Kerajaan Pn Retorik Tidak Ada Jaminan Melayu Terbela





Setelah 7 bulan kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) mengambilalih pemerintahan, masih belum dilihat tanda-tanda pembelaan ke atas kaum Melayu berjaya dilakukan.
 
Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kerajaan PN kelihatannya tidak mengotakan janji yang dibuat ketika sebahagian menteri yang ada pada hari ini masih sebagai pembangkang.
 
Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, katanya, mereka memburuk-burukkan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya pro DAP dan anti Melayu, namun selepas berjaya memerintah tiada pun polisi khas ekonomi, pendidikan atau sosial Melayu yang boleh dibanggakan.
 
"PN kerajaan status quo. Mereka tidak ada dasar-dasar baru lebih baik daripada PH.
 
"Dalam keadaan sekarang kepimpinan PN langsung tidak stabil, tidak ada jaminan bahawa Melayu akan lebih baik di bawah mereka.
 
"Sebaliknya, kita dalam PH konsisten (memperjuangkan) keadilan kepada semua pihak. Inilah komitmen yang kita putuskan bersama
 
"Itulah beza PH berbanding PN. Kerana proses rundingan komitmen ini kita bina sejak bertahun-tahun. Bukan kerana keputusan politik, semata-mata untuk mendapatkan kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.
 
Oleh itu, Fadhlina menyifatkan retorik memartabatkan Melayu yang dihamburkan Umno dan Pas sebelum ini adalah hipokrit dan bertujuan hanya untuk menjatuhkan PH.
 
Sedangkan, ahli-ahli politik kedua-dua parti tersebut tidak berminat pun untuk menangkat Melayu ke satu tahap yang lebih baik.
 
"Itulah namanya politik (hipokrit), semua benda yang ada nilai atau faktor yang boleh memperlihatkan sesuatu pihak itu tidak mampu untuk tangani isu, maka dipolitikkan isu tersebut," katanya lagi.
 
Menurut Fadhlina yang menyertai KEADILAN beberapa bulan lalu, beliau lebih teruja dengan perjuangan parti itu yang kelihatan majmuk. Tidak menyebut pembelaan kepada satu-satu kaum namun di negeri yang ditadbir PH misalnya, banyak skim-skim bantuan berjaya diwujudkan dan membantu mengangkat kualiti hidup rakyat.
 
"Untuk ke hadapan, isu yang menguji perpaduan kita mesti tegas. Ambil pendekatan tegas (ke atas) faktor yang boleh menggugat kestabilan keseluruhan masyarakat dan negara.
 
"Saya yakin dengan KEADILAN kerana ia parti merentas kaum, ras bangsa dan agama. Yang kita percaya secara idealnya parti yang boleh menerajui dan boleh membawa isu perpaduan secara real.
 
"Cuma kita kena ambil maklum kalau betul (sesuatu) isu (kaum) itu menggangu kita dari segi kuasa, pembuat dasar atau pembahagian ekonomi adil.
 
"Kena ada kesediaan untuk berbincang dengan jiwa besar dan terbuka. Namun (hal utama) kita jangan tunduk kepada provokasi," katanya.
 
Menurut Fadhlina lagi, perkauman sewajarnya tidak menjadi isu besar dalam masyarakat yang telah bersama sejak merdeka pada 1957.
 
Malah, katanya kebanyakan isu-isu di Malaysia melibatkan jenayah, sosial dan pekerjaan tidak bertitik-tolak kepada perkauman tetapi sering disalah tafsir oleh pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kepentingan.
 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/kerajaan-pn-retorik-tidak-ada-jaminan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 415 hits
On Oct 9 2020DAP membuat keputusan untuk tidak bersama rancangan Anwar Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini memberitahu ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri parti rancangannya untuk menubuhkan kerajaan melalui pembelotan politik di D...
Tak Ada Faedah Melayu Bersatu Tapi Kerajaan Lemah

Tak Ada Faedah Melayu Bersatu Tapi Kerajaan Lemah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 347 hits
Ipohmali Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau Baca tajuk Harakah Pemimpin PAS kata PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa Melayu dan Islam kena Bersatu Kerajaan Melayu Islam kena di Per...
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 437 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Tujuh Bulan Pn Jadi Kerajaan Tak Ada Dasar Bela Melayu

Tujuh Bulan Pn Jadi Kerajaan Tak Ada Dasar Bela Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 245 hits
Setelah 7 bulan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional mengambilalih pemerintahan masih belum dilihat tanda tanda pembelaan ke atas kaum Melayu berjaya dilakukan Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN Fadhlina S...
Mahu Bentuk Kerajaan Baharu Persoalan Siapa Sokong Anwar Belum Terjawab

Mahu Bentuk Kerajaan Baharu Persoalan Siapa Sokong Anwar Belum Terjawab

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara mengesahkan 11 ahli parli...
Rakyat Bos Kembali Kepada Mereka Siapa Bentuk Kerajaan Kata Khaled Nordin

Rakyat Bos Kembali Kepada Mereka Siapa Bentuk Kerajaan Kata Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 324 hits
Seorang naib presiden Umno meminta pilihan raya diadakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik dalam negara ketika ini Rakyat adalah bos kita kembali kepada mereka hanya mereka dapat memperbaiki keadaan ini kata Khaled Nordin ketika men...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Semula 55 000 Kakitangan Kontrak

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Semula 55 000 Kakitangan Kontrak

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 269 hits
The ReporterKongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam meminta kerajaan melantik semula 55 000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan memerintah dua tahun lepas Presiden...
Tolak Kleptokrat Bentuk Kerajaan Pemuda Amanah Kl

Tolak Kleptokrat Bentuk Kerajaan Pemuda Amanah Kl

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 233 hits
25 SEPTEMBER Pemuda Parti Amanah Negara menyokong sebarang usaha untuk mengembalikan semula mandat yang dijual oleh ahli ahli politik elit membelakangkan amanah rakyat Usaha memulangkan mandat rakyat ini adalah langkah pertama dalam memulih...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran