerajaan Rombak Dasar Pendidikan Demi Iktiraf Uec

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 422 hits
GPMS gesa bubar Pasukan Petugas Dasar UECTidak adil jika kerajaan rombak Dasar Pendidikan Kebangsaan hanya untuk iktiraf UEC 28 Rabiulakhir 1440H Sabtu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung menegaskan penubuhan Pasukan Petugas Dasar Sijil Pep...
Pasukan Petugas Khas Tangani Isu Cameron Highlands Lojing

Pasukan Petugas Khas Tangani Isu Cameron Highlands Lojing

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 321 hits
Kementerian Air Tenaga dan Sumber Asli mewujudkan pasukan petugas khas bagi menangani isu pencerobohan tanah cerun bahaya serta penguatkuasaan berkaitan tanah di tanah tinggi Cameron Highlands dan Lojing
Mfl Gesa Pasukan Buat Pendaftaran Awal Pemain

Mfl Gesa Pasukan Buat Pendaftaran Awal Pemain

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 269 hits
Malaysian Football League hari ini memberi peringatan kepada kesemua 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier 2019 supaya melengkapkan pendaftaran pertama pemain pada Khamis ini Berdasarkan peraturan Liga M yang dit...
Ibu Bapa Teruja Dengan Dasar Baharu Kpm

Ibu Bapa Teruja Dengan Dasar Baharu Kpm

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 348 hits
Imej via FB Kementerian Pendidikan MalaysiaTANGKAK Setiap kali hari pertama persekolahan gelagat murid Tahun Satu pasti menjadi perhatian Ada di antara mereka yang enggan ditinggalkan ibu bapa memandangkan mereka masih belum biasa dengan su...
Dasar Melayu Kontrak

Dasar Melayu Kontrak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 369 hits
Berucap di pentas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke 2 yang diadakan di Putrajaya hari ini Ketua Pemuda Parti Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa lari dari teks ucapan asalnya Ini demikian kerana beliau tidak ...
Dasar Kerajaan Ph Untuk Golongan Kaya

Dasar Kerajaan Ph Untuk Golongan Kaya

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak mendakwa dasar dasar baharu kerajaan Pakatan Harapan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan hanya melindungi golongan kaya dan penghuni bandar sahaja Kat...
Gambar Gambar Menarik Malam Ucapan Dasar Yab Pengerusi Pat2018

Gambar Gambar Menarik Malam Ucapan Dasar Yab Pengerusi Pat2018

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 462 hits
29 12 2018 Ucapan dasar YAB Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Putrajaya
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business