Kerajaan Pn Tidak Boleh Pecat Wanita Berkebolehan Ini Kata Kor Ming
                               KHAIRULANUAR YAHAYA  

                 KERAJAAN Perikatan Nasional tidak wajar menamatkan perkhidmatan  wanita-wanita berkebolehan yang memimpin beberapa agensi dan syarikat  berkaitan kerajaan.
 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Meng berkata, wanita  terbabit yang mengetuai beberapa sektor awam hanya boleh dipecat  sekiranya terdapat kes yang boleh dibuktikan terhadap mereka.
 “Pelantikan kedudukan utama dalam agensi awam hendaklah berasaskan merit dan integriti.
   “Kerajaan Perikatan tidak boleh memecat wanita-wanita berkebolehan  ini melainkan jika ada kes yang boleh dibuktikan terhadap mereka.
 “Negara kita sedang dalam krisis sekarang, sila tunjukkan anda  bersunguh-sungguh dan tidak sebaliknya,” kata Ahli Parlimen DAP-Teluk  Intan itu menerusi Twiternya. 
 
   Beliau turut berkongsi poster memaparkan wanita yang dilantik ketika  era pentabiran Pakatan Harapan untuk memimpin beberapa agensi awam dan  syarikat berkaitan kerajaan.
 Antaranya termasuk Datuk Noripah Kamso yang ditamatkan  perkhidmatannya sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa hari  ini.
 Sebelum itu media melaporkan penamatan khidmat Datuk Noor Farida  Mohd. Ariffin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Pembangunan  Sumber Manusia (HRDF) pada 1 April lalu.
 Turut dilaporkan ditamatkan perkhidmatan adalah Datuk Hasnita Hashim sebagai Pengerusi Mara pada 18 Mac lalu.-SM
 Bank Rakyat umum penamatan khidmat pengerusiBank Rakyat mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso  sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain yang disandang beliau di Bank  Rakyat.
 Ini termasuk jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa pada 4 April 2020.
 Bank Rakyat dalam satu kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada Datuk Noripah Kamso yang telah berkhidmat bersama  Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.
 “Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Datuk Noripah Kamso  terutamanya dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian  Bank serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau,” demikian  menurut kenyataan itu.
 Bank Rakyat juga optimis bahawa meskipun terdapat perubahan dalam  kepimpinan Bank, segala operasi dan hala tuju yang telah direncana akan  diteruskan seperti biasa bagi meneruskan legasi kecemerlangan Bank  Rakyat.
 Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan  dimaklumkan sebaik sahaja segala proses pelantikannya dimuktamadkan. –  SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/kerajaan-pn-tidak-boleh-pecat-wanita.html