Kerajaan Pn Tiada Alternatif Tangani Pembelajaran On Line



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak wajar membiarkan kelemahan dan kekurangan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berterusan.
Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pendekatan alternatif perlu dicari bagi menyelamatkan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar daripada terus keciciran berikutan penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19 yang dijangka berlanjutan sehingga hujung tahun ini.
“Meskipun PdPR boleh dilaksanakan di luar talian melalui TV Pendidikan dan bahan bercetak, namun pelbagai pihak mempersoalkan kelewatan kerajaan dalam menangani perkara tersebut sehingga boleh menjejaskan tahap kualiti pendidikan dan melebarkan jurang pendidikan antara pelajar.
“Korban daripada guru dan ibu bapa ditagih tetapi apakah status pemberian 150,000 komputer riba kepada 150,000 murid terpilih di 500 sekolah yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bernilai RM150 juta itu?
“Apakah status peningkatan liputan dan kualiti perkhidmatan yang dijanjikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) tahun lepas?
“Apakah status penyediaan empat penyelesaian teknologi terdiri daripada jalur lebar mudah alih, jalur lebar talian tetap, akses talian tetap tanpa wayar dan jalur lebar satelit bagi memastikan rakyat mempunyai capaian internet lebih mudah?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Syed Ibrahim yang juga Jurucakap Digital, Telekomunikasi dan Pengangkutan KEADILAN turut bertanyakan apakah status terkini projek quick win (segera) yang kebanyakannya disasar untuk dilaksanakan tahun lepas.
Katanya, tujuan projek berkenaan ialah membina 940 tapak menara baharu di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi menambah baik kualiti dan liputan dalam bangunan serta menaik taraf 4,589 stesen pangkalan 2G/3G sedia ada kepada 4G bagi meluaskan liputan 4G dan meningkatkan kelajuan.
Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan apakah kemudahan 873 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terdapat di seluruh negara telah dimanfaatkan oleh pelajar yang menghadapi kesukaran mendapat liputan Internet?
Apakah kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan dengan SOP yang tertentu dalam keadaan PKP supaya menjadi saluran alternatif kepada pendidikan atas talian?
“Sementara itu, pelbagai pihak telah tampil secara sukarela membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar, khususnya mereka yang kurang mampu dengan mendapatkan bekalan komputer riba baru atau terpakai, tablet dan telefon pintar. Ia suatu tindakan yang mulia tetapi tanggungjawab masih terletak di bahu kerajaan.
“Justeru, selain daripada tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, saya berpendapat Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga mempunyai peranan yang besar dalam kaedah PdPR atas talian ini,” katanya.
Selain itu, Syed Ibrahim juga tertarik untuk membangkitkan kembali isu yang pernah beliau bawa dalam Dewan Rakyat pada sidang yang lepas, iaitu kesukaran capaian kepada internet yang kini kembali menjadi perhatian apabila sesi PdPR bermula pada bulan Januari.
“Dalam laporan Berita Harian bertarikh 20 Januari 2021, akibat capaian internet yang lemah di Segamat, sekumpulan pelajar termasuk mahasiswa terpaksa mengikuti pembelajaran atas talian dalam kebun kelapa sawit.
“Laporan Harian Metro bertarikh 22 Januari 2021 menceritakan kepayahan pelajar di Nibong Tebal yang terpaksa “merayau-rayau” dan menggunakan lebih daripada satu telefon pintar untuk belajar secara atas talian.
“Lebih mengesankan hati, seperti yang tular baru-baru ini terkait kisah kesusahan adik Amru Umair untuk menyertai “Google Meet” di Ladang Sawit bagi mendapatkan talian internet. Demi menyertai kelas atas talian, adik Amru Umair bersama ayahnya terpaksa menunggang motosikal sejauh satu kilometer ke dalam ladang sawit di Sandakan.
“Berita-berita ini tidak mengejutkan, bahkan menyedihkan. Walaupun dalam keadaan negara yang tidak stabil, pendidikan harus diteruskan. Ekosistem pendidikan harus terus berfungsi.
“Atas sebab ini, saya menggesa Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk lebih proaktif memainkan peranan dalam isu ini terutama dalam meringankan beban rakyat yang mahukan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31336

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Hilang Fokus Tangani Masalah Negara

Kerajaan Pn Hilang Fokus Tangani Masalah Negara

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 192 hits
Kerajaan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin gagal memfokuskan keutamaan dalam menangani masalah negara pada era pandemik Covid 19 Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan hari ini tidak bertindak seb...
Amaran Keras Tindakan Tegas Untuk Mana Mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik Pulihkan Ekonomi

Amaran Keras Tindakan Tegas Untuk Mana Mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik Pulihkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 172 hits
507 total views 507 views today Menerusi Pengumuman Khas Darurat hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada sesiapa yang mengganggu usaha kerajaan untuk menguruskan pandemik COVID 19 Menurutnya tindakan tegas ak...
Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR 28 Jamadilawal 1442H Selasa UMNO akur dengan titah perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mengisytiharkan darurat dalam memerangi wabak COVID 19 serta mahu kerajaan memfokuska...
Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 182 hits
IPOH Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran berhenti bermain politik dan menangguhkan rancangan untuk menukar kerajaan sebaliknya berganding bahu bersama sama kerajaan membantu mencegah COVID 19 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Da...
Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 187 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perintah darurat membolehkan perdana menteri meluluskan sebarang undang undang tanpa melalui Parlimen bahkan menangkap sesiapa yang tidak disukai Bahkan kontrak perolehan kerajaan yang besar juga d...
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 227 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Saintis Tegaskan Hutan Gondol Punca Banjir Besar Kerajaan Pahang Nafi Salahkan Hujan

Saintis Tegaskan Hutan Gondol Punca Banjir Besar Kerajaan Pahang Nafi Salahkan Hujan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Ketika pakar menegaskan banjir besar membawa lumpur bukan disebabkan faktor semula jadi sebaliknya diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa lain pula penegasan pihak kerajaan negeri Pahang Kenyataan Pejaba...
Senarai Bantuan Kerajaan 2021 Untuk B40 M40 Pelajar Ipt Warga Emas Lain Lain

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 Untuk B40 M40 Pelajar Ipt Warga Emas Lain Lain

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 554 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSenarai Bantuan Kerajaan 2021 untuk B40 M40 Pelajar IPT Warga Emas Lain Lain Berikut merupakan senarai bantuan yang diberikan kerajaan untuk golongan yang terjejas pendapatannya Sekiranya anda tergolong da...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan