Kerajaan Pn Hilang Fokus Tangani Masalah Negara



Kerajaan darurat Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyididn Yassin gagal memfokuskan keutamaan dalam menangani masalah negara pada era pandemik Covid 19.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan hari ini tidak bertindak sebagaimana yang mereka janjikan dalam pembentangan Belanjawan 2021 untuk mengutamakan rakyat, sebaliknya masih terus mengutamakan kepentingan peribadi.
“Tidak ada satu kesedaran memberikan tumpuan, keutamaan. Tak bolehkah kita ketepikan kepentingan kontrak, tender runding terus, kepentingan peribadi, tumpu hanya untuk keselamatan dan kesihatan rakyat?” katanya dalam sidang media secara atas talian semalam.
Presiden KEADILAN itu juga menyentuh kegagalan kerajaan darurat menangani masalah ekonomi yang semakin merosot dan pelaburan langsung asing yang gagal ditarik oleh pentadbiran PM Muhyiddin sepanjang 2020 lalu.
“Kenyataan Menteri bercanggah dengan realiti. Umpamanya ekonomi bertambah baik, pelaburan bertambah, semua kenyataan yang mengelirukan dan bertentangan dengan hakikat sebenar.
“Semua kita tahu kilang ditutup sementara, dalam keadaan tertekan. Tetapi yang lebih berat bukan saja tidak ada pelaburan baru, industri yang ada pula berpindah termasuk ke Indonedia dan Vietnam.
“Ternyata (semua itu berlaku) kerana keyakinan kepada sistem politik dan kerajaan kian merorsot,” katanya.
Mengenai tindakan melawan Covid 19 yang terkial-kial, Anwar membidas PM Muhyiddin kerana tidak segera mendapatkan kerjasama pakar-pakar perubatan tempatan berkenaan cara-cara terbaik menangani wabak berkenaan.
“Dalam sidang Parlimen tahun lalu kita sebut apa salahnya dipanggil dan runding dengan pakar-pakar lain. Hakikatnya, setelah satu tahun baru PM kata nak runding dengan pakar lain.
“Pada hal akademi perubahan, pakar perubatan ada kesediaan, hospital swasta (sedia) beri khidmat, tiada sambutan dan sekarang guna kuasa darurat (dapatkan kerjasama) seolah-olah merampas,” katanya.
Selain itu, Anwar turut menyentuh mengenai usaha Selangor mengurangkan beban rakyat dengan pakej tambahan yang menyelesaikan masalah rakyat seperti penyediaan makanan kepada barisan hadapan, bakul makanan serta membatalkan sejumlah bayaran balik pinjaman pelajaran di Yayasan Selangor.
Anwar berkata, sebagai kumpulan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, sudah tiba masanya mereka diberi peluang menangani Covid 19 secara bersama agar lebih berkesan dan menarik pelabur yang gagal ditarik kerajaan.
Sekiranya Malaysia mampu tarik pelaburan, katanya, soal pekerjaan dan ekonomi tidak akan berbangkit lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31297

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR 28 Jamadilawal 1442H Selasa UMNO akur dengan titah perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mengisytiharkan darurat dalam memerangi wabak COVID 19 serta mahu kerajaan memfokuska...
Kerajaan Semakin Hilang Wibawa Di Ketika Rakyat Sedang Derita Anwar

Kerajaan Semakin Hilang Wibawa Di Ketika Rakyat Sedang Derita Anwar

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 238 hits
Rakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru...
Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 232 hits
IPOH Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran berhenti bermain politik dan menangguhkan rancangan untuk menukar kerajaan sebaliknya berganding bahu bersama sama kerajaan membantu mencegah COVID 19 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Da...
Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 293 hits
GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA KERAJAAN PN LEMAHGagal isytihar PKP seluruh negara kerajaan PN lemahOleh January 20 2021Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan D...
Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 272 hits
Anwar IbrahimRakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati ialah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru baru ...
Kerajaan Pn Tiada Alternatif Tangani Pembelajaran On Line

Kerajaan Pn Tiada Alternatif Tangani Pembelajaran On Line

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 209 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak wajar membiarkan kelemahan dan kekurangan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah berterusan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata pendekatan alternatif perlu dicari bagi menyelamatkan pela...
Amanah Seru Kerajaan Pn Tumpu Tangani Kes Covid19 Henti Berbalah Sama Sendiri

Amanah Seru Kerajaan Pn Tumpu Tangani Kes Covid19 Henti Berbalah Sama Sendiri

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 217 hits
January 8 2021 Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan kes positif melepasi 125 000 kematian melebihi 515 dan hari ini merekodkan kes terbanyak 3027 Malaysia berada dalam posisi yang amat gawat Ini katanya dapat dilihat ap...
Amaran Keras Tindakan Tegas Untuk Mana Mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik Pulihkan Ekonomi

Amaran Keras Tindakan Tegas Untuk Mana Mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik Pulihkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 212 hits
507 total views 507 views today Menerusi Pengumuman Khas Darurat hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada sesiapa yang mengganggu usaha kerajaan untuk menguruskan pandemik COVID 19 Menurutnya tindakan tegas ak...
Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 335 hits
Pada 26 Januari 2021oleh AzieraOleh Aziera NHSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penggantungan Parlimen oleh Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dalam krisis Covid 19 ini Guan Eng ya...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn